Changbin hanya memerhati muka Yebin yang cuak itu lalu ketawa dengan terbahak-bahak. Langsung tidak mencurigai adiknya. Malah, dia menggosok kepala adiknya lembut sebelum menuju ke bilik tidur. Penat seharian bekerja.
Gadis itu menghela nafas lega sambil tangan mengurut dadanya yang berdegup kencang itu. Nafasnya yang tersekat sebentar tadi dihembus dengan tenang semula. Dia kemudian kembali ke bilik tetapi Jisung sudah tiada. Puas dia mencari di tepi pintu, bawah katil, atas almari dan sebagainya.
'Jangan cakap dia betul- betul hantu pulak....' bisik hati Yebin, menggigil takut.
Dengan penuh rasa takut, Yebin melompat ke atas katil dan menutup seluruh tubuhnya serta kepalanya ke dalam selimut tebal. Dia berusaha tidur.
Sementara itu, Jisung pula kembali ke rumahnya. Dia mengeluh panjang kerana kuasanya tidak terkawal. Berbagai-bagai persoalan yang muncul di dalam kotak fikirannya dan satu pun tidak terjawab. Macam mana kalau dia termuncul di rumah Yebin lagi? Ataupun....semasa Yebin mandi?
Idea itu membuatkannya terlopong seketika.
Kepalanya digeleng-gelengkan untuk membuang semua imaginasi yang merepek itu.
“Aku kena hentikan semua ni...aku patut.” monolog Jisung sendiri lalu rambutnya diraut ke belakang tak ubah lagak orang tengah stres.
Surat yang ditinggalkan oleh ayahnya itu dipandang sekilas sebelum dia menuju ke katil. Memandangkan hari pun sudah larut malam, dia penat. Mungkin dia akan menyambung apa yang dipersoalkan sebentar tadi pada esok hari.
ㅡ
“Yebin? Yebin, bangun!” Changbin menggerakkan adiknya daripada tidur. Nampaknya liat daripada yang biasa. Lelaki itu terpaksa memberi tepukan lembut pada pipi gebu Yebin membuatkan gadis itu mendengus.
Changbin menggeleng kepalanya perlahan, “Hey, nak pergi kelas tak ni?”
Serta-merta, mata Yebin yang sepet akhirnya terbuka luas. Dia menjerit apabila jam di dinding dikerlingnya. Tanpa melengahkan masa, dia melompat ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya untuk bersiap ke sekolah. Telatah Yebin itu membuatkan diri Changbin tertanya jika adiknya tidur lewat semalam.
Pagi itu, Yebin hanya tidak memakan sarapan paginya untuk lekas ke sekolah.
“Lambat!” tegur Seungmin yang sepertinya sudah lama menunggu di hadapan pagar sekolah. Bukan apa, dia sudah menunggu di rumah Yebin tetapi abang gadis itu menyuruhnya untuk bergegas dahulu memandangkan Yebin akan lambat. Jam pada tangan Seungmin dilihat olehnya.
Yebin menggosok kedua-dua tapak tangannya, meminta maaf.
“Yelah yelah. Dah, jom masuk kelas.” kata Seungmin, tangannya diletakkan atas bahu Yebin. Perjalanan mereka terhenti apabila Yebin terserempak dengan Jisung di laluan koridor. Jari telunjuknya ditunding ke arah Jisung.
“Kau pergi mana semalam?” persoalan gadis itu membuatkan Seungmin yang berada di sisinya terus berkerut seribu. Semalam?
Beberapa orang pelajar yang berada disitu mula bergosip membuatkan telinga Jisung kemerahan. Tangan Yebin dicapai olehnya lalu mereka bergerak ke tempat yang lebih selamat untuk berbicara. Seungmin terpaku, keliru kerana ditinggalkan.
“Kau nak semua orang fikir bukan-bukan ke ha?”
Yebin menyilang tangannya. “Tolong sikit. Aku cuma nak pastikan bukan hantu yang aku nampak semalam.”
Jisung menepuk dahinya. Mukanya mendekati muka Yebin. Gadis itu cuak sementara Jisung pula persis seorang lelaki yang nakal. Apabila hidung mereka saling bersentuhan, Jisung berhenti.
“Takkanlah hantu sehensem aku?”
Yebin mencebik, mukanya mempamerkan seribu ketidaksetujuan yang menyindir keyakinan Jisung. Lelaki itu tergelak besar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Halimunan | H.JS
غموض / إثارة"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...