[ #O5 ]

1K 125 69
                                    

Yebin menguap untuk keberapa kali sudah kerana kebosanan di dalam kelas. Salah satu puncanya adalah kerana waktu itu merupakan subjek yang paling tidak digemarinya. Bunyi sahaja loceng, dia terus menuju ke arah Seungmin tetapi lelaki itu lebih pantas meninggalkannya. Dahinya berkerut.

Langkahnya dipercepatkan untuk mengejar Seungmin.

“Seungg, tunggu la Binnie!” laung Yebin, sudah tercungap-cungap. Langkah Seungmin terlalu panjang buatnya yang hanya kecil molek.

Lelaki itu tidak sedikit pun memberi perhatian. Keluhan kasar terbit dari bibir Yebin. Dia menyilang tangan di dada lalu beredar ke arah yang bertentangan dengan Seungmin. Merajuk.

“Sorang?” suara yang menyapa Yebin itu dijeling tajam olehnya.

Gadis itu melihat di sekelilingnya sebelum menjawab, “Dah tu? Kau nampak ada yang meneman ke ni ha?”

Jisung tersengih apabila satu idea muncul dalam kepalanya ibarat ada mentol menyala di atas kepala.

Well, aku kan halimunan. So, aku boleh nampak benda tu.”

Serta-merta tangan yang disilang oleh gadis itu terlerai, mukanya pucat. Dia menunding jari ke arah Jisung kemudiannya dengan riak wajah tidak puas hati. “Kau...Kau jangan macam-macam!”

Sekali lagi, Jisung berpuas hati dengan reaksi gadis itu. Dia terbahak-bahak ketawa dengan jayanya.

“Tapi serius la, kau kenapa sorang? Mana lelaki yang selalu dengan kau?”

Yebin mengangkat bahunya, tanda tidak tahu. Dia agak sedih. Melihatkan wajah Yebin yang terus mencuka apabila menyebut tentang perkara itu, Jisung terasa bersalah. Dia menepuk lembut kepala Yebin untuk memberitahunya semua akan kembali baik. Usai itu, dia beredar untuk memberi ruang kepada Yebin.


JISUNG's POV

Aku mengambil keputusan untuk ke kantin setelah bercakap dengan budak kenit tu sebab kelaparan. Sedang aku mencari tempat duduk selepas mengambil makanan, aku ternampak ada satu tempat kosong dan ianya elok-elok je depan si lelaki yang budak kenit selalu bertepek tu. Malas nak fikir panjang, aku duduk di hadapannya membuatkannya mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan siapa.

Walau bagaimanapun, reaksi dia agak bercampur. Aku boleh nampak. Dia nampak kekok tapi....marah?

Belum sempat aku bertanya, dia terus berambus. Ah, sudah. Salah aku ke duduk dekat sini?

Mataku melilau mencari nama bapa dia di kerusi itu. Takde.

Lantak kau ah.

Dengan senang hati, makanan yang dinanti-nantikan itu aku kunyah untuk mengisi perutku dan pipiku.

NARRATOR's POV

“Em...Jisung.” suara lemah lembut yang menegur Jisung itu membuatkan kepalanya menoleh ke arah perempuannitu.

'Bukan ke budak kelas aku?' bisik hati Jisung seorang diri dan menunggu supaya gadis itu mengatakan apa yang hendak disampaikan.

“S-saya sebenarnya nak balik sekolah dengan awak. Kita jalan sama-sama? Boleh?” halus saja permintaan gadis itu. Jisung hanya menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal. Patutkah?

Dia hanya mengangguk. Lagipun, hanya berjalan pulang ke rumah. Takkan ada benda yang terjadi....kan?

Suasana yang agak kekok di antara dua orang itu membuatkan gadis itu memulakan perbualan.

“Eh, by the way, nama saya Haejoo.” dia perkenalkan dirinya dan Jisung hanya tersenyum nipis, masih membiasakan diri. Sepanjang hidup persekolahannya, tak pernah ada gadis yang nak berjalan dengannya. Disebabkan kecacatannya.

Jisung mengerling ke arah Haejoo seketika sebelum berkata, “Kau tinggal kat kawasan mana?”

Gerak bibir Haejoo diperhatikan namun, tiada bunyi yang menusuk ke telinga Jisung. Dia mula panik.


“Jisung?” Haejoo memandang di belakangnya, khuatir sekiranya dia berjalan terlalu cepat tetapi Jisung sudah tiada. Lelaki itu hilang.

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now