BAB 14 - DUA HATI MENJADI SATU

103 3 0
                                    

"Kenapa awak bawak saya dalam hutan ni? Bukan ke awak kata tadi ada mesyuarat dengan menteri besar nanti? " tanya Sufia yang semakin keliru dengan Syed.

Seingat Sufia, hutan ini pernah menjadi tragedi buruk yang pernah timpa mereka berdua pada bulan Oktober lepas. Kenapa dia datang lagi ke tempat ini? Apakah motifnya?

Katanya tadi, perlu hadiri mesyuarat di dewan Persekutuan Labuan.. Tapi ini bukan tempatnya. Sungguh sangsi. Bijak benar Syed buat helah.

"Tunggu sini jangan pergi mana-mana. " perintah Syed tegas. Tetapi Sufia takut bila harus di tinggalkan sendirian. Sudahlah hanya kepekatan malam yang nampak. Bintang pun sebutir dua di langit bulan juga hanya berbentuk bulan sabit.

Arahan dipatuh kerana Sufia takut dia menimbulkan masalah lain nanti. Beberapa minit kemudian, Sufia menerima isyarat yang menyuruhnya ke suatu tempat. Sebaik kaki Sufia ingin melangkah, Sufia terlihat dia dibawa ke sebuah tempat yang begitu lapang.

Dan apa yang buat Sufia terpesona, tempat tersebut telah terhiasi cantik. Lampu neon belle knox dipasangkan di setiap pokok-pokok bagi menceriakan suasana.

Dalam samar lampu, berdiri susuk tubuh yang sedang membelakangi Sufia. Sufia yang kenal susuk tubuh itu menghampiri namun terjeda..

"Ssyed? "

Tanpa membuang masa, Syed berlutut dihadapan Sufia dan menghulurkan sekotak kecil merah berupakan sebutir cincin permata untuk disarungkan pada jari manis Sufia.

"Walau apapun kekurangan mu sayang, aku terima dengan seadanya. Sudi kah kau menjadi permaisuri hati ku?" Syed, melamar kerinduan Sufia dan sekaligus ingin Sufia menjadi permaisuri hatinya.

Bibir Sufia terkunci hendak memilih jawapan dari pertanyaan Syed. Sukar sekali. Baru saat ini, Syed tersedar betapa berharga gadis itu seperti nilai emas permata. Seperti sebutir cincin yang dilemparkan ke lautan dalam, sukar untuk menemukan kembali.

"Fia tak layak untuk awak, banyak lagi perempuan yang lebih sempurna dari Fia, " Sufia keliru dengan hati sendiri samada hendak memilih atau menolak.

"Shhh.. (meletakkan jari telunjuknya ke bibir Sufia) Kita dah kenal dari sekolah lagi, dan dah kenal hati masing-masing. Aku hanya percaya pada awak seorang saja. Jujur aku cakap, tak ada perempuan macam kau lagi yang aku temukan. Tolong jangan kata tak dan tolak permintaan terakhir aku. Please Fia," Jelas Syed jujur dari hati yang terdalam. Yang selama ini terpendam terluah juga.

"Maafkan Fia, Fia tak terbuka lagi pintu hati. Fia anggap awak macam sahabat Fia sendiri. " buat masa sekarang, Sufia tak bersedia lagi hendak mendirikan rumahtangga.

"percaya aku Fia, kau yang terbaik buatku. " meskipun cintanya ditolak, dia akan pastikan hatinya diterima oleh Sufia.

"Tolong bawa Fia keluar dari hutan ni. Fia nak balik."

Takkan mudah Syed berputus asa, dia akan cuba lagi dan lagi untuk mendapatkan hati Sufia.

Pujukan demi pujukan, rayuan demi rayuan, tak pernah berputus asa Syed cuba buat lagi. Teringat Syed tarikh lahir Sufia. Terlintas di fikiran mahu berbuat sesuatu kejutan istimewa sebagai hadiah ulang tahun Sufia yang ke 21 nanti.

Pada waktu lapang, Syed seperti biasa akan duduk di balkoni kamar tingkat atas. Dia bawa bersama sebuah buku yang penuh dengan agenda nya dan sebuah buku dan pen. Tidak lupa juga secawan mug air teh panas sedap dihirup ketika cuaca sejuk begini.

AGENDA 19.12.19

BIRTHDAY PARTY NURSUFIA RAISHA& STEP MELAMARNYA

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now