11

106 14 1
                                    


Berkali-kali deringan tapi langsung tak bersambut.  Tak bangun ke budak ni?  Heh.  Situ pulak dia fikir.  Jarum jam sudah bergerak ke angka enam setengah pagi.  yoongi mundar mandir dalam bilik. Saat ini, ayah muncul di muka pintu.  Tersenyum. 

“Tak dapat telefon dia ke?” 

“Err… telefon siapa, yah?”  Pandai dia berlakon sedangkan pandangan ayah dah penuh syakwasangka.

“Bukan yoongi telefon jimin ke?” 

“Eh, taklah.yoongi telefon kawan…”  Banyaklah kau kawan.  Sejak bila pandai bohong ayah ni.

“Dah pandai mengelat yoongi ya?”  perli ayah.

Yoongi sengih garu kepala.  Macam mana ayah boleh tahu ni. 

“Tak payahlah malu dengan ayah, yoongi.  Ayah tahu yoongi pun risau dekat dia, kan?  Telefonlah.  Ayah pun nak tahu jugak dia macam mana dah banyak hari tak jumpa ni…”  Pintu ditutup kembali.

Jaejoong berlalu dalam senyuman.  Hati yoongi hati yang mudah ditelah.  Usah dibohongi.  Dia boleh tahu. 

Adeh… hijau rasanya muka dia bila ayah bertanya demikian.  Tapi, tak kisahlah.  Nombor jimin dihubungi sekali lagi.  Masih tiada jawapan dan bila dia hampir putus asa, suara perempuan menyapa di hujung talian.

“jimin?”  panggil yoongi.

“Ya, ni telefon Cik jimin…”

“Ni siapa?”  Sejak bila jimin ada kawan ni?  Dan, macam mana awal pagi ni ada orang lain jawab? Kena curi ke?

“Cik jimin sekarang masih tak sedarkan diri…”

“Apa?”  Tubuh yoongi terangkat. 

“Dia kat mana sekarang?”

“hospital, encik.  Encik ni warisnya ke?  Kalau betul, eloklah kalau encik datang…”

“Ya, saya.  Ya saya…”  Dua kali dia jawab benda yang sama.

Ya saya?  Waris jimin ke dia?  Jeans disarung.  Jaket kulit hitam itu dicapai dan kunci motor juga.  Helmet fullface sudah sedia dikelek. 

“Eh, yoongi… nak pergi mana kalut-kalut ni?”  jaejoong bangkit dengan wajah cuak.  Tak pernah dia tengok yoongi macam ni.

Kali terakhir dulu bila dia hampir dirompak.  Tapi sekarang…

“Apa tak kena yoongi?”  Dia dekati yoongi yang sedang menyarung kasut. 

“jimin masuk hospital, yah…”

“ apa dah jadi?”

“Entahlah, yah.  yoongi tak tahu.  Tapi semalam, dia memang nampak sakit.  Cuma bila yoongi tanya, dia cakap dia okey…”

  Mengeluh kesal jaejoong dengan anak terunanya.  Tak kan tak tahu lagi sikap jimin yang perahsia tu. 

“…sejak bila jimin tu suka mengaku kalau dia sakit?” 

“Ya, yah.  Silap yoongi semalam tak berkeras.  Tapi, ayah jangan risau.  yoongi pergi kejap.  Nanti yoongi call ayah…”  Bahu ayah dipegang dan diusap perlahan.

“Ayah jangan risau ya?”yoongi cuba senyum.

Jaejoong pegang tangan yoongi.  “Bukan ayah yang risau sangat sekarang.  Tapi, yoongi yang nampak risau sangat…”

Liur yang ditelan terasa payau dengan kata-kata ayah.  Tangan kasarnya terasa menggigil.  Apa dah jadi dengan aku ni?  Dia pandang tangan sendiri sebelum kembali pandang ayah yang sedang senyum.

“Pergilah.  Nanti telefon ayah,” suruh jaejoong.

Tak berkata apa, yoongi melangkah keluar.  Motor itu dipanjat dan sekelip mata, dia terus memecut laju dalam kedingin awal pagi. 

Jimin… kau degil!  Kau memang suka sakitkan hati aku!  Sejak dulu!  Rasa nak aje dia jerit pada jimin. 

Kelajuan motornya bertambah. 

Tunggu, jimin.  Tunggu! 


SEJAK jam tiga pagi, dia di sini.  Memerhati wajah itu.  Ini pun semua orang pelik.  Kata tak sihat tapi tiba-tiba muncul mencempung seorang perempuan yang terkulai dalam pelukan.  Taehyung berdiri tegak.  Langsung tak dihirau akan jururawatnya yang juga ada di sisi. 

