Sepasang mata sedang memerhati dua orang manusia dalam diam. Mata dan telinganya menjadi saksi betapa teruknya bekas suami isteri ini bertengkar. Tadi, Fawwaz Nazril turun sebentar ke keretanya sebelum Zafran sampai. Dia tidak tahu Zafran akan sampai secepat ini. Dia yang baru sampai ke pintu wad, belum sempat membuka pintu. Jeritan suara bergema di cuping telinganya. Dia mahu membuka dan menjadi penghalang atas amukan Zafran supaya tidak menyakiti Sofea.
Namun, terpaksa membatalkan niat. Dia mahu memasang telinga dahulu. Dia mahu tahu segala-galanya tentabg rahsia besar Sofea kenapa wanita itu boleh bergelar janda dan ibu tunggal.
“Mak jenis apa kau ni? Anak besar ni pun tak boleh jaga ke? Aku ingatkan kau ni hebat sangat." Perli Zafran padat kepada Sofea. Dia bersandar sambil berpeluk tubuh di tepi tingkap manakala, Sofea duduk di sebelah Rayyan.
“Semua ni jadi tanpa kawalan. Biasalah budak-budak. Nak main-main apa semua. Manalah saya nak tahu jadi macam ni. Benda dah nak jadi." Sofea menjelaskan dengan lembut.Api tidak boleh dilawan dengan api. Dia cukup faham dengan perangai lelaki bertubuh sasa ini. Baran! Bengis! Dia cuba bersabar selagi boleh. “Benda dah nak jadi? Hah, baguslah. Aku nak tengok lepas ni apa nak jadi pula. Jangan sampai anak-anak aku mati je dekat tangan kau!" Balas Zafran berbau lancang.
“Astarghfirullahalzim.. Apa awak cakap ni? Bawa mengucap sikit. Awak ingat saya sengaja nak bagi anak-anak saya sakit? Awak ingat saya ke yang bagi abang sakit? Awak ingat saya gila ke?"Merah muka Sofea menahan marah. Intonasi suaranya juga berubah. Tidak sangka, Zafran tergamak menuduhnya seperti itu. Dia belum gila mahu mencederakan anaknya sendiri. Zafran benar-benar keterlaluan! Menuduh tanpa sebab yang munasabah. Mulutnya memang tak ada insrurans!
“Manalah aku tahu. Kot-kot kau sengaja nak suruh aku bagi duit. Selama ni kan, aku tak selalu bagi duit. Phuiihhh!! Kau pandai, kan berlakon? Hebatt." Zafran tersenyum sinis. Dia sengaja menepuk tangan beberapa kali.Wajah marah Sofea dikerling. Dia rasa puas menyakiti hati bekas isterinya. Sudah lama tidak bergaduh. Rasa gian pula. “Awak ni kenapa? Apa yang tak puas hati lagi dekat saya? Semua saya buat semua tak kena dekat mata awak. Apa salah saya, hah? Dari kita kahwin sampai bercerai. Awak selalu salahkan saya. Teruk sangat ke saya ni? Hina sangat ke saya di mata awak?" Air mata yang hampir menitis itu diseka. Dia tidak boleh lemah. Dia tidak mahu lelaki ini mengherdiknya lagi. Cukuplah dulu dia sering dilayan bak hamba.
“Kau tanya aku kenapa?? Hahh?? Kau tanya aku kenapa??" Suara petir Zafran bergema di dalam bilik berpenghawa dingin itu membuatkan Rayyan terkejut. Dia merengek seperti mahu menangis. Kasihan Rayyan. Dia seperti fobia apabila ada orang mengeluarkan suara yang kuat. Lebih tepat lagi, takut orang yang menengking.
“Abang... Tutup telinga..." Bisik Sofea kepada Rayyan yang terkulat-kulat memandang drama mereka. Sofea memekup kedua-dua belah telinga Rayyan dengan tangannya. Kemudian, tubuh kecil itu dipeluk erat. Inilah sumber semangatnya. Dia kalau boleh tidak mahu Rayyan dengar dan tahu perangai sebenar papanya. Walau seburuk mana pun Zafran, dialah papa kepada anak ini. Tiada Zafran maka, tiadalah Rayyan dan Raisya. Walaupun, anak-anaknya sering diabaikan. Dasar papa tak guna!
