Keesokan paginya, Jisung dan Yebin tersedar di atas satu katil yang sama. Pucat lesi wajah Yebin dan sempat dia menyelak selimut untuk memastikan dia berpakaian lengkap. Jisung pula? Masih tidur nyenyak macam hamster.
Gadis itu mencuci dirinya lalu menukar pakaian kepada pakaian dalam almari Jisung iaitu hoodie berwarna pink dan seluar tiga suku lelaki itu yang menjadi seluar sahaja pada tubuhnya. Kekecilannya itu jelas terlihat apabila dia berada dalam baju Jisung.
“Cute.” Yebin menoleh ke belakang menyedari Jisung sudah bangun.
“Y-yah berapa lama dah kau tersedar! Kau nampak ke?!” lelaki itu tersenyum nakal sambil menghampiri Yebin yang panik itu. Dia menyerabutkan rambut si kecil itu dan tergelak.
“No lah. Elok-elok kau tengah betulkan hoodie aku tu aku tersedar. Comel je kau pakai baju ni.”
Yebin mengangguk, tersipu malu. “Pinjam okay and kau pergilah mandi dulu. Nanti aku siapkan sarapan.”
Sempat Jisung menangkap lengan Yebin sebelum dia pergi, pandangan mereka bertemu.
“Aku rasa kita patut jumpa ayah kau harini..” luahnya tanpa tersurat lagi. Bukan apa, ada baiknya kalau mereka tahu kebenaran di sebalik semua itu. Remaja itu memandang kosong ke dalam mata Jisung sebelum tersenyum nipis.
Pegangan itu dileraikan dan dia menuju ke dapur sebagai persediaan menyediakan sarapan. Sedang dia memotong sosej di atas papan pemotong itu, dia terhenti seketika.
Ayat Jisung difikir sejenak.
Itu bermaksud dia harus bersemuka dengan ayah kandungnya yang dia anggap mati dan Seungmin....adik-beradiknya?
'Aku kena kuat untuk eomma.' dia cuba mendorong dirinya agar sentiasa kuat. Sekurang-kurangnya, dia harus tahu apa yang terjadi dekat Puan Kim.
ㅡ
Ding Dong
Yebin mengerling pada kasutnya dengan penuh gemuruh. Tiba-tiba kehangatan insan lain dapat dirasai apabila tangannya dipegang oleh Jisung. Senyuman paling menawan dan menenangkan diberi kepadanya.
Entah mengapa, adanya Jisung membuatkan dirinya rasa lebih yakin untuk menempuhi segalanya.
“Cik siapa ya?” bunyi nada perempuan di speaker kedengaran.
“Saya Yebin.”
Pintu dengan pantas dikuak mendedahkan Seungmin yang tercegat disitu. Wanita yang bertanya tadi meminta izin beredar. Nampaknya mereka ada tukang gaji.
“...Masuklah.” Maka dengan pelawa itu, Jisung dan Yebin membawa dirinya ke ruang tamu yang agak mewah itu.
“Mana...Tuan Kim?” soal Yebin, tidak mahu menganggap lelaki itu sebagai ayahnya. Sanggup dia buat macam tu dekat eomma Changbin dan tinggalkan mereka berdua hidup sebegitu? Gamaknya seorang ayah.
Ayahnya muncul dengan panggilan itu. Suasana menjadi sangat tegang. Tiada siapa yang berani bertegur. Malah, bukan juga Tuan Kim. Dia hanya menunggu Yebin melontarkan soalan kepadanya. Seungmin yang hampir hilang sabar itu berdehem.
“Appa, ceritalah semuanya.”
Tuan Kim mengerling sejenak pada Seungmin dan mengangguk.
“Ketatkan skru....YES!” sorak Tuan Han penuh gembira dan dia menari keriangan bersama-sama Tuan Kim. Ya, mereka telah berjaya mencipta suatu alat yang sangat hebat iaitu alat yang boleh buat sesiapa yang melaluinya menjadi halimunan.
Puan Han dan Puan Seo pada ketika itu tersenyum bangga melihat suami-suami mereka bergembira dengan hasil tersebut. Pada waktu itu, Puan Seo masih cuba menyesuaikan diri sebagai Puan 'Kim' kerana baru setahun menikahi Tuan Kim setelah suaminya meninggal.
Dengan kata pendek, dia merupakan janda dengan seorang anak lelaki yang bergelar Seo Changbin.
“Eh, awak tunggu sini jap tau saya pergi ambilkan air untuk mereka.” ujar Puan Seo namun, langkahnya dihentikan oleh Puan Han.
“Eh, awak tu dahlah kendong kembar. Berat tu. Biar saya ambil.”
Pinggang Puan Seo dirangkul lembut selepas itu oleh Tuan Kim. Lelaki itu mengucup dahinya sebelum membawanya ke mesin yang dicipta.
“Nanti bolehlah main hide-and-seek dengan anak kita ni.” Puan Seo hanya tergelak dengan gurauan suaminya itu.
Tidak lama kemudian, Puan Han muncul dengan sedulang makanan bersama air teh untuk diminum. Walau bagaimanapun, belum sempat tibanya dia ke meja kakinya tersangkut pada wayar menyebabkan air yang dibawa tumpah.
“Sayang!!!”
Puan Han memegang perutnya, bimbang kalau kandungannya tergugur. Tertumpahnya air itu pada mesin menyebabkan arus elektrik mengalir dan Puan Han terkena lalu pengsan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Halimunan | H.JS
Mystère / Thriller"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...