“Keadaan dia dah stabil, doktor.  Luka dia pun saya dah cuci.  Jahitan dia tak terbuka.  Cuma ada sikit jangkitan.  Cuma, tekanan darah dia masih lagi tak stabil.  Cuma tak bahaya,” terang jururawat tersebut seraya menghulurkan laporan tentang jimin yang masih tak sedarkan diri. 

Pertama kali… Taehyung lihat rambut jimin.  Andai tidak, jimin suka tutup kepala dengan hoodie.  Rambut pendek seperti seorang lelaki. Lurus dan begitu lembut menyentuh lengan sasanya sewaktu dia gendong gadis ini masuk ke wad kecemasan. 

“Nanti kalau ada apa-apa, panggil saya, ya?”  pesan Taehyung dalam senyuman penat.

“Iyalah, doktor…”  Hai… memang sah gadis ini istimewa dalam diri Doktor Taehyung.  Andai tak, tak kanlah sampai sanggup dukung segala. 

“Yang Eonni senyum ni kenapa?”  Dengan jururawat senior, dia lebih suka panggil Eonni.  Rasa lebih mesra.  Lagipun,yejin memang banyak bantu dia. 

“Ni awek doktor, kan?” 

Taehyung ketawa kecil.  Tak habis-habis lagi gossip rupanya. 

“Eonni rasa dia sesuai tak jadi awek saya?” 

Yejin pandang jimin yang masih bernafas dengan bantuan oksigen.  Memikir jawapan dengan menilai jimin melalui pandangan mata kasar.  Dia ingat macam mana kalutnya Doktor Taehyung membawa jimin masuk menerima rawatan.  Dia tahu luka itu kerana pisau.  Andai bukan budak liar, tak kanlah ada orang nak tikam? 

Ingat juga pada parut pada tubuh jimin malah tepi bibir itu juga, luka itu masih nampak segar biarpun sudah dirawat.  Nak digandingkan dengan Doktor Taehyung?   Memang jauh panggang dariapada api.

Doktor Taehyung adalah  seorang yang begitu lembut hatinya.  Yang tak lokek dengan senyuman dan tak berat untuk memberi bantuan. 

“Eonni tak rasa doktor suka dia.  Doktor memang suka tolong orang.  Eonni tahu tu.”

Taehyung senyum lagi.  Kata-kata Kak Meera dah cukup jelas jawapannya.  Dia kembali tenung jimin.  Nampak tenang lenanya.  Kalutnya dia saat kepala jimin terkulai di atas bahunya… seperti direnggut tangkai jantung. 

Taehyung peluk tubuh.  Menyangkut stetoskop di leher. 

“Saya nak bayar hutang saya pada dia dengan diri saya, aci tak, Eonni?” 

“Hah?  Hutang apa?”  Terkejut yejin dengan pertanyaan Doktor Taehyung. 

“Saya ingat dia berhutang dengan saya.  Tapi, rupanya saya yang berhutang dengan dia, kan.  Hutang yang tak boleh nak dibayar dengan duit ringgit.  Jadi, boleh tak saya bayar hutang tu dengan diri saya?”  Taehyung kenyit mata.

Mata yejin bulat.  “Jangan carik pasal, doktor…”  Dia pandang pula jimin.  Dahi berkerut lebat.  Tak sesuai!  Hutang apalah hinggalah Taehyung mahu pertaruhkan diri sendiri ni.

“Agak-agak dia sudi tak terima saya sebagai bayaran semua hutang tu?”  soal Taehyung lagi dan kali ini lebih pada diri sendiri. 

Suara jimin padanya sebelum gadis itu jatuh pengsan malam tadi kembali berbisik. 

“Kalau lepas ni saya luka atau sakit, boleh saya jumpa doktor lagi?” 

Taehyung ketap bibir menahan senyum.  Tak nak ketara sangat di mata yejin.  Dia dekati katil jimin.  Membongkok dan menongkat tangan pada birai katil.  Ditilik sepenuh hati wajah jimin. 

Kacak atau cantik… entahlah.  Kacak gamaknya sebab tu adik perempuannya dia tergila-gilakan jimin.  Cantik boleh jadi… kerana itu pandangan mata dia susah nak lari. 

“Ya, jimin.  Usah kata luka atau sakit.  Awak sihat pun, saya nak awak datang jumpa saya,” bisik Taehyung memberi jawapan pada soalan gadis itu biarpun dia tahu, jimin tak mendengarnya.  










...tobecontinue

BLACK SWANWhere stories live. Discover now