SEJAK tadi, jimin hanya gelak tak henti-henti dengan cerita dongeng daripada heechul halmeoni. Maacm-macam orang dulu kala ni. Nak-nak cerita daripada zaman Jepun dulu. Aduhai…
Hingga siap pemeriksaan kesihatan daripada Doktor Taehyung, barulah dia mampu bernafas dengan betul. Jika tidak, nafas dia rasa tersangkut.
“Beria awak gelak, ya?” tegur Taehyung.
Jimin yang dah siap membantu Taehyung mengemas barang, hanya jongket kening. Terukir senyum tipis pada bibirnya.
Tenang.
Damai.
“Kalau saya tak datang sini, susah betul nak jumpa awak sekarang…” Muncung Taehyung keluar sedepa.
Dia sendiri pun sibuk. Tapi, dia tetap curi peluang untuk datang buat pemeriksaan kesihatan amal dekat rumah harapan ni. Kerana dia tahu, di sinilah wajah yang sentiasa dia rindu itu ada. Di sinilah rumah jimin sekarang. Siang malam, gadis itu hanya di sini. Menjadi salah seorang sukarelawan di sini. Paling penting… Taehyung tunak memandang jimin.
Cantiknya la hai Tambah pula dah suka senyum dan ketawa. Tak macam dulu.
“Bila nak cuti ni?” soal Taehyung.
“Saya memang sentiasa kerjalah. Sampai masanya, saya cutilah…” jawab jimin tersenyum malu.
“Awak tak nyesal?”
“Nak nyesal kenapa?” tanya jimin kembali.
“Entah-entah, awak tak yang menyesal pilih saya? Padahal ramai doktor muda belia, cantik jelita dekat tempat kerja awak tu. Ni mesti rasa berat hati, kan?”
“Hey… tengok oranglah. Tak mainlah berubah hati…” Taehyung mencebek. Dia gantung beg ke bahu. Dah sedia untuk berlalu.
Mereka sama-sama menapak ke pagar. Taehyung hentikan langkah. jimin juga. Taehyung menoleh dan menatap jimin sepenuhnya. jimin hanya tunduk.
“Hujung minggu ni kita nak nikah dah. Tapi, kita masing-masing sibuk dengan kerja kita lagi. Saya harap lepas ni, saya akan ada masa untuk awak. Saya tak nak awak sendiri lepas jadi isteri saya…”
“Hey, jangan cakap gitu. Saya faham tugas awak. Saya bangga bakal suami saya ni banyak bantu masyarakat. Macam sekarang ni…” Sempat jimin menceberkan bibir ke sekitar rumah harapan.
Orang-orang tua di sini, semuanya tak berkemampuan. Ada anak, tapi semuanya tak nak hiraukan orang tua. Andai datang pun, seketika Cuma… sekadar menambah garis luka dalam jiwa, buat apa. Elok tak payah datang langsung.
Dia pula, sibuk nak menumpang kasih dengan ibu ayah orang lain. Apa nak kata, bila diri sebatang kara.
“jimin?” seru Taehyung bila melihat jimin seperti hanyut dalam emosi sendiri.
“Awak okey ke?”
“Apa yang tak okey ni, Doktor Taehyung?” tanya Isra dalam senyuman. Tak faham betul dia. Sejak tadi tanya okey ke tidak. Dia baik-baik aje.
“Takkan sebab saya nak kita buat majlis kahwin aje awak rasa saya tak okey?” duga jimin.
Manalah tahu… Taehyung mampu. Cuma dia tak nak membazir.
“Bukan tu…”
“Habis tu?”
“Err…” Bicara Taehyung mati. Tak daya nak meneruskan kata. Tak nak ungkit lagi yang dah berlalu. Nampak jimin pun seperti dah lupa atau buat-buat lupa.