18

92 9 0
                                    

MEMANDANG wajah yoongi yang sedang sibuk menghadap skrin notebook itu, mengundang sayu dalam dada jaejoong. 

“Tak tidur lagi, yoongi?” 

Yoongi angkat kepala dan menggeleng.  “Nak settle satu dua benda lagi, yah… sebelum nak submit semua benda ni.  Nanti tak kelam-kabut bila dah pergi sana…”  Keputusannya nekad. 

Tak kisahlah terlepas jimin.  Dia masih ada cita-cita di depan. 

“Tadi, bila ayah tanya yoongi kata nak hantar jimin.  Nak cakap baik-baik dengan dia.  nak cakap tentang yoongi nak pergi.  Tapi kenapa yoongi biar dia balik sendiri jugak…” 

“Dia balik dengan Taehyung, yah.  Lagipun, yoongi follow belakang tadi sampai depan taman rumah dia.  Taehyung tu baik, yah.  Masa susah jimin, dia yang banyak bantu.  Bukan yoongi…”

“Habis tu, setahun sebelum ni… bukan yoongi ke yang bantu…” 

Yoongi sengih.  Memandang ayah.  Hai… tak boleh fokus dia. 

“Itu lain, yah.  yoongi rasa bersalah sebab marah dia bila budak-budak tak guna tu kacau kedai.  yoongi ingat budak-budak kawan dia.  yoongi tak tahu.  yoongi cuba minta maaf lepas tu tapi ayah kenal ajelah perangai jimin tu.  Kalau dia dah nekad, dia tak toleh lagi dah.  Dia tegur yoongi bila yoongi jaga kedai pun, sebab perlu.  Kalau tak, dia memang tak pandang.  Jadi, sebagai tanda kesal yoongi, setakat itu ajelah yoongi mampu buat untuk dia, yah.  yoongi tak rasa ralat apa pun.  jimin buat tindakan betul…”  jelasnya pada ayah yang nampak salah faham. 

“Ya, ayah tahu dia baik.  Ayah tak kata dia jahat.  Tapi, entahlah.  Mata orang tua macam ayah ni  pandang dia nampak macam kecewa aje bila yoongi tak hiraukan dia.” 

“Hiraukan macam mana lagi, yah?  Apalah yang yoongi mampu buat melainkan tengok dia daripada jauh.  Setidak-tidaknya, bila dia dengan Taehyung… Taehyung boleh rawat luka dia…”

“Masalah sekarang ni bukan luka dekat tubuh dia, yoongi,”  cantas jaejoong. 

“Tapi luka dekat hati dia.  Ayah yakin, dia nak yoongi tanya khabar dia.  Cuma dia sekat rasa tu sebab dia nampak yoongi memang benci dia.  Perasaan ni, yoongi… ada masanya kena luahkan.  Baru orang kat sana mengerti…”  Kesal pulak jaejoong dengan anak bujangnya. 

Makin berumur, makin pelik. 

“yoongi tak kesal ke kalau jimin tu pilih orang lain?” 

Yoongi sengih seketika.  Garu kepala tak gatal. . 

“Apa nak kesal, yah.  Bila dia memilih, maknanya dia sedia nak bahagia.  Yang yoongi akan kesalkan, kalau jimin tu tak pilih sesiapa.  Dia pilih untuk hidup sendiri macam sebelum-sebelum ni, lagi yoongi kesal.” 

Jaejoong kehilangan kata.  Dalam sungguh rasa sayang yoongi pada jimin.  Sampaikan tak terluah. 

“yoongi pergi ke tidak rumah dia malam tu?” 

“Pergi…”  Bila dia ingat, lampu bilik jimin dah gelap masa tu.  Tak nampak apa.  Gamaknya dah tidur. 

“Pergi pandang tingkap ajelah, ya?”  jaejoong dah tahu sebenarnya aktiviti Si yoongi yang satu tu.  Pandang tingkap rumah jimin. 

Orang kata, tak dapat tengok orang… tengok bumbung rumah pun jadi.  Tapi ini, sampai bila nak pandang tingkap rumah orang.  Lama-lama orang boleh syak bukan-bukan. 

“Dah lewat malam nak panggil dia, yah…”

“Ayah ada telefon dia malam tu.  Mati-mati ayah ingat yoongi pergi jumpa dia nak cakap yang yoongi nak ke luar negara tak lama lagi.”

BLACK SWANWhere stories live. Discover now