[ #O1 ]

2.1K 189 48
                                    

Satu keluhan terbit daripada bibir seorang gadis bernama Yebin. Gambar yang terdapat dalam bingkai gambar itu ditenungnya, membawa seribu kenangan yang ringkas. Dia tersenyum kelat. 'No no, Yebin kau kena kuat! Senyum!.'

Dia mengorak langkah ke dapur untuk melihat abangnya, apron tersegam di tubuh lelaki itu yang tegap, sedang memasak sesuatu. Sejak ketiadaan kedua-dua ibu dan ayah mereka, Changbinlah yang akan mengambil tugas-tugas di rumah. Manakala Yebin pula hanya disuruh belajar oleh abangnya.

Sejujurnya, dia kasihankan abangnya itu. Terpaksa menjaganya.

“Oppa masak apa tuu?” tegurnya riang, menarik perlahan kerusi untuk didudukinya. Lelaki itu tersenyum mendengarkan suara adiknya itu. Tidak lama selepas itu, dia menutup api dapur dan menghidangkan makanan yang dimasaknya di atas meja iaitu makanan feveret Yebin; telur gulung. Jangan lupa, makanan wajib gadis itu ㅡ Roti Nutella.

Mulut Yebin sudahpun ternganga. “Wahhh, oppa terbaiklah! Ada apa-apa istimewa ke harini?”

“Takdelah, saje je ㅡ ahm, tapi oppa ada kerja sikit malam ni. Binnie okay ke duduk sorang-sorang?” soal Changbin, sedikit risau. Yebin menjuih bibirnya. Ikutkan hati, nak je merengek. Namun, Yebin tahu betapa keanak-anakkannya dirinya sekiranya berbuat demikian.

Jadi, dia angguk sahaja.

Abangnya itu tersenyum kelat. Macamlah dia tak tahu yang adiknya itu sebenarnya tak rela. Tetapi dia terpaksa. Tiba-tiba ada kerja pulak yang datang.

Pada masa yang sama, seorang lagi lelaki yang terbangun daripada tidur. Kejap-kejap dia tutup mata, kejap-kejap dia buka. Perasaan malas menyelubunginya, lagi-lagi bila mengingatkan hari sekolah. Dia akhirnya bangkit dari katil kesayangannya dan pergi bersiap.

“Jisung, kamu tak nak makan lagi ke?” suara garau berbunyi, menegur si Jisung.

“Uhh, Jisung dah lambat ni abeoji.” balas Jisung pendek lalu menyarungkan kasut sekolahnya. Dia bersegera ke sekolah. Sempat hujung matanya menangkap beberapa bagasi yang berada di luar. Tanpa rasa ragu-ragu, dia teruskan perjalanan.

Setibanya di pintu gerbang sekolah, dia menarik nafas panjang. 'Mohon diri jangan buat masalah.'

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam sekolah, dia terdengar suara kecil tetapi nyaring yang sedang meminta tolong. Kononnya hero, Jisung pun dengan pantas mencari suara tersebut dan akhirnya dia ternampak seorang gadis tersekat kaki dekat dalam belukar. Dahinya ditepuk.

Macam mana boleh jadi cenggitu?

“Kau okay taㅡ”

“Yebin? Dah kenapa berguling dalam semak tu. Tahu tak ada ular banyak.” seorang lelaki muncul secara tiba-tiba, membantu gadis itu. Menggigil habis badan Yebin bila mendengarkan perkataan haiwan yang paling jijik dan menakutkan itu.

Jisung hanya melihat adegan mereka berdua.

“Hisy, Seungmin ni.” dada lelaki itu dipukul membuatkan lelaki bernama Seungmin itu tersedak kejap sebab agak kuat. “Ohyemjiㅡ sori!”

Jisung dari jauh hanya menahan gelak.

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now