[ #O2 ]

1.4K 166 66
                                    

“Bye bye Minnie~” Yebin melambai tangannya pada Seungmin.

“Betul ni tak payah Minnie teman?” soal Seungmin, kerisauan sejak Yebin memberitahunya bahawa abangnya akan pulang lewat. Gadis itu mengangguk laju sebelum berlalu pergi. Langkah Yebin yang semakin menjauh daripada Seungmin itu membuatkan lelaki itu mengeluh.

Pintu rumah dibuka. Yebin menanggalkan kasutnya.

Dia berjalan lurus untuk ke biliknya tetapi berhenti di pertengahan jalan apabila hujung matanya menangkap sesuatu di atas meja dapur. Bekal makanan. Eh, sempat lagi abangnya itu menyediakan itu? Dia tersenyum.

Jisung melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Sunyi. Dia melihat ke ruang tamu, cawan kopi ayahnya sudah tiada. Selalunya dia yang harus membasuh cawan lelaki lebih berusia itu.

“Abeoji??” dia mengorak langkah ke tingkat atas, ke bilik di mana ayahnya sering membuat ujikaji. Tetapi panggilannya tidak tersahut.

Matanya melirik ke arah meja di mana terdapat sehelai sampul surat klasik. Pada mulanya, dia berasa ragu-ragu untuk membukanya namun, apabila dia membelek surat itu, ternyata terdapat namanya.

'Ayah minta maaf. Ayah tak mampu nak betulkan kesilapan 17 tahun yang lepas.

Jisung, kalau perlukan duit, ayah ada letakkan kad kredit di dalam sampul. Guna jika perlu.

Bila kamu baca ni, mungkin ayah dah pergi jauh.

Dan ayah takkan kembali.

Jisung,

Hanya Jisung sahaja yang boleh baiki

kembali kesilapan ayah.'

- abeoji.

Pada saat ini, Jisung tidak tahu sama ada apa yang dia patut rasa. Adakah sedih kerana ditinggalkan atau marah kerana ayahnya seorang pengecut? Apatah lagi bila dia tidak tahu sebab mengapa orang tuanya sanggup melarikan diri. Cukuplah dengan eommanya yang curang dan pergi keluar bersama jantan lain.

Dia melempar surat itu ke atas meja kembali dan menyusul ke biliknya. Dengan lagak memeluk lutut dan menyembamkan mukanya di antara lututnya.

Jangan kawan dia, dia hantu!!”

Semua budak memandang Jisung dengan muka pelik. Budak kecil yang menggigil ketakutan itu akhirnya hilang daripada pandangan mata kasar manusia. Ada yang menjerit, ada yang menangis dan ada yang pengsan dengan kejutan yang dilihat.

Abeoji...” Jisung menangis dan berlari pergi dari situ.

“Argh!” remaja itu memberontak lalu membaling lampu mejanya ke dinding. Sampai sekarang, memori hitam itu sering berlegar di kotak fikirannya. Dia meraup wajahnya kasar, cuba untuk bertenang. Baru sahaja dia hendak membaringkan tubuhnya ke atas katil, seperti angin, dia terasa dirinya beralih ke tempat lain.

Apabila dia sedar, dia sedang berbaring di atas katil yang sudah pasti bukan miliknya.

Dengan anak patung bersepah.

Dia kemudian memandang bingkai gambar yang mempunyai gambar seorang lelaki dan seorang gadis bersama. 'Eh...macam kenal.'

Bunyi pintu bilik dibuka itu menyentakkan Jisung daripada terus mengelamun.

“AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL!”

Terus lelaki itu berdiri tegak.

Mr. Halimunan | H.JSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang