[ #O8 ]

869 121 92
                                    

Keesokan harinya, Yebin dan Jisung pergi semula ke rumah Jisung. Nasib baik tidak tertangkap oleh abangnya yang ada kelibat lelaki lain di dalam rumah itu. Pada waktu pagi itu, Jisung teringatkan peristiwa semalam.


“Yah kau tidur dekat ruang tamu la! Ni bilik aku.” marah Yebin apabila Jisung masuk sekali dalam biliknya. Lelaki itu mencebik.

Sepanjang waktu malam itu, Jisung langsung tidak tidur.

Bunyi pintu dibuka itu membuatkannya terkejut sedikit. Dia terus menekup bibirnya apabila melihat kelibat abang Yebin. Lelaki itu terus menuju ke bilik. Namun begitu, sesuatu nampak pelik. Tangan abang Yebin habis berlumuran darah.

Macam baru balik bertumbuk.


Tanpa melengahkan masa lagi, dua orang itu menuju ke rumah Jisung. Sebaik sahaja sampai di pintu bilik yang mereka buka kelmarin, mereka menyiasat bilik itu.

“Apakah?” bisik Yebin pada diri sendiri melihat pelbagai rekaan oleh ayah Jisung. Jisung juga tidak kalah dalam perlawanan terpegun itu. Walaupun sejak dari kecil menjadi anak ayahnya, dia tidak tahu pun bilik itu wujud.

Lelaki itu cuba membaca arahan-arahan setiap mesin untuk mendapatkan tips tetapi tiada satu pun yang menunjukkan pasal halimunan. Yebin pula menyelak buku demi buku mencari bahan bacaan yang boleh membantu. Berjam-jam mereka di dalam bilik itu, akhirnya Jisung putus asa.

“Dahlah. Mati macam ni pun aku tak kesahlah!” berangnya.

'Ceit, kau cakap je macam tu.' getus hati Yebin, masih giat mencari sehinggalah satu muka surat yang dijumpainya itu tenggelam. Tiada tulisan, tetapi ada seutas rantai.

“Yah, yah, yah! Aku jumpa sesuatu!” panggil Yebin dengan teruja dan Jisung pantas mendekatinya. Mereka merenung rantai itu seketika.

“Untuk....apa ni?” tanya Jisung, hairan.

Gadis itu mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Jisung mengambil buku yang dipegang oleh Yebin daripada tangan gadis itu untuk melihat tajuk buku tersebut.

'Miracle'

Dia pernah ingat yang ayahnya pernah membaca buku itu. Tapi tidak tahu pula ada muka surat yang unik itu. Rantai itu untuk apa?

“A-aku rasa rantai tu untuk mak kau??” kata Yebin perlahan. Dia takut kalau dia terbaca sesuatu yang agak personal bagi Jisung. Dia kemudian menyerahkan sekeping sampul surat yang dijumpainya.


Kening Jisung hampir bertaut kerana kerutan pada dahinya. Dia membuka sampul surat itu dan membaca isinya.

'Yeobo,

Abang minta maaf sebab tidak sempat menyelamatkan kamu semasa melahirkan Jisung.

Abang tahu itu semua salah abang sebab tak sempat memberikan rantai ini kepada kamu.

Kalaulah kamu sempat memakai rantai itu, mungkin nyawa pasangan Seo selamat.

Mungkin Jisung takkan jadi macam tu.

Dan mungkin.....hubungan kita kekal.'


Tangan Jisung sedikit bergetar, air matanya jatuh tanpa henti. Jadi ini yang dimaksudkan oleh ayahnya. Rantai itu boleh menyelamatkan nasib mereka. Tapi ayahnya terlambat. Jadi apa yang dia patut buat sekarang?

Dia melihat ke arah Yebin yang matanya turut dikolami air.

Akhirnya Yebin turut menitiskan air mata. “Keluarga Seo...”

Jisung menunggu kata-kata Yebin yang seterusnya.

“Adakah surat itu maksudkan keluarga saya...?” soal Yebin sebak. Selama ini dia tidak tahu mengapa dia dilahirkan dengan tiada ayah atau ibu. Jadi dia bergantung pada Changbin.

Mulut Jisung sedikit ternganga. “Seo....nama kau Seo Yebin ke?”

Yebin mengangguk sambil menggigit bibir bawahnya. Air matanya mula mengalir laju. Adakah keluarga Jisung pembunuh kepada keluarganya?

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now