Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Enjin kereta Ford Mustang berderum-derum saat Fawwaz memasuki perkarangan rumah ibunya. Dia punya kuat sampai satu kampung boleh dengar. Seketika Fawwaz keluar dari perut kereta sebelum pintu kereta dihempas perlahan. Alat kawalan kereta ditekan. Saat di berjalan masuk ke pintu rumah, kelihatan seekor kucing kacukan parsi dan kampung menghampirinya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kucing itu sangat jinak, sesuai dengan wajah comelnya. Dia mengiau manja kepada Fawwaz lalu menggesel badannya ke kaki jejaka itu. Fawwaz tersenyum lantas tubuh gemuk kucing itu diangkat ke lengannya yang kekar. “Hey, Charlie... Ya Allah, beratnya kau ni. Makin gemuk. Kau makan banyak, eh?" Dia bercakap dengan kucing yang diberi nama Charlie itu. Charlie seperti faham sahaja apa yang dikatakan oleh Fawwaz. Dia mengiau dengan perlahan.
Fawwaz tersenyum, terus digeselkan hidung mancungnya ke hidung merah jambu Charlie. “Ya Allah, dah sampai rumah bukannya tahu nak bagi salam. Terus dia terkam si Opet tu." Tiba-tiba Puan Vita menjengul di muka pintu dan membuatkan Fawwaz terkejut. Charlie di dukungannya dibelai manja. “Mak ni... Nama dia Charlie lah. Ada pulak pergi panggil Opet. Tak style langsung." Kritik Fawwaz bersahaja. Kemudian dia melepaskan Charlie ke lantas sebelum menyalami tangan Puan Vita. Kedua-dua pipi emaknya itu dicium mesra.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Assalamualaikum... Mak sihat ke?" Tanya Fawwaz. Wajah ayu ibunya yang berkulit putih sama sepertinya itu dipandang. Sebenarnya, ibunya ini bukan asal dari Malaysia. Puan Vita atau nama sebenarnya Vita Mahyuni adalah berketurunan Indonesia dari Aceh. Semasa berumur 16 tahun, Puan Vita datang ke sini bersama ibu bapanya untuk berniaga pakaian dari negara asalnya. Namun, setelah dia, berumur 23 tahun, ibu bapanya meninggal atas kemalangan jalan raya. Dari situlah, Puan Vita berlajar hidup berdikari. Dia memperaktiskan ilmu jualan yang diajar oleh arwah ibu dan bapanya.
Namun, entah macam mana dia boleh berkenalan dengan seorang jejaka melayu yang tampan dan berkulit cerah. Lelaki itu ialah Tan Sri Iskandar, iaitu ayah kandung kepada Fawwaz. Masa itu, Tan Sri Iskandar sama sahaja seperti rakyat marhaen yang lain. Tiada pangkat, tiada harta. Dia hanyalah orang biasa. Setelah setahun mereka berkenalan, akhirnya Iskandar menyatakan hajatnya untuk memperisterikan Vita Mahyuni, seorang gadis kacukan yang sangat cantik dan rupawan.
Mujrlah, Vita diberi izin untuk mendapat kerakyatan Malaysia. Selepas berkahwin, mereka hidup bahagia dan aman damai. Hampir tiga tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata yang comel dan diberi nama Mohd Fawwaz Nazril bin Mohd Iskandar. Kehadiran Fawwaz sangat bermakna dalam hidup mereka biarkan mereka dikurniakan zuriat agak lambat. Mungkin kerana rezeki anak, perniagaan yang dijalankan oleh Iskandar dan Vita berjaya memulangkan modal yang banyak. Mereka suami isteri sama-sama pandai berniaga sehingga mendapat anugerah usahawan berjaya di negeri Selangor.
Rezeki semakin mencurah-curah lagi apabila mereka dinaikkan pangkat menjadi Tan Sri dan Puan Sri oleh sultan negeri Selangor. Namun, segala-galanya berubah apabila usia Fawwaz menjangkau 7 tahun. Tan Sri Iskandar didapati curang dengan Puan Sri Vita. Malah, ada sumber yang memberitahu yang Tan Sri Iskandar telah bernikah secara senyap di Siam dengan bekas kekasihnya, Diana. Hubungan mereka semakin renggang selepas mendapat tahu hal itu. Hari-hari bergaduh, hari-hari bertengkar. Puan Sri Vita juga mengalami tekanan perasaan.
Kasihan Fawwaz, diusia kanak-kanak tidak seperti kanak-kanak yang lain. Semasa dia berumur 9 tahun, Tan Sri Iskandar bercerai dengan Puan Sri Vita dan dia memenangi hak penjagaan Fawwaz di mahkamah majistret negeri Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, dia terpaksa berpisah dengan Vita dan tinggal dengan Tan Sri Iskandar serta isteri barunya, Puan Sri Diana. Ya, pada mula-mula dia dilayan dengan baik. Namun, setelah lama di situ. Ibu tirinya sudah mula menunjukkan belang.
Dia menjadi mangsa dera. Hari-hari dipukul, dimaki, diseksa atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Padahal itu kerja Daniel Izham, abangnya yang satu bapa dan berlainan ibu. Kadang-kadang dia perasan yang ayahnya tahu perangai ibu tirinya tetapi, ayahnya itu tidak membuat apa. Biarkan saja dia menjadi seperti dalam filem bawang merah bawang putih versi lelaki. Arghhhhh, malaslah nak ingat lagi. Zaman kecil dia dulu, bukan menarik untuk diingati. Buat dia berdendam dan menyirap je ingat semua ni!!
