BAB 13 - DERITAKU TANPAMU

87 4 0
                                    

Kamu sering masuk dalam mimpi aku, sehinggakan aku terasa amat nyata sedangkan itu cuma sekadar mainan tidur aku. Mengapa, harus kau saja yang hadir dalam mimpi ku?

Sejak kebelakangan ini, Sufia sering lihat dan bertembung dengan Syed yang asyik keluar dengan seorang perempuan. Mesra benar nampaknya seperti pasangan kekasih. Apakah Syed sudah punya kekasih hati? Adakah aku tak layak untuknya?

Syed Redz, terlihat juga Sufia asyik termenung jauh. Dia mengintai dari tingkap.

Redz:"Hai princess, termenung jauh. Mesti ada something ganggu fikiran." awak. "

Sampaikan Sufia langsung tak sedar Redz menegurnya. Redz sentuh bahu Sufia dan Sufia terkejut sedikit bila tiba-tiba ada orang pegang bahunya.

Sufia:"Abang, maaf Fia tak sedar. "
Redz :(melabuhkan punggung di sebelah Sufia) "Fia ada masalah ke? Tak baik terlalu pendam semua. Abang tak kisah dan sudi dengar luahan hati Fia,"
Sufia :(diam sejenak lalu bertanya) "betul ke, Syed dah ada teman wanita?"
Soalan Sufia membuat Redz berkerut dahi. Tapi, sebelum Redz jawab pertanyaan Sufia, Redz menduga Sufia dahulu.
Redz :"kalau ia pun adik saya ada teman wanita, adakah Fia cemburu? "
Sufia:(tersentak sikit dengan pertanyaan Redz) "saja tanya je. "
Redz :(pandang Sufia membuat Sufia berdebar debar) "Are you sure? Kalau abang cakap ni, Fia jangan terkejut ye."
Sufia :"tak. Cakaplah apa dia."
Redz:"minggu depan, Syed nak nikah dengan perempuan tu, nama dia Zahira, "

Riak wajah Sufia tidak memberi respon apa-apa dengan penjelasan Redz. Namun sesungguhnya, dalaman Sufia, hatinya hancur mendengar kata Redz. Redz boleh baca di dua mata Sufia tersirat seribu daya meskipun Sufia cuba sembunyikan daripadanya.

Redz:"tak payah sembunyikan dari abang Fia, abang tahu Fia cintakan Syed, adik abang tu. Tapi Fia pendam je perasaan. Begitu juga sebaliknya."
Sufia :"maksud abang? "
Redz:"Fia ikut abang, abang nak bawa Fia ke satu tempat. " (ingin bawa Sufia ke satu tempat)
Sufia:"pergi mana?"
Redz :"ikut aje abang."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

#AEONMALL

Zahira:"Sayang, tengok cantik tak cincin ni?"
Syed :"iye cantik." (acuh tak acuh dan sibuk tunggu mesej whatsapp income)
Zahira:"You! Asyik dengan fon dia je! Apa yang buzy sangat? "
Sebenarnya, Syed menunggu Sufia membalas mesej whatsapp. Last seen today at 2:30PM. Takkan tak perasaan mesej aku?

Sebaik sampai di AEON, Redz terus bawa Sufia ke kedai menjual cincin. Tapi mereka duduk jarak jauh supaya Syed tak sedar kehadiran mereka di situ.

Redz:"Fia tengok tu, Syed tak fokus dengan betina tu. Betina tu yang terhegeh-hegeh kat Syed padahal Syed tak pendam perasaan kat dia pun." (jelasnya)

Iphone Sufia berbunyi menandakan ada income mesej bertalu-talu masuk. Kemudian Sufia membuka aplikasi whatsapp dan lihat mesej dari Syed sebanyak dua puluh mesej masuk. Sufia terkejut melihat banyak mesej dari Syed masuk.

Nak tak nak Sufia baca mesej whatsapp dari Syed. Kalau dibluetick nanti gaduh besar. Sufia tidak mahu merosakkan hubungan sahabatnya itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Segala persiapan sudah dilaksanakan sebelum tiba majlis perkahwinan Syed dan Zahira.

Sufia :"Tahniah awak, awak bakal jadi suami orang. Jaga dia baik-baik."
Syed:(pandang Sufia seperti hendak luahkan sesuatu) "kau tak kecewa aku nikah dengan orang lain? Kau ak cemburu aku bukan milik kau? "
Sufia:"buat apa aku nak cemburu, dah ini memang jodoh kau."