“Ye, memang aku tak puas hati. Kau senang-senang je menang hak penjagaan anak-anak. Hakim tu memang tak adil! Beribu duit aku habis upah lawyer bodoh tu. Alih-alih kau yang menang! Kau sepatutnya sedar diri. Makan pakai sendiri pun tak cukup. Gaji pun kecil. Ni ada hati nak jaga budak-budak ni? Elok-elok aku nak bagi diorang kesenangan, kau tolak. Jual mahal. Kau buat macam diorang ni anak kau seorang!
Bodoh kau tahu tak, kau ni?Lepas tu, bila aku busy dengan kerja. Tak sempat jumpa diorang. Kau kata aku bapak tak bertanggungjawab. Tak sayang anak. Hahh?? So sekarang siapa yang tak puas hati? Berlagak bagus je kau ni!" Zafran melepaskan geram yang ditahan-tahan. Dia rasa Sofea semakin berubah. Sudah pandai menjawab dan melawan. Malaun mana yang ajar dia ni? Kalau dia tahu memang dah dibunuh orang itu. Dulu walau diherdik dan dimaki macam mana pun. Sofea pasti akan diam menikus. Namun, kini tidak lagi.
“Nak beri kebahagiaan? Awak jangan buat kelakarlah, Encik Zafran! Awak sedar tak, kebahagiaan sebenar anak-anak dah hilang semenjak awak ceraikan saya! Awak lebih pentingkan perempuan lain dari saya. Dari keluarga sendiri. Raisya! Awak ada berikan dia kasih sayang ke? Dia sendiri pun tak kenal siapa bapak dia. Anak-anak dah hilang rasa kasih seorang bapak. Diorang tu dibuat macam anak yatim walaupun belum sampai masanya. Awak ada ingat? Tak, kan? So, awak jangan pernah sembang pasal kebahagiann kalau diri awak pun tak betul. Awak jangan beranganlah!!" Balas Sofea dengan penuh geram.
“Ada aku kata aku nak abaikan dia ke sekarang ni? Aku ada mention kan, nama Raisya sekali tadi? Aku nak jaga dia juga. Memang selama ni aku tak pernah layan dia. So, sekarang ni aku nak tuntut hak aku. Aku nak jaga dia lah ni. Apa kau tu dah bagus sangat ke jaga budak-budak ni? Aku tengok bertambah susah lagi ada hal. Eh, Sofea.. Senang cerita kau pergi cari mana-mana jantan kaya kat luar tu. Cari stok mengongket. Cepat sikit dapat duit." Butir-butir perkataan yang keluar di bibir Zafran benar-benar membuatkan hati Sofea terbakar.
Tubuh badan Sofea diperhatikan dari atas hingga ke bawah. Rasa rindu pula mahu menerkam wanita gebu berkacukan Melayu, india dan siam ini. Tubuh Sofea yang semakin montot itu diperhatikan dalam diam. Jandanya itu semakin cantik. Benarlah, orang kata. Janda lagi menggoda dari perawan. Adakah kerana mereka mempunyai pengalaman?
Sofea menarik nafas dalam. Kalau ikutkan hatinya. Mahu sahaja dia menampar jantan sial ini. Ingin saja dia memaki. Biar dia tahu, Sofea kini bukan yang dulu lagi.
“Biar saya hidup susah. Janji rezeki yang saya cari ni halal. Biarpun kami anak beranak tak sekaya awak, kami hidup bahagia. Dosa saya pun dah terlalu banyak. Tak ingin saya tambah lagi. Awak ingat saya ni macam awak ke? Pantang nampak perempuan seksi, perempuan cantik. Awak nak anukan je. Awak memang dah bersimpang dari jalan Allah, Zafran Hadiff! Awak memang bapak tak guna. Dayusss!!" Jerit Sofea kuat, tidak memperdulikan lagi apa-apa!“Ainnur Sofeaaaaaa!!!!" Sofea memejam mata rapat apabila terdengar suara Zafran memekik kuat. Tubuh Rayyan dipeluk erat. Dia dapat rasakan tubuh Rayyan menggigil. Mungkin takutkan Zafran. Dia tahu penampar sulung di tangan besar itu akan menyentuh pipi mulusnya sebentar lagi. Namun, dia hairan. Kenapa suasana bertukar senyap. Penampar masih tidak dihinggap di pipinya. Kelopak mata dibuat secara perlahan.
Mulutnya hampir ternganga. Matanya membulat! Yang jelas, dia sangat terkejut situasi yang ada di hadapan matanya ketika ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.