PENING kepala dengan luahan hati yoona. Sejak malam tu, langsung tak keluar lagi dah. Elok jugak macam tu. Tak adalah dia risau sepanjang masa. Tapi sekarang ni, masalah lain pulak timbul sampaikan yoona marah dia tak sudah-sudah.
“yoona sampai sekarang tak boleh terima dia tu perempuan, Hyung…” Tak dapat dia terima hakikat. Terkejut bukan kepalang.
Yang menyelamatkan dia selama ini adalah seorang perempuan. Perasaan dia mendarat pada tempat yang salah. Macam mana perempuan boleh sebegitu gagah dan ganas? Tak boleh terima dek akal.
“Apa yang tak boleh terimanya, yoona? Dah dia memang perempuan tapi hyung tak salahkan yoona. Dengan keberanian dia, perempuan mana tak terpikat. Dia lawan orang untuk lindungi perempuan lain. Sampai dia luka. Bukan sekali, tapi dua kali. Dan cedera tu parah jugak. Orang yang dia selamatkan mesti rasa bersalah. Dahlah tak dengar orang larang,” sindir Taehyung.
“Hyung tak boleh ke tak sindir yoona?” Bibir diketap kejap. Taehyung ni, tak lumor garam pada luka dia, tak sah gamaknya.
“yoona terasa?” Taehyung kerling adiknya tajam. Dahlah kepala tengah serabut ni. yoona mendengus.
“Eloklah kalau yoona terasa. Tapi hyung tahu, yoona susah lagi nak terima nasihat hyung. Tak apa. hyung sabar sampai masa hyung menang,” ujar Taehyung dan dia terus bangkit daripada kerusi meja makan.
Bercakap dengan yoona, seperti mencurah air ke daun keladi. Baik dia pergi kerja. Hati ni, jimin akan keluar. Itupun dia tahu daripada yejin bila dia langsung tak jenguk lagi jimin secara dekat. Dia hanya pergi bila gadis itu benar-benar terlena. Kerana kali terakhir itu, begitu memeritkan.
“Mama tengoklah hyung tu…” bebel yoona sebaik saja Taehyung hilang daripada pandangan.
“Mama dah selalu tengok hyung. Tapi, yoona tu haa…”
“Mama!” Rahang yoona turun naik. Semua orang dalam rumah ni memang sengaja carik pasal dengan dia. Tak tahu ke hati dia tengah remuk ni?
“Yang terjerit dekat mama tu dah kenapa, yoona?” tegur papa tegas. Sejak tadi hanya jadi pendengar pada sesi luahan dua beradik ni. Macam-macam hal.
“yoona yang dah banyak timbulkan masalah. Betullah cakap Taehyung tu. Kalau bukan sebab budak perempuan tu, yoona entah mana-mana sekarang. Lepas tu boleh pulak nak buat drama aksi-romantik? Tak sedar orang tu perempuan? Tengok… berapa banyak kesilapan yang yoona nak buat dalam satu masa? Dahlah tak tahu jaga diri, tak nak dengar cakap orang tua. Apa nak jadilah yoona ni…” Usai bersuara, papa bangkit dan terus masuk ke bilik.
Mata yoona berair. Memandang mama, berharap pada belas ihsan. Dia benar-benar marah. Rasa tertipu. Kenapa jimin tak cakap pada dia. Kenapa mesti sampai dia jatuh suka? Kenapa mesti nak ambik berat tentangnya hingga dia silap faham?
“Tak perlu yoona nak marah atau menangis. Benda ni bukan silap budak tu. Semua silap kita sendiri. Boleh jadi masa inilah yoona boleh muhasabah diri tentang apa yang dah jadi. Contoh dah ada depan mata. Tengok… orang buat baik dekat yoona. Tapi, sedihnya bila yang buruk terjadi pada dia. Mama tak kata mama suka anak mama selamat dan anak orang terluka… tapi mama sedih bila yoona tak dapat pandang hikmah di sebalik semua ni melainkan yoona pentingkan perasaan sendiri. Rasa diri terluka kerana jatuh cinta dekat kaum sejenis tanpa yoona tahu keadaan sebenar. Susun balik perasaan tu, yoona. yoona dah besar. Fikirlah tentang apa yang dah jadi ni. Fikir kesan pada perasaan budak perempuan tu dan juga perasaan Taehyung bila dapat tahu pesakit dia tu cedera sebab bantu adik dia. Mama dah tak larat nak layan karenah yoona…”