[ #SPECIAL ]

1K 132 57
                                        

“Yeay! Dah graduate~” Yebin menyanyi penuh riang membuatkan Seungmin di sebelahnya tersenyum. Alangkah bahagianya dia melihat gadis itu yang sekarang digelar adik-beradiknya bahagia. Mereka mengambil gambar bersama-sama.

“Eh tapi kan, mana Jisung kau?” soal Seungmin, tidak biasa melihat Yebin bersendiri. Selalu bertepek je dengan buah hatinya macam koala. (#prayforAustralia)

Gadis itu mengangkat bahunya. Dia terus keluar selepas menggalas segulung sijil. Buang masa je nak tunggu lelaki itu. Dahlah semalam prank dia!

“Jisung-ah, bila kau nak balik?? Aku dengar bunyi pelik la dekat dapur.” suaranya mempunyai tanda-tanda yang dia sedang cemas. Panggilan itu terus dibuat sebaik sahaja mendengar sesuatu dari dapur.

Sementara itu, Jisung cuba menahan gelak kerana dialah yang merancang semua itu. Ya, dia menggunakan peluang halimunannya untuk menakutkan Yebin.

Tapi nasib baik kuasanya terkawal kali ini. Dia hanya boleh menjadi halimunan apabila dia berfikir tentang itu.

Yebin memeluk bantal peluknya erat sambil melafazkan beberapa perkataan yang tidak jelas pada telinga Jisung. Lelaki itu kemudian meletakkan tangan pada bahu Yebin.

“Boo!”

Terus kaki gadis itu naik ke muka. Setinggi-tinggi tumpai melompat, tinggi lagi kaki Yebin kalau setakat nak sepak muka tu.

“Ouch!” “Padan muka, kacau orang lagi!”

Hubungan Jisung dan Yebin masih belum rasmi tetapi sebagai permulaan, Tuan Kim telah membuat pertunangan mereka. Perjalanan mereka masih jauh untuk mereka berkahwin sekarang. Lagipun, impian Yebin adalah berkahwin setelah dia mencapai impiannya.

“Sampai hati kau tinggal aku” lelah Jisung menuturkan bait-bait itu setelah berlari hampir satu padang mencari wanitanya. Tangannya diletakkan pada lutut, menunduk sambil terbatuk-batuk.

“Padan muka!” jelir tunangnya yang masih berdendam itu.

Seungmin yang melihat itu hanya mampu berdengki dari jauh. Sesekali dia tergelak melihat mereka dan kepalanya menggeleng-geleng menonton aksi mereka yang lucu. Kamera yang disangkut pada lehernya diangkat.

“Dah dahlah tu. Meh aku ambil gambar untuk korang.”

Pada mulanya, pose mereka hanya normal dengan peace dan sebagainya sehinggalah Jisung memeluk Yebin daripada belakang. Pelbagai aksi yang ditangkap. Dari bridal style, piggy back dan banyak lagi yang mampu membuatkan semut tertarik.

Jurukamera pula sendu sahaja dengan setiap tangkapan yang diambil.

Yebin tersenyum melihat tangannya yang kecil berada di dalam genggaman Jisung yang besar itu. Mungkin itulah perkara yang dia suka. Berasa selamat di dalam genggaman lelaki yang dicintai.

“Kau tahu tak, Yebin? Ayah kau cakap kita seminda dan aku kinda setuju.” Jisung melepaskan tawa kecil sebelum memandang ke arah Yebin. Beberapa helai rambut gadis itu disangkut pada telinganya.

“Sebab aku dapat rasakan kau lebih daripada seorang kawan bila aku muncul dalam bilik kau. Kalau tak, kenapa muncul dalam bilik kau tiba-tiba kan?”

Gadis itu turut tergelak lalu mengangguk setuju. “Aku pernah tertanyalah kan kenapa kau muncul dalam bilik aku sedangkan banyak lagi bilik atas muka bumi ni tapi aku... actually gembira kau muncul.”

Pipi Jisung ditekup. Walaupun dia terpaksa berdiri di atas ibu jari kakinya sekarang, dia tidak kisah.

“Aku gembira jumpa dengan kau.” luah Yebin seikhlasnya.

Dia menjerit kecil apabila Jisung mengangkatnya.

“I love you.” Dahi mereka mengucup satu sama lain. Yebin mengucup bibir Jisung sekejap sambil tersenyum.

“I love you too, my Mr. Halimunan.”

THE END.

+ author's note: AAAAA TAMAT SUDAH SETELAH LAMA. MAAFKAN DAKU KALAU ADA PENGGUNAAN AYAT TU TERLAMPAU KELING AND MAAF JUGAK SEBAB BUKU NI MENGARUT.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH BANYAK UNTUK YANG DAH HABISKAN MASA MEMBACA BUKU INI ❤️

SETIAP KOMEN DAN VOTES YANG DILONTARKAN, TERAMATLAH DIHARGAI. MWAH MWAH!

 MWAH MWAH!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mr. Halimunan | H.JSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang