[ #13 ]

792 105 54
                                    

Mata Yebin yang sepet seperti bulan membesar sebesarnya seperti bulan penuh. Ye tak ye. Dia bergegas mencari telefon pintarnya dan dia dapati ada dua panggilan yang tidak terangkat dan sepuluh mesej baru.

Segera dia membuka mesej itu.

From: Minnie ❤️✨
Kita jumpa dekat Sekai Restaurant okay?
Pukul 9
Kau nak aku jemput kau tak?
Yah kau kat mane
Rumah kau takde orang
Yebin?
Kau jangan nak bergurau boleh tak
Weh
Yebin kau kat mana
Aku tunggu kau

Yebin mula rasa mahu tumbuk diri sendiri sekarang kerana membuat Seungmin menunggu. Dia membetulkan rambutnya dan menuju ke arah pintu. Baru sahaja dia hendak pergi, dia pun teringat akan Jisung.

“Uh, aku akan kembali dengan cepat! Dengan makanan jugak.” kata Yebin sebelum berlari keluar meninggalkan Jisung. Lelaki itu tersenyum kelat. Senyuman pahit itu tidak tahan lama sehingga satu mentol menyala di atas kepalanya.

Tanpa melengahkan masa, dia meluru keluar.


“Seung!!” panggil Yebin dengan agak nyaring membuatkan lelaki itu menoleh serta merta. Sudah hampir setengah jam menunggu, akhirnya sampai jugak gadis itu. Ingatkan dah lupa. Mata lelaki itu menyinar melihat kemunculan Yebin.

Dia melambai kembali kepada Yebin.

“Kau dah makan?” soal Seungmin pertama sekali kerana hari itu akan menjadi panjang sekali bersama dengannya. Gadis itu mengangguk.

Tipu.

Sebenarnya perutnya berkeroncong sejak pagi lagi. Dia tidak sempat pun nak beli barang untuk sarapan Jisung.

'Jisung-ah, aku harap kau tabah kejap ya..' monolog hatinya sendiri.

“Jom.” ujar Seungmin ringkas tapi cukup mendebarkan hati Yebin kerana dia menghulurkan tangannya untuk disambut. Pada mulanya, Yebin segan tetapi Seungmin terus memegang tangan gadis itu.

Selepas beberapa minit berjalan, mereka sampai di sebuah kedai yang tidak pernah Yebin pergi.

Pottery?” mulut gadis itu ternganga melihat semua bahan di dalam. Dia memang suka mencuba sesuatu yang baru.

“Encik Seungmin?” soal seorang pekerja wanita di situ dan Seungmin mengangguk.

“Saya akan terangkan cara-cara sebelum pergi-” “Oh, tak apa. Saya agak berbakat.” celah Seungmin mempamerkan senyuman. Pekerja itu menunduk sedikit kepalanya sebelum meninggalkan kedai memandangkan Seungmin telah menyewa kedai itu untuk sehari.

Manakala si gadis kecil itu masih teruja melihat beberapa pasu yang telah dibuat.

“Nak cuba buat?”

Yebin membulatkan matanya untuk ke berapa kali pada hari itu. “May I?”

Lelaki itu memerhati gadis itu membuat pasu dengan tanah liat yang diberi. Posturnya agak pelik. Pasunya juga tidak rata. Selepas beberapa ketika memerhati Yebin bersusah-payah, dia membantu Yebin dengan memegang tangan gadis itu daripada belakang dan menunjukkan cara.

For first timer, kau cuba buat pasu bulat dulu..” ujar Seungmin yang menghantarkan getaran terus ke hati Yebin. Tangan mereka yang saling bersentuhan itu membuatkan Yebin tergugat.

Dia takut kalau Seungmin boleh merasakan betapa dia gementar dan betapa kuat hatinya berdegup.

Lama juga mereka dalam posisi itu sehinggalah Yebin bersuara. “Kerusi banyak tapi kenapa takde orang langsung?”

Seungmin menahan gelak.

“Aku reserved lah tempat ni.”

Pipi gadis itu mula hangat. Entah nak rasa malu atau terharu dengan semua tu.

“Yebin, kalau kau nak tahu aku sebenarnya dah lama...” lelaki itu mula meluahkan perasaannya yang telah lama terbuku. Dia malu tapi mahu.

Tiba-tiba pintu kedai dibuka menyentakkan mereka berdua.

“Appa?” serentak Seungmin dan Yebin berbunyi. Mereka berkongsi pandangan pada satu sama lain. Di sebelah Yebin, Jisung sudah terkedu. Ya, dia telah mengekori Yebin sejak awal. Mana boleh terlepas oi.

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now