Syed Saddiq sering turun padang apabila ada isu besar perlu diselesaikan. Selain beliau menjadi menteri belia dan sukan, Syed juga menyelesaikan masalah yang melanda penduduk di Muar, Johor.
Beliau diarahkan supaya berpindah ke Johor untuk memudahkan beliau berurusan di sana, Jadi, Sufia harus ikut YB Syed Saddiq.
"Eleh, mentanglah diri awak tu hensem, bagi je budak pompuan ambil gambar dgn dia." sebenarnya, Sufia cemburu apabila dia melihat Syed digilai oleh kaum wanita kerana ketampanan Syed. Senyuman manis Syed begitu menambat.
Hari ini, Syed ditemu ramah dengan beberapa orang wartawan apabila beliau usai dengan mesyuarat bersama MBM.
Brukkk
"Auchh.. Aduh.. "
Tiba-tiba Sufia yang dekat sisi Syed tak perasan dilanggar hingga jatuh terjelupuk oleh manusia yang dia tak kenal meluru ke arah YB Syed Saddiq ingin bergambar dengan beliau. Terseliuh sikit kaki Sufia.
Segera Syed bantu bangunkan Sufia yang payah nak bangun.
"Maaf YB, adakah gadis ini teman wanita YB?" tak mena mena Syed diaju soalan tak logik dan tak ada kaitan langsung dalam hal kerja. Lalu dia disogok pertanyaan merepek membuat Sufia rasa hendak meroyan aje.
Wartawan:"Yelah YB, asyik dengan dia aje, akrab pula."
Syed Saddiq :"Maaf, dia cuma asisten saya. Tak ada kena mengena dalam hal ni."
************************************
Sufia:"Cinta ni banyak muslihat dia abang, mula-mula memang setia, lama-lama nanti Fia tak nak kecewa."
Syed:"percayakan abang Fia, selamanya kita akan bersama."
Akhirnya, Sufia menerima lamaran Syed walaupun Sufia sukar hendak menyatakan hasrat hati yang sebenarnya. Tak lama lagi, selepas menyambut lebaran terindah, majlis perkahwinan akan diadakan tidak lama lagi.
Sufia agak cemburu bila Syed panggil semua orang sayang. Tidak kira siapapun. Tahulah penyanyang, tapi tengoklah.
Sufia:"biy ni, semua orang biy panggil sayang, habis mana status saya sebagai kekasih you biy? "
Syed :"alalala, cemburu nye sayang abang ni. Kenapa muncung begitu." (menyanyikan beberapa baris lagu nyanyian Azzahra band berjudul alalala sayang)Bila hendak jadi suami orang, kena pandai ambil hati bakal ibu mertua terlebih dahulu. Dan bila ibu mertua sudah berkenan tandanya dia merestui hubungan. Lagipun, Puan Zahara sangat suka bila Sufia dibuat menantu.
Sufia tak pernah terlepas melawat ayah nya di penjara dan siap bawa bekalan makanan untuk ayah nya berbuka puasa. Sufia masakkan lauk kegemaran ayahnya, sambal udang petai bersama dengan nasi putih panas.
Puan Zahara terhidu bau aroma ketika Sufia sedang menumis di dapur. Sungguh menusuk hidung nya. Dan terliur lihat.
Puan Zahara:"amboi, sedapnya Fia masak."
Sufia:"Fia ingat nak jenguk ayah kat penjara kejap. Nak hantar lauk kegemaran dia sekali."
Puan Zahara:"bagus kamu Fia, walaupun ayah kamu buat jahat dekat kamu, kamu masih sayang dia."
Sufia:"dia ayah Fia bonda, dia lah yang melahirkan Fia, membesarkan Fia dulu. Fia dah tak ada siapa lagi melainkan bonda, Syed dengan ayah "
Puan Zahara:"Fia jangan rasa sedih lagi, anggap aje bonda ni macam ibu kamu sendiri. Bonda pun dah anggap kamu macam anak bonda."Oleh kerana Puan Zahara hanya punya anak lelaki, dia inginkan sangat anak perempuan.
Sesudah sambal tumis udang petai siap dimasak, Sufia hidangkan dalam bekas makanan. Bersama dengan sebotol air kosong. Rasa semangat dan teruja dia hendak menjenguk sang ayah.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...