[ #O6 ]

935 125 59
                                    

Hujung bibir Haejoo terangkat sedikit, mengukirkan senyuman sinis. “I see. That's how to make you fade, huh?

“Kau...apa kau dah buat??!” Jisung menjerit kuat, nadanya jelas menunjukkan dia sangat marah. Dia tertekan. Mengapa gadis itu tahu macam mana nak buat dia hilang sedangkan dia sendiri tidak tahu? Adakah gadis itu mempunyai kuasa ke atas badannya?

“Jangan risau, Jisung-ah. Kau akan kembali ke bentuk asal. Itu pun kalau kau tahu apa penawarnya.” jelas gadis itu, dengan ketawa sinis sebelum menyilang tangannya pada dadanya dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu kebingungan. Penawar? Jadi memang ada penawar untuk dirinya?

Dia berlari menuju ke Haejoo untuk menghalangnya daripada pergi, “Tunggu! Apa penawarnya?”

Tangannya menggapai lengan Haejoo untuk menahannya tetapi seperti dirinya itu roh, tangannya hanya menembusi tangan Haejoo.

That's what you get in your dad's stead. Selagi ayah kau tak bagi apa aku nak, kau akan kekal halimunan.” kata Haejoo lagi dan dia tidak lagi berpaling, menuju entah ke mana. Jisung hanya terpaku pada tempatnya. Dia terasa begitu tidak berdaya. Apa yang ayahnya telah lakukan?

'Hanya Jisung yang boleh perbaiki kesilapan ayah.'

Mata Jisung mula bergelinangan, dia menggigit bibir bawahnya sebelum menjerit sekuat hati. Air mata menuruni pipinya tanpa henti. Adakah eommanya curang dengan ayahnya kerana hal ini? Adakah itu sebabnya eommanya meninggalkannya? Kerana ayahnya telah menukarkannya kepada makhluk uji kajinya? Dia takkan mungkin dapat maafkan ayahnya jika semua perkara itu benar.


“Fuh, lebat betul hujan harini ya.” kata Changbin sendiri sebelum menarik langsir untuk menutup permandangan luar tingkap. Yebin yang berada di ruang tamu itu hanya mengiyakan apa yang dikata oleh oppanya. Dia menutup siaran televisyen. Yelah, bukan boleh tengok pun. Hujan telah membuatkan semua siaran tergendala.

Gadis itu memeluk bantal golek di atas sofa itu. Entah kenapa jantungnya tidak henti berdegup. Adakah sebab Seungmin? Dia cuba menghantar mesej kepada Seungmin.

To: Minnie ❤️✨
Seung, majok lagi ke? :(

Tiada respon.

“Kamu jaga diri, okay? oppa nak keluar.” pesan Changbin kepada Yebin sebelum menuju ke pintu keluar. Pesanan itu membuatkan Yebin terdiri dan segera ke arahnya.

Matanya panik. “Oppa nak pergi mana?”

“Kerjalah? Kenapa?” jawab Changbin sempoi sambil tangannya mencapai payung di rak sebelahnya. Yebin mahu memberitahunya yang dia tidak terasa senang tetapi dia tidak mahu Changbin risau. Mulutnya diketap sepanjang Changbin bersiap untuk keluar. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati supaya Changbin pulang dengan selamat.

Sebaik sahaja pintu ditutup, gadis itu kembali ke biliknya dan duduk di atas katil. Dia cuba menepis semua perasaan tidak senang dengan menonton video di dalam aplikasi YouTube.

“Tolong aku.”

Suara itu jelas kedengaran. Dia melihat di sekitarnya. “Siapa tu???”


“Aku.”

Otak Yebin cuba untuk memproses. “Kau..? Mr. Halimunan?”

Melihatkan sofa kecil biliknya tenggelam sedikit, dia makin yakin. Dia menghampiri lelaki itu dan menghulur lengannya untuk merasa lelaki itu sebagai bukti.

“Takde guna. Kau takkan dapat sentu-”

Jisung terkejut apabila pipinya tertampar oleh tangan gadis itu. Dia menarik tangan gadis itu untuk menguji dan terangan sudah, dia mampu menyentuh gadis itu.

“Apa kau buat dekat sini?”

Soalan Yebin tidak diendahkan.


“Kau kena tolong aku. Kau sorang je boleh sentuh aku.”

Mr. Halimunan | H.JSWhere stories live. Discover now