14

105 8 0
                                    

TIN nescafe yang dibeli daripada vending machine itu dihulur untuk Taehyung.  yoongi labuhkan duduk di sisi Taehyung.  Memandang ke depan.  Tak menoleh langsung. 

“Bila bertunang dengan jimin?”  Taehyung memecahkan sepi antara mereka.  Hanya memandang yoongi dengan ekor mata. 

Entah kenapa, tak boleh dia nak pandang yoongi.  Terbayang kebahagian antara yoongi dan jimin biarpun dia tak pernah nampak dengan mata kepala sendiri.  Tapi, kalau dah tahap tunang… dah tentu yoongi dan jimin saling menyayangi. 

Cuma tertanya, di mana tunang ini sewaktu gadis itu disakiti?  Di mana tunang ini saat jimin memerlukan?

Yoongi senyum dan menoleh pada Taehyung.  Menggeleng perlahan.  “Bukan tunang dia.”  Jujur dia mengaku pada Taehyung.  Tiada sebab untuk dia tipu lagi.  Cukuplah dalam borang maklumat jimin aje dia tipu.

“Tapi tu…”

“Saja tulis.  Besar harapan nak macam tu malah lebih lagi.  Tapi, hati jimin hati yang tak mudah untuk dimenangi…”  Itulah yang dia rasa sekarang.  Walaupun jimin tak berkata apa tentang hal itu, yoongi yakin hati jimin tak menerima. 

Atau jimin sudah jatuh suka pada Taehyung… entahlah. 

Rasa terkejut menerpa dalam dada Taehyung.  Tapi, hatinya berbisik lega.  Jika benar apa yang yoongi baru katakan, dia lega sungguh.  Bibirnya menguntum senyuman tipis.  Barulah dia punya kekuatan membuka tin minumannya dan meneguk perlahan. 

“Dah lama kenal jimin?” 

Yoongi angguk.  “Cuma permulaan dan perjalanan itu tak berapa elok…”

“Maksudnya?” 

“Entahlah.  Nak cerita pun tak tahu nak mula dekat mana.  Senang cakap, dia kerja dengan ayah aku.  Kenal dia kat situ lama dulu…” 

Taehyung terdiam seketika.  Maknanya, antara yoongi dan jimin ada hubungan lama.  Lebih lama daripada dia. 

“Kiranya kenal jimin sangatlah, ya?” 

Yoongi menggeleng.  “jimin tu ibarat buku yang terkatup rapat.  Walaupun dibelek, barisan aksaranya begitu sukar untuk difahami.  Dalamnya tak tahulah tulisan daripada zaman mana.” 

Makinlah dahi Taehyung berkerut.  Bahasa puitis ni, bukan kepakaran dia.  Dia dah biasa belajar tentang fakta.  Sekali kena bahasa begini, kaku juga otak nak mencerna. 

Melihat pada riak wajah Taehyung,yoongi rasa nak gelak tapi hanya senyuman yang terbentuk pada bibirnya sebelum tin kopi itu kembali dirapatkan ke bibir.  Tapi, betul kata hatinya sekarang.    Dia dah terlalu lambat. 

Jika dulu dia sekadar memerhati daripada jauh, sekarang biarpun dekat… dia juga masih jauh. 

Jimin keluar hospital hari ni.  Pada mulanya memang dia nak uruskan semuanya sampai jimin sampai ke bilik.  Kalau jimin takut dia berbuat jahat, dia akan ajak ayahnya.  Tapi satu yang pasti sekarang, dia tak boleh pentingkan diri dan perasaan sendiri.  jimin yang terutama sekarang.yoongi ukir senyum tipis.  Tak berkata apa lagi. 

By the way, aku tanya benda boleh?”  Taehyung mula beranikan diri.  Semangat yang sejak beberapa hari rapuh, kembali ampuh dengan pengakuan yoongi.

“Apa?”  Kening lebat yoongi terangkat. 

“Aku off lepas lunch.  Aku nak minta izin nak hantar jimin, boleh?” 

Hah?yoongi hampir ternganga.  Biar betul Taehyung ni siap minta izin lagi.  Dia ni, siapalah pada jimin tu.  Untuk terima benci jimin pun rasa tak layak sekarang, apatah lagi membuat keputusan dalam hidup gadis itu.

BLACK SWANWhere stories live. Discover now