“Nah, minum dulu.”
Jisung melihat cawan yang dihulurkan kepadanya sebelum mengambilnya dengan sopan dan meneguk sedikit. Yebin melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Jisung. Dagunya ditongkat sambil merenung kerusi bertentangan dengannya. Seram jugak nampak cawan terapung.
Apabila cawan itu diletakkan di atas meja, dia mendengar bunyi berdehem lelaki itu.
“Aku...mungkin tak dapat kembali dalam rupa asal aku.” Jisung meluah kesedihannya. Tiada siapa lagi yang mampu dia bergantung kepada kecuali wanita di hadapannya.
Mata Yebin membulat. “WHAT??”
Dia kemudian menyambung, “So, sekarang ni kau nak cakap yang kau halimunan dan boleh teleport tu sebab kena sumpah???”
“Halimunan tu aku yakin yang ada rahsia di sebalik tu. Tapi....yang teleport tu aku tak pasti.” terang Jisung.
“Habis? Apa yang aku boleh bantu?” soal Yebin, mengangkat keningnya. Bingung sekejap. Kenapa dalam banyak-banyak rumah, rumah dia jugak lelaki ni nak muncul?
Jisung mengangkat bahunya. Melihatkan reaksi Yebin tidak berubah, dia pun tersedar bahawa gadis itu tidak mampu melihatnya.
“Mungkin cari ayah aku?”
Keluhan terbit daripada bibir Yebin. 'Cari ayah kau? Ingat aku detektif?'
“Tunggu.”
Yebin menuju ke biliknya dan menyarungkan baju sejuk serta baju hujan. Tanpa melengahkan masa, dia pergi ke pintu depan dan memanggil Jisung.
“Mungkin kita akan dapat sesuatu dari rumah kau sebagai pertolongan untuk kau.” kata Yebin sambil menyarungkan kasutnya lalu menarik penutup kepala baju hujannya untuk menghalang hujan daripada terkena kepalanya. Dia kemudian memberi payung kepada Jisung.
Mereka berdua meredah hujan yang lebat bersama sehinggalah Jisung berjaya membawa perempuan itu ke rumahnya. Dia membuka pintu membenarkan Yebin masuk. Yebin terus ke bilik ayahnya untuk mendapatkan bahan penting.
Sedang mereka bertungkus lumus mencari barang yang boleh membantu, Yebin terkerling album di atas meja ayahnya. Dia membelek. Alangkah terkejutnya dia apabila arwah ayahnya turut ada di dalam itu.
“Jadi...mereka kawan?” bisiknya perlahan.
Jisung menoleh ke arah Yebin. Dia mendekati gadis itu dan melihat ke mana gadis itu merenung.
“Kenapa?”
“Ini gambar arwah ayah aku.....” kata Yebin perlahan bercampur sebak.
Jisung terdiam.
“Dorang ada kaitan lah ni?” monolog Jisung sendiri. Yebin malas membuang masa dan terus mencari lagi.
Selepas beberapa minit menggeledah di dalam bilik itu, dia ternampak satu lubang kunci di rak buku. Dengan lekas, dia mengambil gugusan kunci yang dia jumpa di dalam laci dan mencubanya satu persatu. Jisung melihat aktiviti gadis itu dan terus mencari bahan lain.
Pak! Kunci yang disumbat sepadan kali itu. Yebin mengundur ke belakang memikirkan cara untuk membukanya. Dia meminta Jisung menolak rak itu. Mulut mereka terlopong. Ternyata ada bilik rahsia.
“Ayah kau kerja apa?” soal Yebin, teruja. Jisung menggaru belakang kepalanya dan menjawab bahawa ayahnya seorang saintis.
Mereka menuju ke dalam bilik itu. Mata mereka mula melilau ke semua arah.
“.....” Jisung terdiam. Dia melihat suatu mesin yang disyaki penyebab dia menjadi halimunan.
Yebin yang perasan akan muka Jisung yang mencuka itu, meletakkan tanganya di atas bahu Jisung untuk menenangkannya.
“Aku rasa kita patut rehat dulu malam ni. Esok kita kaji lagi...pasal bilik ni.” kata Yebin, tersenyum nipis dan menggeliat.
YOU ARE READING
Mr. Halimunan | H.JS
Mystery / Thriller"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...