"kenapa awak kejam sangat ha? Buat saya macam bibik awak. Sebenarnya awak nak apa? Saya dah letih tau layan kerenah awak." Sufia berang kerana tak habis-habis Syed nak buli dirinya. Pembuli tak bertauliah!
"Saya nak awak ikut saya pergi ke Jakarta jugak besok. Keputusan saya muktamad! Awak kena tangguhkan niat nak balik rumah awak. Faham! Saya dah siapkan passport awak sekali. Ini bermakna, awak kena ikut saya." kata Syed muktamad sambil menunjukkan pasport milik Sufia di tangannya.
Syed terlalu naif bagi Sufia. Walau apapun, Sufia terima saja dia kerana Syed adalah sahabatnya sejak dari bangku sekolah.
"Awak ni terlalu naif tahu tak?! Asyik dengan ego dan keras kepala awak je! " ujar Sufia geram dan sakit hati.
Sebenarnya, dari jauh-jauh hari lagi, Syed buatkan passport Sufia. Sufia pun bingung kenapa Syed minta salinan IC dan sekeping gambar berukuran passport. Rupanya inilah hajatnya.
Pada malam itu, Sufia kemaskan semua barang-barang keperluan dan pakaian disusun ke dalam bagasi. Sambil itu, mulut Sufia mengomel seorang diri.
🎥🎥
Alhamdulillah, abang long dan kak ngah dah sampai dengan selamat di rumah mereka. Tetapi, mereka hairan kenapa adik
Me reka tiada di rumah. Berkali-kali Syakila memanggil salam namun tidak berjawab. Abang long cuba menghubungi adiknya namun gagal. Mujur mereka ada kunci pendua dan terus mereka masuk dalam. Rumah sunyi."Acik dekat mana? Kenapa tak ada di rumah ni? "
"Entahlah long. Mungkin dia tidur rumah kawan kot. Atau kerja balik lewat ke. "
"Risau pulak along. Acik kena culik kot?! "
"Hishh! Apa yang along merepek ni? Mulut tu.. Cabai kang."
🎥🎥
Beberapa jam perjalanan menaiki teksi, akhirnya Sufia dan Syed tiba di sebuah chalet peranginan. Sufia mengeluarkan beberapa buah bagasi di belakang bonet teksi itu sementara Syed berjumpa dengan seorang lelaki lingkungan umur lima puluh an. Syed berjabat tangan dengan pakcik tua itu sementara Sufia susah payah angkut bagasi miliknya dan juga Syed.
"Neng, elo pikirin taksi gua percuma ya? " pemandu teksi meminta wang bayaran kepada Sufia. Sufia yang tak tahu apa-apa keluarkan sekeping wang di dalam dompetnya dan diserahkan kepada pemandu teksi itu.
"Ini matawang Malaysia neng. " Sufia memberi sekeping not wang berjumlah lima puluh ringgit Malaysia kepada pemandu teksi itu kerana ia tidak mempunyai tukaran matawang Indonesia. Hanya Syed yang ada pegang matawang Indonesia.
"Pakcik ambil je wang tu. Kalau pakcik tukar nilainya tinggi. Saya tak ada tukaran wang Indonesia. "
"Ok neng. Makasih ya. " pemandu teksi itu beredar setelah Sufia membayar walaupun matawang Malaysia.
"Tak guna punya Mamat. Aku juga yg kena bayarkan duit teksi. " omel Sufia fikir Syed sengaja nak kenakan dia atau lupa nak membayar wang. Kemudian Sufia menghampiri Syed sedang berborak dengan pakcik tua berhadapan dengan chalet sambil bersusah payah angkut bagasi bagai angkut batu bata merah.
"Terima kasih Tuan Gunawan. Chalet Tuan cantik sangat. Saya suka. " ucap terima kasih Syed pada lelaki tua yang bernama Tuan Gunawan.
"Saya lebih suka panggil om saja. "
"Baik om. Terima kasih sekali lagi. "
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...