TELEFON ayah dicapai. Senyum bila nombor yang dia carik ada. Sesekali, dia pusing belakang. Kotlah ayah muncul tiba-tiba ke. Jenuh nak menjawab. yoongi laju menyalin nombor telefon milik jimin. Jam dah bergerak ke angka dua pagi. Entah dah sampai rumah ke belum.
Risau pulak dia. Apatah lagi bila pesanan ayah berdengung.
“yoongi dengar tak ayah cakap ni…” Dia mengelamun tadi.
Laju yoongi angguk. “Dengar, yah…”
“Jangan dok buat seteru sangat dengan jimin, yoongi. Dia tak ada sesiapa. Lepas ni, paling tidak pun, yoongi tanyalah dia… dah makan ke belum. Ayah yakin, itu dah cukup untuk buat hati jimin tersentuh dan hidup balik,” pesan ayah penuh makna dan terus masuk ke bilik.
Yoongi garu dahi tak gatal. Rambut yang masih berikat turut digaru. Dia suka rambut dia macam ni. Lagipun, dia bukan lagi pelajar biasa. Dia dah tua. Cuma sekarang baru sambung belajar. Dia lebih tua daripada jimin.
Kerana pesanan ayah bagai pita perakam, dia dah jadi pencuri. Curi nombor jimin. Tapi, dah beberapa minit berlalu… dia hanya memandang nombor itu. Berkira-kira nak dihubungi atau pun tidak.
Tuhan… . Diramas rambutnya sedikit kasar. Kemudian, dia rebahkan tubuh. Memandang siling. Tak pernah sekali dia tanya soalan itu pada jimin. Tak pernah!
Kejam sangat dia layan jimin walaupun dia tahu kehidupan sukar gadis itu.
TUBUH jimin mula membahang. Hingga Taehyung di sebelah pun turut rasa bahangnya. Dia yakin, jimin mula demam. Demam terkejut jumpa dia atau kerana lukanya, boleh jadi kedua-dua sekali.
Dengan keadaan selekeh, selipar jepun, baju-T putih yang agak tipis dan seluar kerja yang belum bertukar juga rambut berserabai… dia keluar juga lepas berkeras untuk menghantar jimin dalam keadaan yoona dan mama terpinga-pinga. Lantaklah. Dia tak ada masa nak terangkan.
“Awak demam, jimin,” ujar Taehyung memecahkan kesepian.
“Saya okey…”
“Bila masa lah awak tak okey, ya?” sindir Taehyung.
Jimin ketap bibir. Ayat seperti itu, dah dua kali masuk ke telinga dia malam ini saja. Sekali daripada yoongi dan sekarang, Taehyung pulak. Patut tadi dia dia masuk aje teksi tu dan biarlah Taehyung sendiri. Tapi, Taehyunglebih laju membayar tambang teksi dan menyuruh pemandu itu berlalu. Dia terkontang-kanting pulak.
Kawasan rumah Taehyung ni, mana nak dapat teksi. Ikut hati, dia nak lari aje tapi dia sakit. Dia tengah tak sihat.
“Kenapa awak lari daripada wad, jimin?”
“Saya tak ada duit nak bayar…”
“Habis tu, sejak saya bagi awak rawatan, ada ke saya mintak awak bayar?”
“Tapi, doktor kata saya berhutang…”
Taehyung gelak kecil. “Dan awak jugak tahu cara nak bayarnya, kan?”
Jimin diam. Tubuhnya makin rasa tak selesa. Pandangannya sedikit berbalam. Sesekali, rasa ada cecair yang terpancut daripada lukanya.
“Awak buat hutang awak tu tak akan terbayar sampai bila-bila sebab awak lari daripada saya,jimin…” ujar Taehyung perlahan.
“…awak buat diri awak terikat hutang pada saya sampai bila-bila,” tambahnya.
Mendengarkan kata-kata Taehyung, otak jimin menafsir yang bukan-bukan. Ayat itu kedengaran indah tapi dia tahu, dia sudah terlalu jauh tersasar dalam mentafsirnya. Jadi dia pilih untuk diamkan diri.