BAB 21 - SUAMIKU COACH

158 3 0
                                    

TIBA BULAN MAC, DI LANGKAWI JUNGLE TRACKING (26 MAC,  1:00PM) 

bukan main lagi Syed Saddiq jadi coach mengarah  Zharif, Sufia, Sarah dan Idzwan bersenam tubi. Di tengah-tengah hutan kawasan perkhemahan mereka. Dia cuba tegakkan benang yang basah dengan tegas. Termasuklah juga isterinya yang harus turut serta dalam latihan seperti TLDM. Terseksa raga dibuatnya, namun Sufia tempuhi juga.

Di tengah panas terik, matahari yang tinggi melangit sungguh mencakar muka. Sufia mandi peluh ketika itu. Terasa bahang panas terik matahari betul-betul berada di atas kepala. Sufia lebih selesa berbaju kasual menawan.

Memang, Syed Saddiq dan rakan-rakannya suka mengadakan aktiviti perkhemahan setiap tiga bulan sekali. Selalunya, Syed Saddiq pergi sendiri bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Namun kali ini, Syed Saddiq membawa Sufia, isterinya turut sama sertai aktiviti perkhemahan ini.

Sehinggalah, aktiviti latihan seperti TLDM itu berlangsung hingga waktu malam. Dan barulah aktiviti tersebut dihentikan.

Petang menjelang malam. Idzwan,  Zharif dan Sarah serta coach' Syed Saddiq sama-sama mereka berkumpul di hadapan unggun api yang makin membara untuk menghangatkan badan mereka yang kedinginan malam.

Syed yang berbaju t-shirt putih dan berseluar track suit berjenama adidas duduk di hadapan Idzwan,  Sarah dan Zharif.

"Macam mana aktiviti hari ni? Begitu teruji kan? " Soal Syed kepada rakan-rakan memulakan bicaranya.

"Huh! Memang terbaik YB. " Idzwan menjawab pertanyaan Syed

Namun, hanya Sufia yang tidak sertai mereka yang sedang duduk berkumpul di hadapan unggun api kerana pada ketika itu, Sufia berasa sangat lelah. Dan ingin terus masuk ke dalam khemah.

"Isteri YB mana? " tanya Sarah yang baru perasan tidak nampak kelibat Sufia diantara mereka.

"Letih agaknya tu. " Zharif buat andaian.

"Oklah. Memandangkan hari ini hari terakhir kita di sini, kita tidur awal. Besok pagi, kita lanjutkan aktiviti gencatan senjata. Saya dah siapkan tempat untuk kita buat aktiviti terakhir kita". Jelas Syed Saddiq.

Ada yang teruja dengan aktiviti yang dirancangkan oleh Syed terutamanya, para pemuda lelaki Idzwan dan Zharif. Manakala Sarah yang perempuan, macam teragak-agak untuk sertai aktiviti besok pagi. Tidak sesuai rasanya.

"YB. Aktiviti yang lain tak ada ke? Tak sesuailah dengan saya dan cik Fia yang perempuan ni. " Sarah meminta Syed menukarkan aktiviti lain.

Sufia yang tidak hilang letihnya mengintai suami dan rakan-rakannya yang sedang berborak sambil duduk berkumpul di hadapan unggun api secara senyap- senyap seketika sebelum dia masuk ke dalam khemahnya. Dia hanya ditemani bunyi cengkerik mengiramakan lagu di keheningan malam itu. Terdengar juga sayup-sayup kumpulan itu rancak berbual.

Dalam khemah itu, Sufia berbaring tanpa ada bantal empuk. Bantal cuma ada satu. Sufia lebih pentingkan keselesaan suaminya itu berbanding dirinya.

DI HADAPAN UNGGUN API

"Apa yang tak sesuainya. Kamu juga perlu tahu bagaimana cara yang betul nak menghunus senjata demi melindungi diri. Zaman  sekarang ni terlalu berbahaya, terutamanya kaum wanita macam kamu dan isteri saya tu. " tidak kedekut ilmu Syed Saddiq ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan serta isterinya. Tidak kiralah perempuan ataupun lelaki.

"Baiklah YB. " Sarah akur dengan keputusan Syed.

"Ok. Bersurai. Besok pagi jumpa lagi. "

Idzwan dan Zharif beredar dari unggun api dan masuk ke dalam khemah mereka berdua. Manakala Sarah tidur berseorangan dalam khemahnya. Syed Saddiq pula memasuki khemah dia dan isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now