Jaejoong memandang wajah anak lelakinya. Wajah itu sentiasa tenang. Hanya sekali dia tengok wajah itu berkerut dan itu pun dah lama. Yang menjadi mangsa wajah berkerenyuk itu dulu adalah jimin. Rupanya, yoongi cuba lindungi perasaan sendiri pada gadis itu.
“yoongi dah siap semua dah?”
“Ya, yah…”
Jaejoong angguk sendiri. Dah banyak hari tak berniaga. Dah banyak hari jugak dia tak jumpa jimin. Apa khabar budak tu, tak tahulah.
“yoongi ada jumpa jimin?”
Tangan yoongi yang sedang mengemas beg galas terhenti. Tak memandang ayah sebaliknya hanya merenung beg galas sendiri.
“Tak, yah…” jawab dia sudahnya.
Kali terakhir adalah tiga empat hari sudah. Semasa keluarga Taehyung datang ke kedai mereka tanpa petanda. Sewaktu Taehyung muncul akhirnya menjadi penyelamat pada jimin seperti sebelum-sebelum ini dan dia hanyalah pelakon tambahan dalam kisah mereka.
Watak tak penting. Tiba masa, watak seperti dia akan dimansuhkan dulu. Akan lenyap. Akan dilupakan orang. Watak tempelan orang kata demi menguatkan sesuatu perjalanan cerita.
“Kenapa tak jumpa dia? Lagipun, yoongi tak cakap lagi dekat dia kan yang yoongi nak pergi dah…”
“Dia dah tahu…”
“Tahu daripada orang lain dengan tahu dariapda mulut yoongi sendiri, itu dua perkara berbeza, yoongi,” tegur jaejoong perlahan.
“Kalau yoongi suka dia, kenapa tak cakap betul-betul dekat dia? Kalau sayang dia, cinta dia… kenapa tak mengaku? Bukan baru semalam tapi dah setahun lebih yoongi dok simpan rasa tu sorang-sorang. Jangan ingat ayah tak cakap apa, ayah tak tahu. Ayah orang tua yoongi. Ayah memerhati. Kamu tu tiap kali balik, kata benci nak tengok jimin, tapi kamu pergi jugak tolong ayah dekat kedai. Padahal ayah boleh aje pergi sendiri. Kalau bukan sebab perasaan kamu pada dia, sebab apa lagi?” Panjang jaejoong membebel.
Tak pernah lagi dia membebel gini gaya pada yoongi. Tiada sebab untuk membebel sebab yoongi anak yang baik. Tapi sekarang, yoongi dah berlaku kejam pada jimin. Tak baik begitu apatah lagi dia juga terkesan dengan renungan jimin pada yoongi. Renungan yang punya rasa yang sama seperti yoongi.
Atau yoongi ni tak pernah mengerti?
“yoongi tak nampak ke apa yang ayah nampak selama ni?”
Dahi yoongi berkerut. “Apa yang ayah nampak dan apa yang yoongi tak nampak?” Tak faham dengan soalan ayah. Tiba-tiba aje.
“Ayah nampak macam mana pandangan jimin pada yoongi. Ayah nampak gelisahnya dia bila kamu ada. Ayah nampak beratnya hati dia setiap kali nak berpisah dengan kamu. Kamu tak nampak semua tu? Jangan kata tak perasan… ayah memang tak boleh nak terima alasan kamu tu,yoongi.” Keras nada jaejoong pada akhir ayat.
Yoongi lepaskan nafas pendek. Dia angguk perlahan. Dia perasan. Sedar sangat dengan tingkah jimin. Kadang-kadang sengaja mencari gaduh dengan dia. jimin begitu rindukan dia bila dia tiada.
Andai dia mampu undurkan waktu.
Tak lama. Cukuplah sekadar waktu belum Taehyung muncul. Tapi, segalanya dah terlambat. jimin dah ambil cincin pertunangan Taehyung. Di depan dia dan dialah yang menjadi saksi. Biarpun jimin tak senyum tapi renungan mata antara jimin dan Taehyung dah bercakap begitu lantang pada pendengarannya.
“Dah terlambat sangat dah, yah…” yoongi paksa dirinya senyum biarpun mata tak memandang pada mata jaejoong.
“Apa yang lambatnya, yoongi?” Lemah semangat jaejoong dengan cara anak seorang ni. Tak bermula lagi dah kata lambat.