6

148 11 1
                                    

TIGA pasang mata saling memandang bila melihat Taehyung yang tersengguk di meja makan.  Mama, papa dan yoona… masing-masing buat muka pelik.  Tak pernah-pernah lagi Taehyung tersengguk di meja makan ni.  Paling tidak, makan dulu… lepas tu baru sambung rehat. 

“Taehyung tak tidur langsung ke dekat hospital?” 

“Hah?  Apa, ma?”  Mata dipisat beberapa kali.  Nasik goring kimchi kesukaan dia hanya mampu dipandang.  Tiada daya nak ditelan.  Sampai rumah jam lima pagi.  Letak kepala, terus hanyut. 

Kemudian, buka mata jam enam setengah bila bilik diketuk mama.  Dia paksa diri bangkit solat subuh dan seperti baru saja terlelap, mama kejut lagi makan. 

“Taehyung dah berapa hari tak tidur?”  Dia tahu, Taehyung memang tak kisah tentang tidur kerana tugasnya memang begitu.  Tapi, sejak nak ambik bidang pakar ni, waktu rehat Taehyung lagilah tak menentu.

“Tidur aje bila ada masa…”  Dia senyum menjawab soalan mama.  Tak nak mama risau.  Cukuplah mama risaukan yoona seorang. 

Dia terus pandang adiknya.  “yoona cuti semester ni, tak buat apa-apa ke?” 

Yoona hanya senyum dan menggeleng. 

“Semalam pergi mana?” 

“Hah, pergi mana apa?” 

Taehyung sengih sinis.  Saja dia serkap jarang tapi daripada cara yoona jawab, nampak sangat budak ni keluar malam tadi.  Balik entah pukul berapa. 

“yoona keluar sampai tengah malam, jadi apa-apa Hyung tak akan tolong…”  Taehyung terus bangun. 

Dia betul-betul perlu lelap seketika sebelum perlu bergegas ke hospital untuk susuli kes malam tadi.  Ikut hati, dia nak tidur dekat hospital… tapi dia tak nak buat orang tak selesa.    

“Hyung tak elok doakan yoona macam tu…” 

Teguran yoona buat Taehyung matikan langkah.  Dia toleh.  Mata yoona nampak sayu. 

“Hyung tak doakan yoona tapi hyung pesan.  Itu peringatan.  yoona nak simpan atau nak buang, ikut yoonalah.  You’re a big girl, kim yoona.  Boleh fikir mana baik, mana buruk.  Ingat pesan hyung…”  Terus dia sambung langkah masuk ke bilik. 

Yoona memandang orang tuanya.  Selera makan dia hilang langsung. 

“Hyung tu, asyik marah yoona aje…”

“Hyung marah ke macam tu?”  soal papanya.

Yoona tunduk.  Mama mengusap belakang.  “Betul kata Hyung tu, yoona.  Tiga empat malam sudah, yoona balik mengadu ada budak lelaki kacau.  Syukurlah ada yang tolong yoona tapi semalam yoona keluar lagi sampai lewat malam.  Mama tak cakap dekat hyung sebab tak nak buat dia risau.  Dia dahlah banyak kerja.  Berhari-hari tak tidur.  Semua abang buat tu nak senangkan kita.  Nak senangkan yoona.  Jangan buat abang risau, ya?” 

Yoona tak bagi tindakan.  Dia hanya pandang nasik dalam pinggan.  Dia tahu jaga diri.  Semalam ini, elok aje.  Cuma malam tu aje salah perhitungan.  Tapi, dia dah jumpa hero di hatinya. 

“yoona nak masuk bilik dulu…”  Terus dia bangun.

Encik Namjoon dan Puan Seokjin saling memandang. 

“Patut saya tampar aje budak yoona ni.”  Geleng kepala Encik Namjoon dibuatnya dengan sikap yoona ni. 

“Dia bukan lagi umur untuk ditampar, bang…”  Betul kata suaminya, tapi umur sekarang adalah umur untuk yoona memberontak, andai ditegur secara kasar. 

“Saya ni, kesian dekat Taehyung.  Risau memanjang dekat adik dia…”  Nada Puan Seokjin kedengaran kesal.

“Itulah.  Rasanya, boleh dah suruh Taehyung tu kahwin.  Mana tahu, bila ada isteri… dia lebih jaga diri sendiri…” 

BLACK SWANWhere stories live. Discover now