[ #16 ]

770 105 28
                                    

Doktor Lee memeriksa degupan dan tekanan darah Yebin yang terlantar di atas katil itu tetapi tiada apa yang memberangsangkan. Semuanya stabil. Dia baru sahaja hendak menanggalkan stetoskopnya tetapi terhenti disaat gadis itu membuka mata dan mengenyitkannya.

'oh...' pada saat itulah dia sedar gadis itu cuma mahu bergurau senda. Dia tanpa bayaran bersubahat sekali. Yelah, lagipun dia dengan Jisung agak rapat sejak kecil untuk membantu rawatannya itu.

Doktor peribadi bergelar Lee itu tidak pernah diketahui oleh Tuan Han kerana Jisung secara senyap mengambil rawatan dengannya akibat ketidaknormalannya.

Jisung berterima kasih kepada doktor dan segera mengambil tempat di birai katil untuk melihat wajah Yebin yang sedang lena tidur. Alangkah bagus kalau gadis itu tersedar sekarang dan melihat dirinya yang sudah kembali normal.

Menjelang malam, lelaki itu memasakkan sesuatu untuk dimakan dengan barang-barang yang dibeli olehnya petang tadi. Terdapat lebihan daripada yang dimasak. Manalah tahu kan Yebin bangun lepas tu lapar. Sedang dia mengemas meja, ayat Seungmin berlegar di fikiran.

Bantulah dia. Aku tak tahu macam mana tapi ini arahan ayah kita untuk kau. Dia minta maaf sebab terpaksa bersembunyi selama ni.”

Kalau 'dia' yang dimaksudkan itu adalah Jisung, macam mana ayah Yebin tahu?

Dia melihat ke arah Yebin yang matanya turut dikolami air.

Akhirnya Yebin turut menitiskan air mata. “Keluarga Seo...”

Jisung menunggu kata-kata Yebin yang seterusnya.

“Adakah surat itu maksudkan keluarga saya...?” soal Yebin sebak. Selama ini dia tidak tahu mengapa dia dilahirkan dengan tiada ayah atau ibu. Jadi dia bergantung pada Changbin.

Mulut Jisung sedikit ternganga. “Seo....nama kau Seo Yebin ke?”

Yebin mengangguk sambil menggigit bibir bawahnya.

“AAAAAAAHHHH” jeritan kuat dan nyaring berbunyi. Tidak lain tidak bukan. Jisung menoleh ke arah bunyi itu dan melihat Yebin dengan wajah histeria melihatnya.

“YAH KAU DAH BANGUN?!” teriak Jisung penuh teruja namun, Yebin masih dengan mata bulatnya.

Kakinya mengambil langkah ke belakang secara perlahan seolah-olah tidak mahu mendekati Jisung yang berjalan ke arahnya.

“Aku hensem sangat ke sampai kau tak menjauh ni-” “Kau siapa?”

Jisung terkedu dan matanya yang sebesar kuaci berubah menjadi telur. Senyuman pada bibirnya cuba ditarik. Fikirannya cuba menepis idea negatif.

“Kau...janganlah main-main. Tak lawak.” Jisung meneguk liurnya, panik di dalam.

“Macam mana aku ada dekat sini???!” tangis Yebin.

Lidah Jisung menjadi kelu. Impiannya umpama kena dipijak-pijak sekarang. Harapan menjadi semakin gelap.

“Kau betul-betul tak ingat ke?” suaranya sudah serak. Matanya sudah terasa hangat. Dia mungkin tak mampu menghadapi semua ini.

Gadis itu cuba menahan tawa dalam lakonannya sementara Jisung pula menahan air mata. Mereka merenung mata masing-masing sebelum Yebin ketawa terbahak-bahak. Mulut lelaki itu ternganga sedikit apabila menyedari dia telah dipermainkan.

“HAHAHAHAHAH muka kau aku tak boleh bla!!”

Rambut Jisung dikusutkan olehnya sendiri. Nak sahaja dia cubit-cubit pipi si Yebin itu tapi dia terlampau bahagia kerana itu hanyalah gurauan. Muka gadis itu ditatap dengan wajah serius membuatkannya terhenti gelak.

“Ah...kenapa? Aku cuma nak gurau je. Sorry lah..” perlahan nada yang dituturkan Yebin.

Lelaki itu tanpa peringatan mencium pipi gebu Yebin kemudian berpaling menuju ke dapur.

Maka dengan itu, lampu isyarat berwarna merah jelas menunjukkan warnanya di pipi Yebin. “Yah! Dasar tupai, aku pukul kau kang!”

Walaupun gadis itu marah, Jisung masih melihat itu sebagai comel. Malah, mereka sempat bermain kejar-kejaran sebelum makan bersama pada waktu malam. Banyak persoalan yang masih belum terjawab tapi buat masa ini, mereka bahagia kerana satu sudah selesai.

Mr. Halimunan | H.JSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang