BAB 11 - PELANGI WARNAI HATIKU

89 3 0
                                    

Bermulalah kehidupan baru Sufia di kediaman rasmi YB Syed Saddiq. Walaupun pada mulanya Sufia agak kekok tinggal di kediaman beliau, Sufia cuba untuk biasakan diri tinggal di situ. Sufia tidak biasa tinggal di banglo mewah. Kerana dari kecil Sufia sudah dibiasakan hidup dalam  kesusahan.

Sufia faham dan mengerti, bosnya itu mahu melindunginya daripada terancam. Baru Sufia tahu perkara sebenar tentang bosnya itu dengan lebih mendalam ketika Sufia tinggal di kediaman beliau.

Semakin dilihat, semakin terpikat. Itulah Syed bila melihat gadis itu. Hari demi hari, dia lihat Sufia. Terasa ada bunga bermekar di hatinya.

Apa yang Sufia tidak tahu selama ini, dia ketahui jua kerana bonda YB Syed Saddiq suka berceritakan perihal tentang beliau semasa dia kecil dan dah besar panjang manusia ini. Lucu pun ada.

Kecoh dapur apabila Datin Zaharah bercerita tentang anak terunanya, yakni Syed Saddiq semasa beliau kecil dulu dan sekarang. Gelak sakan Sufia dan Datin Zaharah dibuatnya.

Sehinggakan Syed Saddiq tersipu sipu malu apabila bondanya sering ceritakan tentang dirinya pada PA nya itu. Bonda YB Syed Saddiq berasa senang dengan Sufia kerana gadis itu sopan santun dan menghormati orang tua.

"Untung ibu kamu Sufia, sejuk perut arwah Puan Ainul mengandungkan kamu. Susah nak jumpa orang macam kamu tengah zaman sekarang ni. Paling-paling adapun, satu dalam seribu." kata bonda Zaharah kepada Sufia apabila dia melihat perilaku Sufia begitu sopan dan santun. Juga  menghormati orang tua. Pendapat beliau, Sufia adalah calon yang layak dibuat menantu.

Sufia tersipu-sipu malu kerana bonda Zaharah memuji-muji nya terlebih.

"Mana ada bonda, biasa-biasa aje. " Sufia merendah diri, tidak riak malah sekali.

Datin Zaharah tahu Sufia adalah orang yang bukan senang. Bonda Zaharah kenal dengan pak usu Sufia adalah kerana pak usu Badrul dan YB Syed Saddiq sahabat terapat sejak dari bangku sekolah rendah.

"Walaupun kamu bukan orang yang kaya dan berharta, biar sifat kamu ni berharga. Bonda memang respect dengan kamu." sudut pandangan bonda Zaharah tidak seperti segolongan orang lain. Dia lebih suka sekiranya menantunya nanti mempunyai sifat yang disenangi. Jangankan hendak wanita yang kaya dan berharta, namun dari segi kehormatan kurang.

Tiba-tiba, Syed Saddiq muncul sudah seperti halimunan di dapur dimana Sufia dan Datin Zaharah berbual sambil memotong buah-buahan.

"Ikut aku sekejap. " Syed Saddiq menarik pergelangan tangan Sufia yang sibuk memotong buah tembikai merah. Nampaknya seperti ada yang tak berpuas hati.

"Dah kenapa pula kamu ni? "

"Alang pinjam Fia kejap ye. " seraya Syed Saddiq bawa Sufia pegi ke pangkin kediamannya.

"Apa yang bonda ceritakan tentang aku kepada kau hah?" tanya Syed Saddiq kepada Sufia bagaikan seekor ular tedung mahu menelan mangsanya seekor katak. Meremang bulu roma Sufia melihat itu. 

"Entah. " jawab Sufia dan angkat bahu dengan selamba serta buat muka tak tahu apa-apa. Tetapi sedangkan Sufia tahu segala-galanya tentang bosnya itu dari        A to Z. Sufia tersenyum-senyum melihat bosnya itu. Tak boleh nak tahan gelak.

Makin panas tahap gaban Syed apabila Syed melihat Sufia tersengih-sengih dah macam kambing tak mandi pagi.

"Cakap! " gesa Syed Saddiq dan mencengkam lengan tangan Sufia dengan lebih kuat membuatkan Sufia terjerit kecil kerana terasa sakit sikit saat Syed Saddiq mencengkam kuat lengan tangan Sufia. Selagi Sufia tidak memberitahunya apa yang bondanya ceritakan tentang dirinya kepada Sufia, selagi itulah tidak akan dia lepaskan cengkaman itu.

"Sakitlah lepaslah!! " Sufia cuba melepaskan lengan tangannya yang dicengkam oleh Syed Saddiq. Namun hasilnya cuma gagal. 

"Cakap dulu baru aku lepas. " ugut Syed.