“Hoi???" Fawwaz tersentak apabila suara Puan Vita menjerkahnya. Habis terbang kenangan hitamnya. Seketika dadanya diurut perlahan. “Sorry, mak kata apa tadi?" Fawwaz menyergih sambil memandang wajah ibunya. Puan Vita membuat muka geram. “Ya Allah, budak ni. Selalu macam ni. Bila orang bercakap dia mengelamun yang bukan-bukan. Entah apa lah yang ada dalam kepala otak dia tu entahlah." Fawwaz hanya menayang gigi. Ambik kauuu, siapa suruh berangan lagi. Kan dah kena sebijik.
“Mana ada ingat siapa-siapa. Ingat mak je lah. Tengok ni haa, Ril dan balik kampung, kan?" “Yelah, dah balik kampung. Tu pun, bila dah kena bebel dengan mak. Kalau tidak takdenya nak balik." Balas Puan Vita dengan bahasa melayu yang fasih. Oh, ya. Lupa nak beritahu. Sekarang ni, Puan Vita memang dah fasih berbahasa melayu malah bahasa negaranya sendiri ada sesetengah yang dia lupa. Mungkin kerana lama tidak berbahasa Indonesia.
“Eh, Ril dah lama ke tak balik? Sorry lah, mak. Sekarang ni sibuk sikit dekat studio tu. Projek dengan agensi model terikat sampai dua minggu. Sebenarnya hari kitorang kena start photoshoot dekat luar studio. Tapi, Ril arah pekerja Ril je buat. Ril saja je tau, sebab Ril nak balik kampung. Ril rindukan mak. Rindukan masakan mak..." Fawwaz berkata perlahan sambil memeluk emaknya dengan manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Puan Vita.
“Amboi... Seronoklah tu, dapat tengok perempuan pakai kain tak cukup. Jaga-jaga ye, Mohd Fawwaz Nazril.. Kerja-kerja juga.. Dosa, pahala ingat sama ye, nak?" Fawwaz hanya tersengih. Aduh, kena lagi! Ni yang buat rasa nak lari laju-laju pergi bulan ni. Seketika dia mendapat satu idea mahu memberhentikan bebelan emaknya itu. “Eh, mak. Lupa nak beritahu. Epol kirim salam dekat mak. Dia nak ikut Ril balik kampung. Tapi, Ril tak kasi."
“Wa'alaiki wa'alaihassalam.. Ya Allah, bertuahnya budak. Kenapa tak dikasinya Saiful ikut? Mesti dia rindukan mak tu.." Fawwaz mengangkat kepala kemudian, wajah ibunya dicari. “Amboi, mak... Bukan main susah hati. Tahu lah, dia tu anak angkat kesayangan mak. Yelah, Ril sedar lah Ril ni siapa. Ril ni cuma anak kandung mak je.
Dah lah, tak ajak Ril masuk dalam rumah." Fawwaz terasa sedikit jauh hati. Bukan dia tidak tahu, ibunya itu sayangkan Saiful juga. Rapat bukan main. Mentang-mentang Fawwaz anak tunggal. Suka hati mak dia saja nak berikan kasih sayang dekat Saiful.huhuuhu. Kedengaran Puan Vita ketawa. “Maaf, ye? Mak lupa nak ajak putera raja kesayangan mak ni masuk. Dah.. Dah.. Mai masuk putera raja ke awak nak ambil dulu beg baju awak tu dekat dalam kereta tu, haa?" Perli Puan Vita sambil membuat gaya tangan menyuruh Fawwaz masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.
Fawwaz menahan tawa, sedikit terbuai dengan telatah comel emaknya itu. “Kejap lagi lah. Nak pergi belakang jap. Nak tengok-tengok cucu-cucu kesayangan mak tu. Lama tak melawat diorang." “Haaa, elok lah tu. Si Jep, Melati, Belang, Pak Tam, Ciku dengan Bulat tu dah lama rindukan kau. Kau kan bapak diorang. Siapa suruh lama tak balik kampung." Ujar Puan Vita dengan bersahaja sambil tersenyum. Fawwaz yang baru mahu melangkah pergi kembali berpaling ke arah emaknya.
“Ishh.... Mak ni. Suka hati je nak tukar nama kucing-kucing tu. Diorang tu nama Oscar, Shopie, Max, Blackie, Toby dengan Sam.. Mak kena hafal tu. Kalau mak lupa, kan Ril dah bingkai nama-nama kucing tu dengan gambar diorang sekali? Haa, jangan cakap mak takde masa nak baca. Ni lagi satu. Mak tolong lah, Si Charlie tu mak jangan pandai-pandai pergi pandai dia Opet pula. Dah macam mencarut dah nama mak bagi tu." Fawwaz berkata lagi dengan wajah yang serius. Sementara Puan Vita sudah mengerutkan wajah.
“Ishh... Nama pun berbelit-belit.. Suka hati mak lah nak panggil apa pun.. Dah-dah.. Kau pergi sana cepat. Lagi lama, lagi mengarut kau dekat sini." Tubuh sasa anaknya ditolak supaya Fawwaz cepat pergi ke rumah kucing-kucing yang ditempatkan di belakang rumah. Fawwaz sempat mentertawakan ibunya sebelum beredar ke belakang rumah.