Namun, Zahira membuat keputusan ingin putuskan tunang dengan Syed. Syed sangat sakit hati dan kecewa dengan keputusan bodoh Zahira yang sudah tiada hati padanya.

Syed:"selama ni kau berlakon depan aku la yang kononnya kau cinta aku?"
Zahira:"siapa yang bodoh sekarang ni hah? Takkan la I nak bersuami cacat macam you ni. Kaki tompang jalan pun macam capik aje."
Syed: (rasa hendak tampar Zahira) "kalau cakap terus terang dari awal tak payah menyusahkan orang membazir duit, membazir masa dengan orang tak guna macam you! Pengkhianat!"

Sufia yang mendapat berita Syed putuskan tunang dengan Zahira terkejut mendengarnya.

Syed asyik meratapi hati nya dan duduk di balkoni tingkat atas. Sufia, siap sedia dan setia mendengar dan menemani Syed yang berteman sepi.

Sufia menyeka dan menghapuskan airmata Syed yang mengalir perlahan dengan menggunakan ibu jarinya. Serta cuba mengukir senyuman Syed yang pudar tadi.

Seorang sahabat yang sentiasa menemani tatkala dalam suka mahupun duka. Meskipun Syed banyak lukakan hati Sufia, Sufia tetap ada untuk Syed. Terharu Syed dengan kesetiaan dan keikhlasan Sufia.

Sufia:"Kau jangan sedih, mungkin kau tak ada jodoh dengan dia. Allah dah aturkan segalanya lebih terbaik lagi untuk kau."
Syed:"aku bukan menangis sebab betina tu tinggalkan aku."

Penjelasan Syed membuat Sufia tertanya-tanya.

Sufia:"habis? "
Syed:"nantilah aku jelaskan pada kau. Aku nak rehat dulu. "

Syed ingin berjumpa dengan abangnya Redz, sebelum dia mahu masuk tidur. Syed ke dapur terlihat Redz juga ada di dapur sedang minum air.

Redz:"ha, tak tidur lagi ke?" (tanyanya sesudah teguk air kosong)
Syed:"aku nak tanya something kat kau ni. "
Redz:"apa dia? Pasal Fia? "
Syed:"Fia tak rasa apa-apa ke aku nak kahwin dengan Zara?"
Redz:"kau tanya aku apa hal? Aku bukan Fia. Eh, tapi kan Fia macam sedih je muka dia bila dapat tahu perkara ni."
Syed:"betul ke? Tapi bila aku tanya dia, dia kata tak kisah siapapun jodoh aku."

Tekak Sufia sungguh terasa haus, dia juga ingin minum dan ke dapur. Terlihat dua orang jejaka, Syed dan Redz, kedua beradik sedang berbincang sesuatu di dapur itu.

Redz:"itu mulut Fia kata Syed, hati dia, dalaman dia kita tak tahu. Mungkin hancur. Kau dah lama sahabat dengan Fia, "
Syed:"aku putus tunang dengan Zara, Fia tak putus-putus bagi aku semangat supaya tak terus tersungkur. Sebenarnya, Aku kagum dapat sahabat macam Fia, susah senang sama-sama lalui walaupun ego aku menggunung."
Redz:"kau patut bersyukur kerana dapat sahabat macam Fia, kawan senang nak cari, tapi sahabat susah nak jumpa."

Sebenarnya, tanpa mereka sedari, Sufia terdengar perbualan antara Syed dan Redz saat ingin melangkah ke dapur.

"Maaf, saya ganggu kamu berdua. " Sufia ingin beredar dari situ tak mahu ganggu perbualan mereka, Tapi Syed menarik tangan Sufia dan menghentikan langkah Sufia.

Sungguh Syed rasa sesal kerana selama ini dia mensiakan peluang yang terbaik dan Sufia yang masih setia bersama nya sebagai seorang sahabat. Telah terbuka mata hati Syed yang tertutup. Akankah Sufia mahu berikan satu peluang pada Syed?

Terkaku saat dua mata Sufia harus tatap mata Syed. Terkelu lidahnya tak tahu hendak berkata apa-apa.

"Izinkanku mencintai mu Fia, aku tak akan mensiakan mu lagi jikalau kau berikan aku satu peluang untuk ku menyayangi mu sebagaimana kau menjagaku." akhirnya, terlafaz jua kalimat yang selama ini terpendam dalam hati.

Membeku diri Sufia saat ia telah mentafsir setiap ayat yang terungkap oleh Syed.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now