EGOMU MEMBUATKU DERITA.
LUPAKAH KAU TENTANG CERITA KITA? 💔YANG BARU BERMULA INGIN MENGENAL ERTI CINTA YANG TERCIPTA ANTARA KITA
MESKI AKU TERLUKA DENGAN EGOMU, TETAP JUA AKU SANJUNGI MU
QUOTE BY : NURSUFIYA (TAG USERNAME AKU)
➖➖➖🍀➖➖🍀➖➖
"Betul ke ni Fia, kamu sanggup nak jaga anak bonda tu? Tapi dia dah lain sekarang. Tak macam dulu lagi." Jelas Datin Zahra."Ye bonda. Betul sungguh Fia nak jagakan dia. Tak perlu bonda nak panggil nurse untuk jaga Syed. Saya sanggup dan saya akan cuba rawat dia dan jaga sampai dia pulih kembali." Begitu ikhlas Sufia hendak menawarkan diri untuk menjaga Syed di bangle mewah Datin Zahra sekeluarga.
"Terima kasih banyak-banyak Fia, bonda tak tahu lagi nak balas budi baik kamu sekeluarga. Arwah ibu kamu juga banyak tolong bonda masa bonda susah dulu." Datin Zahra mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sufia yang tidak terhingga.
Kini, Sufia harus tinggal di banglo mewah Datin Zahra kerana Sufia harus menjaga Syed yang kini lumpuh buat sementara waktu. Pada mulanya Sufia agak kekok tinggal di banglo mewah kerana dia tidak biasa duduk di banglo begitu. Dari kecil lagi Sufia sudah dibiasakan hidup susah. Menurut Sufia rumah sahabatnya itu bagaikan sebuah hotel lima bintang. Bilik tidur pun amatlah selesa. Ada penghawa dingin, katil empuk queen size, serta lengkap dengan sebuah bilik air di dalamnya. Meskipun Datin Zahra menyuruh Sufia buat banglo itu seperti rumahnya sendiri, Sufia cuba biasakan diri tinggal di sana.
Sufia diarahkan oleh Syed Redz, abang sulung Syed Saddiq supaya mengawasi Syed jikalau Syed hendak kemana-mana dan tidak boleh seorang diri berjalan. Sufia harus memimpin Syed. Syed sangatlah degil tidak mahu dengar kata. Asyik dengan ego dan keras kepala serta hanya pentingkan diri sendiri. Namun begitu, Sufia tetap sabar melayan kerenah Syed.
Ketika Sufia sanggup merelakan dirinya menjaga Syed yang berkaki tompang, Sufia diperlakukan seperti hamba abdi oleh Syed yang berubah mendadak kembali menjadi ego selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu empat sekawan pergi bercuti di pantai peranginan.
"Nah, coffee untuk awak." Sufia menyerahkan secangkir kopi hangat kepada Syed yang sedang bersandar di katilnya. Syed yang sedang bermain game di iPad nya meletakkan iPad tersebut ke tepi kemudian dia mengambil secangkir kopi di tangan Sufia. Lalu Syed menghirup kopi tersebut. Tetapi, Syed meludahnya kembali ke muka Sufia kerana kopi itu terlalu pahit. Padahal kopi itu tiada rasa lain. Sengaja Syed mahu lihat sejauh manakah tahap kesabaran Sufia yang perlu menjaganya bersifat begitu.
"Tuih! Macam mana kau bancuh kopi hah? Perempuan jenis apa kau ni tak pandai bancuh air?" PRANK...!!! secangkir kopi itu dicampak Syed ke bawah lantai hingga tertumpah kopi tersebut dan cawan kaca hancur berkecai. Serpihan kaca yang pecah bertaburan di atas lantai. Sufia tersentak Syed berbuat demikian. Kemudian, selamba Syed kembali bermain game di Ipad nya. Sufia ingin mengutip serpihan kaca yang bertaburan namun Syed menghentikan langkah Sufia.
"Urut kaki aku." Syed titah Sufia supaya memicit kakinya yang rasa tidak selesa. Sufia pun turuti titah Syed. Dan Sufia mula memicit kaki Syed yang sedang bermain game mobile legend di ipad sambil menyandar di kepala katil.
Beberapa minit Sufia picit kaki Syed, tiba-tiba Syed menendang muka Sufia hingga berdarah mulutnya kerana Sufia memicit terlalu kuat dan kakinya terasa sakit membuatkan muka Sufia terpaling ke tepi. Pedih memang pedih mulut Sufia namun Sufia tahan jua sakit itu. Sufia tahu memang selayaknya dia diperlakukan sedemikian kerana punca dirinya juga yang menyebabkan kaki Syed bertompang.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomansaBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...