Sufia tersenyum sinis "Hehh! Bonda cerita pasal bos masa bos kecil dulu. " terpaksa juga Sufia ceritakan kepada Syed apa bonda Zaharah ceritakan kepadanya tadi. Tetapi tidak terlalu sepenuhnya.

Mulut Syed Saddiq tercengang seketika apabila Sufia berkata begitu kemudian, dia lepaskan cengkaman lengan tangan Sufia dan pergi dari situ. Syed Saddiq dapat agak yang bondanya ceritakan kepada Sufia tentangnya masa kecil. Amat memalukan!

🔍🔎

"Akak... Bella rindu akak, " seorang gadis berusia 18 tahun tercari-cari kelibat kakaknya yang tidak ditemui juga. Sudah serata tempat Bella mencari kelibat kakaknya itu.

Dia dan kakaknya terpisah sewaktu mereka masih lagi kecil kerana bapa mereka, Encik Zaki hantar Bella rumah kebajikan masyarakat disebabkan Encik Zaki tidak mampu menjaga kedua anak perempuannya kerana masalah kewangan. Malahan pula, isterinya baru saja meninggal dunia akibat kena serangan jantung.

Gadis itu terdengar Puan Marliza serta pak gad bersembang pasal Bella dan keluarganya. Bella yang ingin ke  tandas sewaktu itu tiba-tiba dia terdengar perbualan antara Puan Marliza dan pak gad bersembang tentang hal dia. Bella sungguh terkejut apabila mendengar perbualan itu. Dan dia memutuskan untuk kabur.

"Bella, tolong hantarkan buku saya di bilik saya ya... " Puan Marliza yang menyedari kehadiran Bella di situ menghentikan langkah Bella. Puan Marlizq meminta bantuan kepada Bella supaya menghantar buku-bukunya.

Tidak sempat Bella ingin berbuat demikian. Dia tunggu masa yang sesuai untuk kabur.

Bella pun akur dengan permintaan Puan Marliza.

Entah bagaimana pula Bella boleh mendapatkan sekeping gambar kakaknya ketika Sufia berusia remaja sekarang (19tahun) sewaktu Bella memasuki bilik pejabat Puan Marliza ketika dia diminta hantarkan barang-barang Puan Marliza ke pejabat. Mata gadis itu tertancap pada sekeping gambar yang terselit di buku Puan Marliza. Bella terpaksa ambil gambar kakaknya. Baru pertama kali Bella dapat melihat kakaknya itu.

Tidak tahu pula yang dia ada seorang kakak yang cantik seperti. bidadari syurga.

'Kenapakah perkara ini dirahsiakan kepadaku?' gumam hati Bella.

"Cantiknya kakak. Macam Bella, "

Bella memutuskan dia ingin larikan diri di rumah kebajikan masyarakat kerana ia mahu mencari kakaknya. Gadis itu terasa dirinya sudah dewasa dan mampu uruskan diri sendiri.

***

RUMAH KEBAJIKAN MASYARAKAT

Semua penghuni rumah kebajikan masyarakat dan yang bertanggungjawab menjaga itu, susah hati apabila mereka mendapati Bella sudah hilangkan diri dari rumah kebajikan masyarakat itu. Puan Marliza meminta pak gad supaya carikan Bella di serata rumah kebajikan itu dan serata bandar Shah Alam. Namun tidak berjaya ditemu juga. Tidak pernah-pernah Bella buat perangai seperti ini sepanjang Bella tinggal di sini.

🌈🌈🌈

Dikala tika ini disertai keheningan malam, Sufia dinodai satu rasa yang tidak bernama. Waktu itu, Sufia sedang duduk di laman banglo mewah bosnya kerana ia berasa bosan ketika itu.

Dalam hatinya tertanya-tanya tentang adik perempuannya kerana sewaktu Sufia dihentam teruk oleh Encik Zaki, Encik Zaki pernah terlepas cakap pasal adik perempuannya. Fikiran Sufia jauh melayang memikirkan hal itu.

Pada dalam itu, Sufia tidak sedar di belakangnya ada manusia yang menyamar jadi puntianak sudah tercegat di belakang Sufia yang terlalu jauh termenung.

Sufia tersentak apabila ada seseorang mencuit bahunya dari belakang. Saat Sufia menoleh ke belakang, Sungguh Sufia terkejut melihat hantu puntianak yang hodoh dan berambut panjang. Sufia pengsan di situ kerana effect dia terlalu terkejut.

"Hah? Weih! Dia pengsan lah!! " manusia yang menyamar jadi puntianak kalut apabila Sufia pengsan terlentang di depan mereka dengan tidak sedarkan diri.

"Tak sangka lagu ni jadinya. " puntianak itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Angkat dia. " lelaki itu menyuruh manusia yang menyamar jadi puntianak mengangkat tubuh Sufia yang tidak sedarkan diri itu ke dalam banglo.

[BERSAMBUNG]

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now