[ #1O ]

855 109 96
                                    

Jisung menekup mulutnya apabila dia terlanggar meja di bilik Changbin yang menyebabkan lelaki itu berpaling dengan laju. Hatinya berdegup kencang dan dia gugup walaupun dirinya tidak dapat dilihat. Pada mulanya, lelaki itu seperti sangsi tapi selepas beberapa ketika, dia menutup suis lampu menggelapkan ruangan bilik.

Lelaki itu melihat abang Yebin beransur tidur selepas merawat lukanya.

Namun, dia mempunyai firasat yang kurang senang. Malam itu, Jisung menggeledah serba sedikit barang di dalam bilik itu.

Sedang dia menggeledah, dia terjumpa sebuah fail. Fail itu tidak bertulis. Dia curi-curi membukanya.

'Kim Yebin.

Jenis darah: O ...'

Mata Jisung membulat. Apakah?

“O-oh Yebin-ah, buat apa kat sini?” soal Changbin, kelihatan yang dia sungguh terkejut juga sepertimana Yebin terkejut. Namun, dia cuba untuk tidak gentar. Gadis itu kelu.

Mulut Yebin terbuka sedikit seperti hendak mengatakan sesuatu tapi tiada sepatah pun yang keluar. Banyak persoalan yang bermain di mindanya. Dia mengambil tas tangannya dan meluru keluar sambil menarik tangan abangnya.

“Oppa buat apa kat sini??” persoalan utama yang ingin ditanya-tanya itu akhirnya keluar.


Changbin menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. “Inilah rumah boss oppa”


Dahi Yebin berkerut lagi teruk daripada puan Han sebentar tadi.

“Boss? Bukan ke oppa kerja dekat sebuah syarikat? Kenapa oppa kena datang rumah boss oppa?” bertubi-tubi soalan yang diluru kepada abangnya itu sehingga Changbin menghela nafas panjang. Dia meletakkan kedua-dua tangannya atas bahu Yebin.

“Yebin-ah, balik nanti oppa explain. Please?”

Yebin mengetap giginya. Tanpa banyak cakap, dia berlalu pergi. Jisung mengekorinya.

Dia berjalan tanpa hala tuju membiarkan kakinya bawanya ke mana sahaja supaya hatinya tenang. Jelas terpancar di wajahnya yang dia seperti tidak tahu lagi apa yang akan berlaku dan sesungguhnya dia takut.

Jisung memegang tangannya secara tiba-tiba kerana dia hampir melintas jalan walaupun lampu masih merah.

“Yah, jom duduk dulu.” bisik Jisung dan Yebin akur.

Mereka berhenti di sebuah taman permainan yang hampir kosong. Mungkin sudah dekat waktu senja maka, ramai kanak-kanak sudah pulang.

Jisung dan Yebin duduk di atas buaian di taman tersebut. Masing-masing tidak berbicara.

“Jisung...apa patut aku buat?” soal Yebin, buntu.

“Aku rasa kau patut dengar apa yang oppa kau nak explain lepasni” balas Jisung sambil mengayun buaiannya perlahan-lahan merasakan deruan angin sepoi bahasa pada waktu senja. Gadis itu melihat ke arah buaian di mana Jisung duduk itu dengan tidak berdaya.


Dia mengeluh.

“Aku rasa macam ada banyak perkara aku tak tahu. Aku tak sedap hati..”

Jisung mengunci mulutnya. Mahu sahaja dia membuka cerita pasal dokumen yang dijumpainya tetapi adakah Yebin akan percaya?

Sementara itu, seorang budak yang baru sahaja menuruni gelongsor melihat ke arah tempat buaian. Matanya terbeliak dan dia terus berlari anak ke arah ibunya.

“Mama!! Kenapa buaian tu gerak sendiri??” tangis budak itu ketakutan. Ibunya turut melihat pada buaian tersebut dan dia segera membawa anaknya pulang.

Mendengarkan perbualan itu, Yebin tergelak. Dia bangkit dari tempat duduknya.

“Dahlah, jom balik. Betul jugak apa kau cakap. Aku perlukan penjelasan oppa.” kata Yebin, sedikit yakin sekarang berbanding tadi.

“Yebin?” tegur seseorang. Suara yang amat dikenali gadis itu. Dia memandang di mana suara itu kedengaran.

“Seungmin??”

“Kau langsung tak usaha nak pujuk aku eh!!” berang Seungmin membuatkan Yebin bingung kejap. Dia pun tak tahu apa yang Seungmin marahkan.

Seungmin menolak egonya dan berkata lagi, “Kau free tak esok?”

Tiba-tiba, buaian itu ditolak kasar ke arah Seungmin. Terkejut lelaki itu. Nasib baik sempat sambut tali rantai itu sebelum membidas muka hensemnya. Yebin turut ternganga.

“E-eh sumpah bukan Yebin yang buat!!”

“ Seung tahulah. Mungkin angin” ujar Seungmin penuh positif membuatkan Jisung meluat.

Mr. Halimunan | H.JSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang