[ #14 ]

811 104 55
                                    

What?!” Yebin memandang ke arah Seungmin dengan penuh tidak percaya. Apa maksudnya dengan panggilan 'Appa'?

Tuan Kim pula terpaku. Tidak tahu apa yang patut dibuat.

“Itu ayah kandung aku” kata Seungmin membuatkan Yebin hilang kata-kata. Dia mencapai kotnya dan meluru ke pintu keluar. Matanya menjeling ke arah lelaki yang dia gelarkan 'Appa' itu.

“Kenapa?” soalan yang cepumas itu terbit daripada bibirnya. Dia kemudian berlalu pergi. Sedih? Tidak. Yebin sebenarnya gembira dia dapat bertemu ayahnya. Tapi kenapa selama ini dia tidak pernah tahu ayahnya selamat?

Dan...apa yang penting, Seungmin ialah kembarnya?

Rambut gadis itu diserabutkan seperti apa yang bermain di dalam mindanya. Kenapa banyak sangat perkara yang dia tidak tahu?

Telefon pintar gadis itu bergetar.

From: Jisung
Jangan menggatal nak pergi minum pulak

Dia melihat sekelilingnya mencari kelibat penghantar mesej itu. Walaupun itu agak bodoh untuk berbuat sedemikian memandangkan lelaki itu halimunan, dia cuba mencari bunyi yang boleh membantu. Tiba-tiba, dia merasakan badannya dipeluk.

“Kau boleh nangis, kalau kau nak.”

Maka, dengan ayat itu, Yebin sepenuh hati melepaskan air mata yang ditahan-tahan. Tiada bunyi dalam tangisan gadis itu. Dia menekup mulutnya erat.

Hampir sejam mereka berada dalam kedudukan begitu, Yebin akhirnya mengesat air matanya. Namun, matanya jelas kemerahan menandakan dia baru menangis dua baldi. Lelaki itu menghela nafas panjang.

”Maaf sebab dah coret pattern dekat baju kau..” bisik Yebin perlahan mengundang tawa kecil oleh Jisung.

Jisung menepuk bahu Yebin perlahan. “Jom pergi makan okay? Aku tahu kau lapar.”



“Yah, takde orang tengok.” bisik Yebin sambil memandang sekelilingnya sebelum menyuap sekeping daging kepada Jisung. Tangannya terus dihulur.

Jisung mendengus. “Itu pipi aku.”

“Ah, sorry

Dia mencuba sekali lagi dan akhirnya daging itu dimakan oleh Jisung. Kasihan pula dia merenung nasib Jisung ni. Dahlah halimunan, nak keluar pun susah. Apatah lagi nak pergi sekolah nanti.

“Apa kita nak buat sekarang ni?” tanya Yebin kepada lelaki halimunan itu memandangkan rantai sudahpun diberi kepada emaknya. Situasi itu sunyi seketika kerana Jisung juga masih memikirkannya.

“Mungkin kita pergi ambil dulu rantai tu?” cadangnya.

Jisung baru sahaja hendak menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju tapi menyedari yang dia halimunan, dia bersuara tentang bantahannya. Jelas terlihat kerut seribu di dahi Yebin. Habis tu?

Tangan gadis itu tiba-tiba dipegang kemas. “Aku tak nak oppa kau apa-apakan kau lagi.”

Kepala Yebin pula digeleng kali ini. Dia tersenyum tidak ubah seperti kerang busuk. Entah mengapa ayat Jisung itu membuatkan hatinya berbunga-bunga. Mungkin kerana kekecewaan dihadapi sebentar tadi, dia menjadi lembut.

“Apa sekalipun, kita kena hadap je. Lagipun, keadaan kau ni akan memudaratkan kau.” tutur remaja itu penuh kerisauan dan emosi. Jika Jisung bukan halimunan sekarang, mungkin dia akan dibebeli kerana menatap wajah gadis itu tanpa berkelip.

Sungguh.

Sungguh dia sudah jatuh cinta.

Usai makan bersama, kaki Yebin seperti terpaku pada tanah dek melihat Seungmin yang merenungnya dari jauh. Badan lelaki itu bersandar pada dinding konkrit dengan air muka yang sukar ditafsirkan. Dia mengepal tangannya, cuba menguatkan hati.

“Yebin...” panggil Seungmin, suara serak dan tidak bermaya.

'Dia menangis ke?' bisik hati kecil remaja itu.

Seungmin memegang tangan Yebin dan meletakkan sesuatu pada telapak tangan gadis itu. Dia menghela nafas panjang. Mata Yebin jatuh pada tangannya yang kini memegang sebotol air. Dah kenapa?

“Bantulah dia. Aku tak tahu macam mana tapi ini arahan ayah kita untuk kau. Dia minta maaf sebab terpaksa bersembunyi selama ni.”

Mr. Halimunan | H.JSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang