BAB 20 - Kerna cinta, aku bahagia

91 1 0
                                    

"berkahwin dengan bos Fia, dan juga classmate Fia. Ini adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan kepadaku."
"Kau perempuan bertuah Fia, dapat suami muda macam Syed, walaupun kita kenal perangai dia macam Nauzubillah dulu, tapi sekarang alhamdulillah dah insaf."
"Hahaha... Kan. Seronok pulak bila teringat zaman sekolah dulu."

Sufia dan Aishah video call melalui aplikasi WhatsApp sementara suami masing-masing sibuk dengan kerja.

🤰

"Betul ke ni Fia? Abang jadi Paksu? Bila dapat tahu?" Tanya Redz yang baru dapat berita baik Sufia mengandung dari mulut Sufia sendiri.

"Betul, takkan nak tipu pula."

"Baby boy ke, girl?"

Sufia:"Belum tahu lagi, dokter tak dapat kesan jantina lagi. Tapi dokter kata tiap-tiap minggu Fia kena pergi medical check up."

Redz:"Abang sebenarnya suka budak-budak tau, menceriakan suasana rumah. Suka dengar suara budak nangis, gelak."

Sufia dapat rasa yang Redz sedang rindukan Zara.

Sufia:"Abang rindu Zara ye? Kalau abang rindu dia, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak untuk arwah."

🤰 🤰 🤰

Sangat seronok bila Sufia mengimbau kembali kenangan indah memandangkan suaminya mempunyai masa terluang. Syed dan Sufia tergelak sakan di balkoni sambil menikmati hidangan makan petang.

Syed berasa pelik dengan isterinya, Sufia. Sudah masuk usia empat belas minggu kandungan bayi dalam perut Sufia, tak pula isterinya mengidam teringin nak makan sesuatu.

Selalunya, isteri kalau mengandung, mesti mengidam sesuatu yang pelik-pelik sampaikan susah nak cari makanan yang diidamkan. Tapi, Sufia lain. Timbul rasa sangsi di benak fikiran Syed.

Syed:"Sayang, takkan sayang tak mengidam nak makan sesuatu? Kalau nak cakap aje abang boleh belikan."
Sufia:"tak ade abang, Fia tak suka minta minta ni. Macam budak-budak. Satu je sayang mintak..."
Syed:"apa dia?"
Sufia:"ayang cuma nak abang selalu ada di samping ayang. Ayang tak ada lagi tempat nak berkasih sayang melainkan abang. Itulah yang ayang idamkan selama ini."

Berderai air mata jernih mengalir di pipi mulus Sufia, saat dia benamkan muka pada dada Syed. Sufia peluk suaminya kuat-kuat.

Hiba sedikit yang dirasakan Syed akan kata-kata isterinya tadi. Syed kucup ubun kepala isterinya dengan penuh kasih sayang.

Wanita itu dahagakan kasih sayang dari insan yang sungguh dia cintai.

Setiap hujung minggu, menjadi rutin Syed bawa isterinya, Sufia ke villa bondanya.

🤰 🤰 🤰

Sungguh Syed tak puas hati, Syed bertanyakan sendiri pada bondanya, Puan Zaharah tentang isterinya, Sufia yang tidak pernah nak mengidam.

Puan Zaharah menghidangkan menu hidangan kegemaran anaknya, Syed dan menantunya, Sufia iaitu ikan singgang dan gulai lemak cili api.

Puan Zaharah menghampiri Sufia yang sedang menghidangkan makanan di atas meja kemudian Puan Zaharah menghulurkan segelas air yang dibuatnya sebentar tadi pada Sufia.

"Yeke bonda, abang banyak songeh? Hahaha... " Sufia tertawa geli hati bila Puan Zaharah berceritakan sewaktu Puan Zaharah mengandungkan Syed.

Puan Zaharah:"Tak tahulah kenapa, yang kesiannya, arwah suami bonda lah, kena layan kerenah bonda. Masa mengandungkan Syed, bonda mengidam makan pelik-pelik. Tapi yang hairannya, masa mengandungkan Redz, baik aje."

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now