TANGAN Yoona dipegang. Teruk jugak lengan halus itu lebam. Kemudian, dia pandang mata orang tuanya. Berbicara bahasa yang memang dia yakin, mama dan ayah faham sangat apa yang mahu disampaikan.
“Mama dengan ayah tak nak komen apa-apa?” Dia jongket kening. Menceberkan bibir pada tangan yoona yang masih ada dalam genggamannya.
Mama dan ayah saling memandang. Sebelum tersenyum tawar padanya. Dah ditegur dengan baik, tapi yoona kuat memberontak.
Taehyung mengeluh berat. Sempit dada memikirkan kemungkinan yang telah terjadi apatah lagi bila mama dan ayah hanya diam tak berkutik.
“Apa lagi tak kena ni, yoona?” soalnya perlahan. Langsung tak memandang pada mata gadis itu.
Dia letih. Sangat letih. Tiba dirumah tujuh pagi tadi, ini yang dia menantinya. Sekarang, dia dah buat dua tiga kerja dah. Siang malam dia kerja demi kesenangan keluarga. Tapi, apa yang adik dia buat?
“Berapa lama nak buat benda bukan-bukan sebelum yoona sedar apa yang yoona sedang buat ni akan jadikan yoona menyesal seumur hidup di depan hari?” Mendatar suara yoongi memberi amaran pada dongsaengnya.
Yoona, bukan lagi umur untuk dia tangankan. Tapi, kalau dah ditegur cara baik tak jalan, dia yakin satu hari nanti tak mustahil telapak tangan dia akan singgah juga ke muka yoona.
“Bukan salah yoona…. Tapi irene…”
“irene?” cantas Taehyung menyekat dongsaengnya daripada terus bersuara.
Dia lepaskan tangan yang sejak tadi dibelek. Direnung mata yoona tajam. “Berapa kali yoona nak salahkan orang lain atas silap sendiri? Berapa kali yoona nak tuding jari pada orang? Satu jari yoona tuding dekat orang, empat lagi jari tu dekat diri sendiri, tahu ke tidak?!” yoongi separuh menjerit.
lemahnya kesabaran dia.
Teringat akan mulut yang terbelah semalam. Apa aku dah kata pada dia,… menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri sudah rabak. Taehyung menggeleng perlahan.
“yoona tahu tak malam tadi, masa hyung duty… ada budak perempuan yang rasanya baya yoona aje. Datang jumpa hyung sebab mulut dia koyak. Bertumbuk atau kena tumbuk, hyung tak tahu sebab dia tak bercakap sepatah pun. Masa tu, Hyung nampak yoona. hyung cakap dekat dia, jangan buat perangai tak senonoh. Jangan ikut sangat nafsu yang nak suka-ria aje manjang. Sebab apa, hyung ingat dekat yoona. Tapi, hyung silap… hyung tak patut tegur dia sebab adik hyung sendiri pun…” Taehyung matikan kata.
Dia angkat tubuh. Tak guna lagi bersuara.
“Tangan adik ni macam man Taehyung?” Mama bersuara. Nadanya resah.
Taehyung senyum. “Lebam sikit aje, ma. Jangan risau sangat dan jangan manjakan dia. Biar dia tuam sendiri tangan dia. Mama dan ayah jangan masuk campur. Pandai dia cari penyakit, pandailah dia ubatkan…” Butang kemeja dibuka satu.
Taehyung terus palingkan tubuh dan menapak ke bilik.
Butang kemeja dibuka habis. Dibiarkan dadanya terdedah dijamah penghawa dingin yang baru mahu sejuk, melegakan rasa hangat dalam kepalanya. Diletak tangan atas dahi. Dia pejam mata dan cuba memekakkan telinga mendengarkan suara mama memujuk yoona. Ikut hati, ringan tangan dia nak naik ke pipi mulus adiknya, tapi bukan cara dia mendidik menggunakan kekerasan.
Entahlah…
Mata Taehyung terbuka. Entah kenapa, mulut koyak itu hadir lagi di matanya. Andai yoona ditempat gadis itu… tak sanggup dia nak bayang. Atau lebih teruk, dikhianat dan dicampak di tepi jalan seperti kain buruk.
Taehyung menggeleng berkali-kali. Dia terus bangkit. Duduk dibirai katil dan mengurut pelipis biarpun tiada rasa sakit.
MATANYA tunak memandang wajah pucat di depan mata. Baju-T itu dah dipenuhi warna merah. Melainkan hoodie hitam itu saja yang menutupnya. Dia pegang pipi gadis itu perlahan. Kemudian dia pandang sekeping kertas yang diisi dengan maklumat pesakit.
“park jimin?” Kening Taehyung naik.
Jimin angkat kelopak mata, membalas renungan doktor bila namanya diseru. Dia nampak doktor senyum tapi dia tahu, senyuman itu adalah senyuman yang dipaksa.
“Apa dah jadi ni?” soal Taehyung cuba berbahasa.
Jimin tunduk. Tak berkata apa melainkan rela saja hujung bibirnya dibelek oleh lelaki depan mata.
“Tentu sakit, kan?” tanya dia lagi bila tiada jawapan yang dia terima.
Sepi.
Taehyung ukir sengih senget. Sakit sangat gamaknya sampaikan nak buka mulut pun tak boleh dah. Tahu sakit, tapi cari penyakit. Dia, walaupun seorang doktor, tak pernah lagi dia doakan manusia ni jatuh sakit. Eloklah kalau semua orang sihat. Dia pun tak rasa pening kepala.
“Luka awak ni kena jahit. Mungkin tinggal parut. Tak kisah, kan?” soal Taehyung lagi. Dia dah bersedia untuk menjahit luka sepanjang hampir dua sentimeter itu.
Dahi jimin berkerut seketika. Tapi, dia angguk kemudiannya. Setuju. Dia bukan doktor walaupun dah biasa sangat rawat diri sendiri. Dan andai ini yang doktor muda ni kata, dia akan ikut aje.
“Saya tak bius…”
Sekali lagi jimin angguk.
“Kalau rasa sakit sangat, menangis ajelah. Saya dah biasa…” Senyuman senget Taehyung terukir tajam.
Jimin tunduk tapi serentak itu juga, Taehyung paut wajahnya. Menjadikan wajah mereka sedikit rapat hingga helaan nafas Taehyung mampu menyapa telinganya.
Tusukan pertama, mata jimin terpejam rapat.
Tingkah Taehyung mati seketika. Dipandang bening mata gadis itu lama. Dia perasan akan genangan air jernih yang nak terbit tapi diseka laju oleh jari jimin. Dia senyum lagi. Tertanya sungguh dia, apa yang dah jadi.
Tusukan kedua, jimin buka mata. Seperti alah bisa tegal biasa. Dia renung mata kuyu doktor yang sedang merawatnya. Langsung tak ada niat hendak berkata-kata. Melainkan diam seribu Bahasa.
“Saya tahu saya kacak. Tapi, jangan tenung saya gitu. Awak buat saya hilang fokus. Nanti habis rosak muka cantik awak ni, saya jahit…” sinis Taehyung.
Jimin larikan pandangan. Mahu tunduk namun sekali lagi pipinya dipaut oleh telapak tangan kasar Taehyung.
“Jangan gerak…” Bisikan Taehyung berhembus tepat atas batang hidungnya. Tajam matanya merenung jimin.
“Saya biasanya tak hilang fokus. Tapi sebab awak, saya memang boleh hilang fokus…”
Liur ditelan kasar. jimin terus menyepi. Membiarkan Doktor Taehyung menjahit tepi bibirnya yang koyak.
...bersambung