⏩SKIP⏩
Satu tahun Sudah berlalu. Sufia mendapat berita bahawa sahabat baiknya, Aishah Atilia akan sambung belajar di Korea Selatan. Atas minat dan keputusan Aishah, Aishah Berjaya mengecapi impiannya belajar di luarnegara. Sufia turut sama tumpang gembira. Mereka planning mahu bertemu di sebuah café untuk bersembang.
CAFÉ
Secangkir coffee dihidangkan di atas meja tempat Aishah dan Sufia duduk. Kemudian pelayan café beredar dari situ. Perbualan diantara mereka dimulakan.
Begitu cepat waktu berlalu. Tidak terasa masing-masing telah meningkat kedewasaan. Umur pun sudah mencecah 19 tahun. Masing-masing juga punya karier sendiri. Walaupun mereka sibuk dengan haluan sendiri, persahabatan mereka takkan pernah terlupakan. Syed, Sufia, Aishah Atilia dan tunang Aishah telah merancang mahu bercuti di pantai peranginan di Teluk Batik. Hanya sebuah kereta yang bergerak ke lokasi dan empat orang yang ada dalam perut kereta Honda merah Syed.
Setelah penat Sufia dan Aishah berselfie, kedua sahabat karib yang tak pernah renggang dari dulu tertidur di dalam kereta. Nyenyak sungguh.
Beberapa jam perjalanan dari KL ke Teluk Batik, Akhirnya sekumpulan remaja itu tiba di destinasi yang dituju. Syed yang sedang memandu, perlahankan pemanduannya agar dia mudah untuk mencari tempat penginapan pada malam ini. Adam Adli cadangkan supaya mereka semua menginap di chalet lebih mudah. Syed dapat jumpa chalet, Syed menekan kuat pedal minyak membuatkan penumpang di dalamnya terhinjut ke hadapan dan Sufia yang sedang nyenyak tidur serta merta terjaga. Kedengaran suara Sufia merengek kerna tidurnya yang lena terganggu.
Dalam lingkungan jam 12:45pm mereka tiba di destinasi yang dituju.
"Yes! Dapat jugak chalet. Hey, Bangun! Bangun! Kita dah sampai ni." Adam Adli mengejutkan Aishah dan Sufia yang masih melayang-layang. Sufia yang baru terjaga mengeliat semahu-mahunya. Sungguh sedap badan bila ia dapat mengeliat dan renggangkan badan yang lenguh kerna duduk di dalam kereta agak lama. Naik kerutu punggung dibuatnya. Selepas itu, Aishah pula yang terjaga dari tidurnya.
"Huahhh! Lama rasanya tak pergi ke tepi laut." Kata Aishah.
Sufia yang ingin angkat beg-begnya di dalam bonet kereta Honda Syed tiba-tiba Syed menghalang Sufia yang ingin mengangkut beg galasnya membuatkan Sufia hairan dengan Syed.
"Takpe, biar aku angkatkan beg kau." Kata Syed kemudian dia bawa turunkan bagasi Sufia ke atas rumput. Dah ada peluang depan mata, Sufia mempersilakan Syed yang mahu angkatkan beg galan dan bagasinya hingga ke dalam chalet. Setelah sampai di depan chalet Sufia dan Aishah, Syed menyerahkan anak kunci kepada Sufia kemudiaan Sufia membuka pintu chalet tersebut.
"Letakkan di dalam ye. Terima kasih." Arah Sufia kemudian Sufia mengucapkan terima kasih kepada Syed yang bantunya.
"Tumpang lalu Encik." Aishah meminta laluan kepada Syed yang menghalangnya dia masuk. Nampaknya tunang Aishah, Adam Adli juga bantu Aishah mengangkut bagasi dan barang Aishah yang lain hingga ke dalam chalet mereka berdua yang bernombor 202.
"Terima kasih sekali lagi Encik-encik berdua bantu kami." Ucap Sufia sekali lagi kemudian Sufia tutup pintu chalet.
"Takpela bro, kita ringankan beban orang dapat pahala." Kata Adam menepuk bahu Syed kemudian dia pergi ke chalet mereka bersebelahan dengan chalet Sufia dan Aishah. Syed tersenyum dengan gelagat lucu Sufia kebelakangan ini.

Tiada apa-apa halangan, sekumpulan remaja itu mengadakan aktiviti BBQ di tepian pantai. Walaupun Cuma empat orang yang menyertai aktiviti yang menyeronokkan itu, Nampak meriah dengan aktiviti sebegitu. Mereka bergurau senda, bersuka ria di hari hujung minggu. Menyimpan poloroid yang tercipta begitu indah bersama sahabat-sahabat tercinta di laman hati. Sufia tidak terlepas daripada berswafoto di smartphone nya bersama dengan rakan-rakan baiknya ketika Aishah dan Adam sedang membakar ayam bersama-sama. Nampak sweet saja pasangan kekasih itu.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...