BAB 12 - TERSEDAR

91 5 0
                                    

"Bonda!!! Bonda!!! Sufia pengsan bonda!!!" Terjerit-jerit Syed Saddiq memanggil bondanya sambil Syed dan Pak Yunus mengusung tubuh Sufia yang tidak sedarkan diri.

Kemudian tubuh gadis itu yang tidak sedarkan diri diletakkan di atas sofa empuk di ruang tamu oleh Syed Saddiq dan Pak Yunus. Kecoh!
Tergopoh-gapah Datin Zaharah ke ruang tamu apabila terdengar suara anak terunanya terjerit-jerit memanggilnya dengan nada cemas. Berdegup kencang detak jantung Datin Zaharah dibuatnya.

"Ya Allah, macam mana si Fia boleh pengsan ni? " tanya Datin Zaharah sambil cuba menyedarkan Sufia yang pengsan akibat dia terlalu terkejut dengan kehadiran yang secara tiba-tiba puntianak harum sundal malam. Nasib baik gadis itu tidak kena serangan jantung.

"Tak tahu bonda, tahu-tahu je tengok Sufia dah pengsan terlentang dekat laman. " jelas Syed Saddiq.

Imbas kembali

Sewaktu Syed Saddiq dan pak Sidek ingin ke laman banglo, mereka yang berjalan seiring sambil berborak rancak. Sampai sahaja mereka berdua di laman banglo, Saddiq dan pak Yunus terkejut apabila temui Sufia dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri. Kemudian, mereka segera mengusung tubuh Sufia.

Imbasan tamat

Sementara itu, pak Yunus pergi mengambil semangkuk air di dapur dan kembali semula ke ruang tamu dengan semangkuk air. Kemudian, pak Yunus menyerahkan semangkuk air kepada Syed Saddiq. Syed Saddiq mengambilnya kemudian dia renjiskan air tersebut ke raut wajah Sufia. Tidak lama kemudian, Sufia sedarkan diri dengan susah. Kelopak mata Sufia perlahan-lahan membukanya. Samar-samar cahaya lampu terang membuatkan mata dan kepala Sufia bertambah stress. Sufia terlihat sekelilingnya ada Datin Zaharah, Pak Yunus serta bosnya Syed Saddiq berkumpul di dekatnya yang terbaring di atas sofa empuk ruang tamu. Terutamanya, Datin Zaharah duduk di sebelah kiri Sufia.

"Alhamdulillah Fia, sedar jugak kamu. Risau bonda. " Datin Zaharah memanjatkan rasa syukur apabila lihat Sufia sudah sedarkan diri. Begitu juga dengan Syed Saddiq dan pak Yunus.

"Macam mana boleh pengsan cik Fia? " tanya pak Yunus pada Sufia yang dalam keadaan mamai. Sufia cuba mentafsirkan pertanyaan pak Yunus kerana kepala Sufia masih sakit.

"A-ada han-hantu. S-saya n-nampak p-puntianak. " tutur Sufia dengan payah dan tergagap-gagap berkata. Ketika itu, kepalanya terasa sakit. Berkerut dahi Sufia menahan sakit.

Pak Yunus dan Syed Saddiq saling berpandangan mendengar kata-kata Sufia.

Syed Saddiq tersenyum sinis apabila Sufia berkata begitu. Rasa kelakar.

"Zaman moden sekarang mana ada hantu! Merepek je lah. " dari riak wajah Syed, dia cuba sembunyikan sesuatu supaya bonda dan Sufia tidak mengesyaki apa-apa.

"dah, dah. Kamu ni terlalu stress kot Fia, kan bonda pesan, banyakkan berehat. " Datin Zaharah berpesan kepada Sufia. Sufia hanya mengangguk tanda mengerti apa yang Datin Zaharah pesan kepadanya.

🎥🎥🎥

Besok, Syed Saddiq harus bertolak ke Thailand atas urusan kerjanya. Seperti biasa, Sufia harus temani beliau. Tetapi sebelum itu, Sufia meminta sesuatu dari bosnya sebelum mereka berdua bertolak ke Thailand.

"Bos, saya nak minta izin boleh? " tanya Sufia sekerat sekerat.
"Minta izin apa? " Syed Saddiq yang sedang minum kopi sambil khusyuk bermain telefon pintar miliknya bertanyakan kepada Sufia pula. Agak keras nada suaranya.

"Sebelum kita pergi ke Thailand besok pagi, petang ni saya nak ziarah kubur arwah ibu saya boleh?" pinta Sufia dengan sayu hati kepada bosnya itu. Harap ia memahami. Sufia tunggu respon dari Syed.
Syed Saddiq memalingkan muka kepada Sufia yang penuh simpati.
"Hmm... Besok saya temankan awak. " Bila mood Syed Saddiq ok dan bagus, dia bahasakan diri awak dan saya. Tetapi sekiranya dia dalam keadaan marah ataupun stress, dia akan bahasakan diri, kau aku. Itulah sifatnya. Sufia yang sudah lama bekerja dengannya, sudah masak dengan perangai bosnya itu.
"Terima kasih bos. "

Pada petang itu, pemandu peribadi Syed Saddiq menghantar mereka berdua, Sufia dan Syed Saddiq ke tanah perkuburan islam kerana Sufia mahu ziarahi kubur arwah ibunya, Puan Sofea.

Syed Saddiq berbaju Melayu simple berwarna hitam manakala Sufia memakai baju kurung hitam juga ketika mereka mahu ziarah kubur. Pada pandangan mata Syed, walaupun Sufia orangnya tidak tahu bergaya di luar waktu kerja, Sufia sungguh tampak ayu berselendang dan berbaju kurung biasa. Bagi Syed, Sufia sungguh luarbiasa.

Syed membentangkan tikar mengkuang di tepian pusara arwah ibu Sufia. Mereka berdua serentak melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang tersebut. Hati Sufia mula terasa hiba menyelubungi diri. Sufia cuba tidak menangis di depan kubur arwah ibunya namun tetapi, terdapat juga gening pada tubir mata Sufia.

Syed simpati dengan Sufia. Dia turut sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu Sufia dan membacakan surah Yassin agar Puan Sofea tenang di sisi Tuhan. Suara Syed Saddiq begitu lantang dan lunak apabila ia mengalunkan bacaan surah Yassin. Sufia yang duduk di sebelahnya juga berbuat demikian. Suasana pilu menyelubungi kawasan mereka.

Kerana pun, Syed Saddiq begitu kenal dan agak rapat dengan arwah ibu Sufia sewaktu dia masih di bangku sekolah suatu masa dahulu.

Sesudah itu, Sufia membersihkan pusara arwah ibunya yang berteraburan dengan dedaun kering diatasnya supaya pusara arwah ibunya itu kelihatan kemas. Dibantu oleh Syed. Berlinangan air mata Sufia. Tidak mampu dibendung lagi. Merah muka Sufia yang putih gebu menangis mengenangkan betapa rindunya pada arwah ibunya.

Syed Saddiq melihat Sufia menangis. Lalu berkata
"Tak elok menangis depan kubur arwah ibu awak. Ada baiknya kalau awak tak menangis. Ya, saya faham perasaan awak. Saya juga pernah kehilangan orang yang cukup saya sayang. " Syed Saddiq memberitahu kepada Sufia yang dia sungguh memahami apa perasaan yang dirasai Sufia ketika ini. Lembut suara Syed Saddiq berkata kepada Sufia.

Pipi Sufia dibasahi dengan air matanya yang berlinangan. Syed mengerling jam di tangannya menunjukkan pukul tujuh. Hari sudahpun mahu senja.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now