“HIYAAAAH!” terus bantal yang dicapai gadis bernama Yebinp itu, dibaling ke muka Jisung. Lelaki itu cuba menerangkan segalanya tetapi pada kejutannya, benda yang ditakutinya selama ini kembali menjadi. Dia melihat dirinya semakin hilang.
“WEH KAU KAT MANA??! HANTU!!” jerit Yebin sekuat hati. Tidak kisah sudah sekiranya jiran sebelah mendengar bunyi bising dari rumahnya. Gadis itu akhirnya terdiam apabila tangan Jisung menekup mulutnya.
Lelaki itu mengeluh kasar. “Diam.”
Menggigil tubuh Yebin dek ketakutan. Sebaik sahaja tekanan dalam dirinya reda, Jisung melepaskan tekupan pada gadis itu dan dirinya kembali kelihatan. Yebin memandang Jisung dengan penuh histeria dan trauma. Seolah-olah movie hantu atau misteri yang dilihatnya, tetapi versi yang hensem.
“A-apa kau buat kat sini?” soal gadis itu. Memberanikan dirinya.
Jisung melangkah ke hadapan mendekati gadis yang agak kenit itu berbanding dengannya. Berdebar, Yebin mengundur daripada lelaki itu sehinggalah kakinya terlanggar meja.
Gadis itu mengerang kesakitan. “Adududu....”
“Pff, kau ni memang kelam kabut la.”
Yebin menjeling tajam ke arah Jisung. Besar kecil, besar kecil je dia tengok jejaka di hadapannya. Sedang dia sibuk mengusap kakinya yang sakit, Jisung mendudukkan gadis itu di atas lantai dan mula mengurut kaki perempuan itu.
“Kau duduk sorang ke dalam rumah ni?” soal Jisung, cuba untuk tidak membuat situasi di antara mereka menjadi lebih kekok.
Gadis itu mengangguk. “Oppa ada, cuma balik kerja lewat sikit harini.”
“Macam mana kau ada kat sini eh? kita pernah kenal ke?” dengan keberanian sebesar secubit garam, Yebin cuba sedaya upaya mengorek rahsia daripada Jisung.
“Aku pun tak tahu. Baru tadi tiba-tiba terjadi macam tu. Aku tengah marah, lepas tu tiba-tiba aku muncul kat bilik kau.” ulas lelaki yang berpipi gebu itu. Mulut Yebin ternganga. Entah apa yang cuba Jisung beritahu, dia pun tak tahu. Takkanlah tiba-tiba marah boleh masuk bilik perempuan?
Melihatkan reaksi Yebin yang seperti 'kau apakah, tak masuk akal betul.', Jisung mengeluh kecil.
“Aku bukannya lelaki gatal okay. Macam kau tengok tadi, aku pun boleh halimunan. Tapi simptom tu dah memang selalu terjadi sejak aku kecil lagi. Kalau aku takut, diri aku akan terlindung daripada mata kasar manusia.”
“Macam mana kau dapat kuasa pelik semua ni?” Yebin mengerutkan dahinya.
Baru sahaja Jisung hendak membuka mulut, kedengaran pintu dibuka menarik perhatian mereka. Mata Yebin membesar seumpama ternampak hantu.
OH MY.
“Kenapa muka kau pucㅡ” mulut Jisung ditekup ketat, gadis itu meletakkan jari telunjuk pada bibirnya meminta Jisung untuk diam. Yebin gelabah. Dia menarik tangan Jisung dan menolak lelaki itu ke belakang pintu biliknya, menyuruhnya untuk menyorok.
“Ssshhh, abang aku dah balik!” bisik Yebin.
Mulut Jisung ternganga. Mampos.
“Yebin-ah! Oppa dah balik!~” suara Changbin yang garau itu menerjah gegendang telinga Yebin. Dia segera keluar dari bilik untuk berjumpa Changbin.
“Ah, oppa! Awal balik?”
Changbin menguntum senyuman kecil. “Oppa tak rehat harini. Nak siapkan kerja cepat. Kesian pulak Yebin sorang-sorang.”
Kepala gadis itu diusap perlahan.
“Okaylah, oppa nak mandㅡ”
“Aduh!”
Changbin memandang Yebin. Mereka berdua berkongsi pandangan sebelum Yebin memikirkan sesuatu untuk mengelakkan Changbin terus curiga.
“Aduh, aduh! Aduh, aduh sayang~ Lagu Ayda Jebat je tu, oppa! Versi lain.” Yebin mengeluarkan ketawa yang kekok.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Halimunan | H.JS
Misterio / Suspenso"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...