Botol di atas meja itu ditatap tanpa jemu oleh kedua-dua remaja yang bernama Yebin dengan Jisung itu. Mereka tidak habis berfikir apakah air tersebut. Patutkah gadis itu minum?
“Kau rasa apa yang dia maksudkan dengan bantu dia?”
Jisung membisu. Takkan nak bantu ayah Yebin.
“Aku cubala-” “No. Kita tak tahu apa consequences dia.” bantah Jisung terlebih dahulu dan bimbang sekiranya air tersebut cumalah satu pura-pura atau racun yang membunuh. Keluhan kasar terbit daripada bibir Yebin. Dia membuat mimik muka tidak puas hati. Semua dia nak buat, Jisung tak setuju!
Degil, dia mencapai botol itu dan meneguknya.
Mata Jisung terbuntang luas dan dia cuba menghentikan gadis itu. Air liurnya ditelan. Nampaknya tidak ada cara lain lagi. Dia menekup pipi Yebin supaya bibirnya terpisah daripada botol itu dan mencantumkan bibir mereka berdua.
Perisa pudina memang dapat dirasa menerusi bibir gadis itu.
Kaki Yebin mula mengganas lalu menolak Jisung dengan menyepaknya. Tidak lupa juga kepada percikan air pancut daripada mulutnya. Habis basah muka Jisung.
“Yah-” Belum sempat dia menghamburkan kata kesat kepada Jisung kerana sudah mencuri ciuman pertamanya, dia lagi terkejut dengan lelaki itu.
Mr. Halimunan bukan lagi halimunan!
“Kenapa?” bingung kejap Jisung. Sekejap menggila, sekejap marah, sekejap terkejut dan sekarang gadis itu seperti bahagia.
Yebin tersenyum dengan air mata yang bergelinangan disebabkan terlampau terharu. “Air tu! Dia sembuhkan kau!”
Terus badan lelaki itu diraba oleh dirinya sendiri. Dia berlari menuju ke cermin untuk melihat sendiri. Ternyata dia tidak lagi halimunan! Terlampau teruja, dia memeluk Yebin seketatnya dan mengangkat gadis itu. Mereka bersorak buat beberapa ketika sebelum Jisung menyedari perbuatannya.
“A-aku minta maaf.”
Gadis itu mengangguk.
Sejujurnya, dia tidak tahu reaksi apa yang patut ditunjukkan.
Tiba-tiba, dunia Yebin terasa sedikit khayal dan matanya berpinar. Dia cuba berpaut pada sesuatu tetapi sebaik sahaja Jisung menyambutnya, dia pengsan. Jisung menepuk pipi Yebin perlahan untuk memeriksa jika gadis itu sedang bermain-main.
“Weh, tak lawak ah. Ni bukan youtube channel kau nak main prank apa semua.” leter lelaki itu.
Tiada reaksi.
Maka, pada saat itu, Jisung tahu yang dia dalam masalah besar. Dia segera mendail nombor telefon doktor peribadinya.
ㅡ
Tangan Jisung diusap-usap kerana berpeluh akibat terlampau risau terhadap Yebin. Dia melihat doktornya itu memeriksa nadi Yebin. Sesekali, dia berdoa di dalam hati agar gadis itu baik-baik sahaja.
Menanggalkan stetoskopnya, doktor itu menoleh ke arah Jisung. “Dia cuma pengsan tadi? Tak ada terhantuk apa-apa?”
Lelaki itu mengangguk. “Ya, doktor. Saya rasa saya terangkat dia tinggi sangat, oksigen tak sempat nak pam”
Tergelak kecil dibuatnya doktor kerana pernyataan Jisung yang sungguh comel itu. Walau bagaimanapun, riak wajahnya berubah serius semula.
“Dia dijangka koma seminggu dan mungkin sebahagian ingatannya akan hilang.”
Ayat doktor itu umpama bom di minda Jisung. Koma? Mereka baru menerima berita gembira bersama. Tak, berita itu cuma gembira pada Jisung. Doktor menepuk bahu Jisung seolah-olah memberi semangat sebelum mengangkat barangnya pergi.
Rambut Jisung dikusutkan. “Aku tak patut bagi kau minum tu!”
Penyesalan menyelubungi dirinya. Semua impiannya hancur. Ya, impiannya mungkin untuk tidak lagi menjadi halimunan tetapi dia juga mengimpikan kehidupan bersama Yebin. Selama mereka bersama, dia tidak dapat bayangkan hidupnya jika dia kehilangan gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Halimunan | H.JS
Mystery / Thriller"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...