Mata Jisung jelas kemerahan. Adakah sebab itu emaknya meninggalkan ayahnya? Kerana memberinya kejutan elektrik?
Tuan Kim menghela nafas panjang. “Masa tu, Puan Han tak sedarkan diri selama tiga hari. Eomma kamu tak habis-habis salahkan diri sendiri sebab kalau dia yang ambilkan air, mungkin benda tu tak berlaku tapi...”
“Tolonglah sedar” tangis Puan Seo memanggil rakan sebayanya itu dengan penuh ratapan.
Tuan Kim hanya mampu menggosok belakang isterinya untuk menenangkan wanita itu manakala Tuan Han bersedih di dalam bilik ujikaji itu. Kalaulah dia tutup suis itu.
Penantian demi penantian, akhirnya Puan Han sedar. Bulan selepas itu, dia dan Puan Seo melahirkan cahaya mata yang sungguh comel. Ketiga-tiga mereka sebaya pulak tu.
Namun, pada suatu hari Puan Han keliru dimana dia meletakkan Jisung dan bermula saat itulah, Tuan Han sedar anaknya terkena kesan renjatan itu. Kedua-dua pasangan itu bertekak setiap hari kerana kadangkala keselamatan Jisung sungguh dibimbangi.
Kalau terpijak macam mana?
Menyedari dialah punca segalanya, Puan Seo mengambil keputusan menarik nyawanya sendiri.
Air mata Yebin gugur tanpa henti. Bahunya diusap lembut oleh Jisung, walaupun dia juga turut bersedih.
“Habis Tuan Kim buat apa masa eomma mati??” bidas Yebin tidak puas hati.
Tuan Kim tersenyum kelat. “Appa tengah usahakan penawar untuk anak Han. Appa janji dengan eomma kamu yang appa akan betulkan keadaan tapi appa terlambat..”
Lelaki yang lebih dewasa itu menyeka air matanya daripada jatuh dan hanya merenung pada tangan maskulinnya itu. Seungmin mengeluh. Mengapa dia paling lambat untuk tahu semua ni?
“Tapi appa...” Yebin sebak, suaranya tersekat di tekak. “Appa patut rasa bersalah dengan oppa! Changbin oppa menderita dengan ingatan yang appalah penyebab eomma mati.”
Kepala Tuan Kim digeleng perlahan. “Kamu tahu tak selama ni dia tak pernah suka appa pun? Tapi appa faham. Appa lari sebab appa diburu oleh polis sebab mencipta mesin yang canggih itu.”
Semua titik-titik persoalan dahulu kini bercantum satu persatu. Jisung akhirnya faham mengapa ayahnya lari meninggalkannya. Emaknya pula mungkin tidak curang kerana masa dia singgah, tiada kasut lelaki pun. Mungkin emaknya meninggalkan ayahnya supaya tidak dikejar polis juga.
Pipi gebu gadis itu basah dengan air matanya yang dia terpaksa lap dengan baju Jisung. Susah untuk dia terima hakikat bahawa keluarganya mempunyai pengakhiran begini. Lagi sukar untuk dia terima kerana dia tahu eommanya membunuh diri.
“Tuan, boleh saya tahu macam mana ubat itu dihasilkan? Memang ada penawar ke?” Jisung bertanya selepas mendengarkan cerita yang diberitahu. Dia dipenuhi rasa ingin tahu.
“Kamu....?” Kening Tuan Kim bercantum tanda dia keliru.
“Han Jisung, itu nama saya.”
Tercengang lelaki dewasa itu mendengarkan nama 'Han'. Pipinya ditolak dengan lidahnya sebelum mengeluarkan sesuatu daripada kocek bajunya.
“Pastilah ada. Ayah kamu dan pak cik bertungkus lumus mencari jalan penyelesaian.” tutur Tuan Kim, menghulurkan sepucuk surat. Sampul itu kekuningan, mungkin sudah agak lama.
Dia membuka surat itu. Sekeping gambarnya terdapat di dalam semasa dia kecil. Selama ini dia tidak pernah ada gambar kerana setiap kali nak ambil mesti dia berubah. Hatinya menangis.
“Nasib baik pak cik sempat beri air itu dekat kamu.”
Mata Jisung membulat. Alamak.
“Tapi..bukan saya yang minum.”
Tuan Kim tergelak seperti apa yang diperkatakan oleh Jisung itu suatu bahan lawak. Mata Yebin digulingkan. Sebenarnya, gadis itu panik juga. Walaupun dia berlakon amnesia apa semua, dia bimbang kalau ada kesan sampingan pada dirinya.
“Itu memang tugas anak pak cik untuk minum. Kamu tak sepatutnya minum walaupun setitis.”
Memori malam itu melintas kembali ke dalam benak fikiran lelaki itu. Yebin dan Jisung berkongsi pandangan yang jelas menunjukkan mereka terkedu.
Jisung meneguk air liurnya sebelum menoleh ke arah Tuan Kim dengan ragu. “A-apa terjadi kalau saya terminum tapi sikit je?”
“Mungkin kamu akan bertukar jadi halimunan balik. Cecair itu dibuat untuk Yebin kerana pada masa kecil, kamu berdua dikaji dan dikatakan seminda.”
Kini giliran Yebin menoleh pada ayahnya. “Seminda?”
“Ya, kamu berdua ada satu talian yang sukar untuk appa terangkan.” jelas Tuan Kim dengan penuh yakin. Wajah kedua-dua remaja itu sudah macam hantu, pucat lesi sahaja.
Adakah ini bermakna Jisung akan menjadi halimunan buat selama-lamanya?

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Halimunan | H.JS
Mystery / Thriller"AAAAAAH KAU BUAT APA DALAM BILIK AKU SETAN DURJANA PEROGOL TAK BERMORAL" Riuh jadinya apabila Mr. Halimunan muncul tanpa amaran dalam bilik si gadis kecoh. Namun, apakah sebabnya? Awas, anda sedang diperhati! oleh Encik Halimunan. [ HAN JISUNG X R...