[ #11 ]

793 116 77
                                    

“Kau betul-betul nak pergi keluar dengan dia ke esok?” tanya Jisung sambil berjalan dengan Yebin ke rumah Yebin. Gadis itu mengangguk dengan senyuman yang paling lebar pernah Jisung tengok. Hatinya terguris.

'Yelah, takkanlah dia nak suka dekat pembunuh keluarga dia...' detik hati Jisung sendiri merasakan kekalahan tanpa bertanding.

Setibanya di rumah, Yebin menuju ke arah Changbin yang menunggunya di meja makan. Dia menjemput adiknya makan.

“Yebin-ah..” “Yebin laparlah. Apa kata kalau kita makan dulu?” terus dia memangkah ayat abangnya. Dia tidak mahu bertekak di hadapan makanan. Maka, dengan lafaz bismillah, dia pun mula mengunyah.

Jisung yang duduk di sebelahnya hanya mampu mengelap air liurnya yang melimpah kerana terliur. Manakala Changbin menurut kata adiknya dan makan. Mereka berdua masing-masing tahu yang mereka tidak mempunyai selera untuk itu.

Selepas makanan di pinggan Yebin hampir habis, dia meletakkan sudunya.

“Apa dia yang patut Yebin tahu?” soal gadis itu sambil meletakkan tangannya secara bersilang pada bawah dada gaya-gaya orang besar.

Changbin meneguk airnya sebelum memulakan bicara. “Oppa...tak bekerja dekat sebuah syarikat.”

Adiknya mengangguk. Yalah, memang dah terjawab dah yang tu.

“Oppa...bukan oppa kandung Yebin.” luah Changbin.

Tangan yang bersimpul pada dadanya terlerai dan dia membetulkan posisi duduknya. “Yah, oppa. Ni bukan masa gurau okay?”

Changbin mengangguk

“Ya, Yebin.” Suasana menjadi sunyi.

“Sebab kau...anak lelaki sial!”

Semua perkakas di atas meja disapu oleh Changbin dengan kasar mengejutkan kedua-dua Yebin dan Jisung. Akibat terlampau terkejut, kerusi Jisung sehinggakan terjatuh.

Yebin berbisik kepada Jisung, “Yah, kau pergi.”

“Apa oppa buat ni?!?” marah Yebin namun, dia sebenarnya takut. Langkahnya semakin mengundur.

“Aku bagitahu kau perkara yang sebenar! Disebabkan kau...OMMA aku mati!” jerit lelaki itu dalam suara garau dan tangisan. Dia mencekik Yebin.

“Kau takkan faham betapa bencinya aku kena jaga kau sedangkan kau anak lelaki itu.” ujar Changbin lalu mengetatkan lagi cengkamannya pada leher Yebin membuatkan gadis itu sesak nafas. Dia cuba menyedut udara namun, gagal. Muka Yebin semakin pucat.

Jisung yang melihat aksi ganas Changbin itu segera memberi tendangan pada pinggan Changbin. Serta merta, Yebin terlepas daripada cekikan itu dan terdesak mendapatkan oksigen dengan sebanyak mungkin untuk mengepam darah ke jantung.

“Siapa?! Siapa yang sepak aku?!” bengang, Changbin memecahkan botol kaca.

Perlahan-lahan, Jisung mendekati Changbin dari belakang dan mengetuk kepalanya supaya pengsan.

Dia menarik tangan Yebin tetapi gadis itu sudah tidak berdaya. Kecelaruan, dia mengangkat terus gadis itu di belakangnya dan berlari ke rumahnya. Walaupun banyak dugaan sebab dia halimunan, dia cuba menggunakan laluan sunyi kerana bimbang orang akan takut.

“Yebin-ah” Jisung mengejut Yebin dengan merenjis sedikit air ke atas muka gadis itu.

Yebin membuka matanya yang menawan hati Jisung itu.

“Oppa? Mana oppa?” soal Yebin memandang sekeliling. Jisung menggeleng kepalanya. Haih budak ni, dah lelaki tu hampir bunuh dia pun dia cari lagi.

“Kau dekat rumah aku ni. Tak payah baliklah, mahunya dia tikam kau.” tegas Jisung sebelum menghulurkan segelas air kosong.

Gadis itu menghela nafas panjang. Dia terdiam sebentar. Memori tadi mula menimpa mindanya. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir laju. Dia menangis sekuat hati.

Jadi, dia sebenarnya siapa? Dan....apakah kisah yang dia tidak tahu?

“Yah, kau kenapa?” Jisung mengusap belakang Yebin lembut untuk menenangkan gadis itu.

“Jisung-ah...Ini ke perasaan kau bila kau dapat tahu keluarga kau bunuh keluarga aku..?” suara serak Yebin itu membuatkan air mata jantan Jisung turut berkumpul.

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now