[ #O9 ]

829 118 35
                                    

Melihatkan reaksi Yebin, Jisung terdiam. Mereka berdua tenggelam di dalam renungan masing-masing. Jelas kedengaran tangisan kecil Yebin yang menggantikan ruang kesunyian itu. Jisung tidak tahu apa yang patut dilakukan, dia seperti menghadapi tindakbalas terhadap itu dan memeluk Yebin.

Puas Yebin menolak dan memukulnya tetapi pelukan itu hanya dipereratkan lagi.

“Maaf. Aku minta maaf atas apa yang ayah aku dah buat. Percayalah, aku tak pernah bersubahat dalam kerja ni.” bisik Jisung perlahan, cuba untuk menenangkan gadis itu. Yebin mengangguk. Dia tahu. Dia tahu itu bukan salah Jisung dan disebabkan itu, dia lagi marah.

Sebab dia takde alasan untuk marahkan Jisung.

Yebin meleraikan pelukan itu dan mengesat air matanya.

“Jomlah kita cepat-cepat cari penawar kau. Mari tamatkan semuanya hari ni jugak.” ujar Yebin penuh tekad, dia membetulkan rambutnya dan mengambil buku itu daripada Jisung.

Terkesima budak itu. “Jap, kau nak pergi mana???”

“Cari eomma kau la. Pakaikan dia rantai ni dan selamatkan kau.” kata Yebin selamba. Langsung tidak peduli yang dia menangis beberapa saat yang lalu. Jisung pantas memegang lengan Yebin.

“Kau tak perlu bantu aku kalau kau taknak...” ujar Jisung, serba salah. Yelah, kalau betul ayahnya penyebab keluarga Seo kehilangan, bukankah macam tak masuk akal untuk Yebin tolongnya sekarang?

Yebin menghembus nafas kasar, “Benda ni takde kaitan dengan kau. Tolong, Jisung. Sebelum aku ubah fikiran.”

Lelaki itu menggigit bibir bawahnya sebelum mereka berkunjung ke alamat yang pernah ditinggalkan oleh eomma Jisung. Setibanya disana, Yebin menekan loceng.

“Siapa tu?” tanya orang dari dalam dan Yebin mengenalkan dirinya sebagai kawan Jisung.

“Kenapa....kamu datang sini?” tanya eomma Jisung.

“Ah, saya datang ke sini nak bagitahu sesuatu. Mungkin puan patut dengar.” terang Yebin dan mengangguk ke arah Jisung yang diyakini berada di sebelah kirinya. Tiada siapa tahu yang lelaki itu sedang menitiskan air mata kerana sekian lama tidak berjumpa dengan eommanya.

Mereka masuk bersama.


“Jemputlah duduk. Saya akan buatkan air.” kata puan Han ringkas sebelum bergerak ke dapur.

Gadis kecil itu mengangguk dan akur. Matanya melilau pada bingkai-bingkai gambar di atas meja. Kelihatan gambar puan Han dengan seorang budak lelaki yang dianggapnya Jisung semasa kecil. Mereka tersenyum lebar di dalam gambar.


Wanita di usia pertengahan itu kembali dengan sedulang air dan biskut.

“Apa hajat kamu datang ke sini, ya?” soal puan Han dan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengannya.

“Puan...saya harap puan dengar dengan baik dan percayakan saya.” kata Yebin sebelum meneruskan bicaranya, “ Jisung...sekarang ni ada dengan saya.”

Dahi puan Han berkerut seribu. Ah sudah, budak gila mana pulak terlepas?

“Eomma...” Jisung bersuara membuatkan puan Han terkaku serta merta. Air matanya ditahan-tahan daripada turun. Dia melihat sekeliling mencari Jisung.

“Seperti yang puan mungkin tidak tahu, anak puan terkesan daripada tindakan puan. Dia menjadi halimunan." Yebin berkata lagi dan menepuk paha Jisung di sebelahnya. Maka, mata puan Han mendarat di situ.

“A-apa maksud kamu?” tanya puan Han.

“Saya tahu saya tak patut tahu hal rumah tangga puan tetapi....nampaknya suami puan ada tinggalkan rantai ni untuk puan tapi puan dah pergi.” Tanpa berlengan, rantai itu dikeluarkan daripada tas tangan Yebin dan dihulurkan kepada puan Han. Wanita itu menilik rantai itu sejenak.

Lama dia tilik rantai itu, akhirnya dia pakaikan pada lehernya.


Malangnya, tiada apa yang berubah.

Jisung kekal halimunan.

Yebin mengeluh. “Aish.”

Sedang mereka bertiga kecewa dengan hasil itu, bunyi pintu dibuka menarik perhatian semua. Mata Yebin membulat seperti nampak hantu. Jisung gelabah.

“O-oppa?”

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now