TIDAK dapat tidak, Taehyung hentikan keretanya bila jimin benar-benar berkeras nak dia berhenti di situ. Entah manalah rumah gadis ini. Rasa nak tahu meluap-luap. Tapi, apakan daya… jimin sepertinya tak sudi untuk terima kehadiran dia.
“Awak tak sihat elok lagi, jimin. Berat sungguh hati saya nak biar awak turun dekat sini. Saya tolong awak sampai depan rumah awak pun jadinya…” Dipandang rumah flat lima tingkat depan mata.
Ni sah-sah tak ada lif. Dengan luka yang begitu baru, macam mana jimin nak panjat kalau rumahnya di tingkat atas. Dan, dia juga pernah hidup bujang. Biasanya orang bujang ni rumah paling atas, paling hujung.
“Awak mesti duduk atas sekali, kan?” duga Taehyung.
Jimin tak menjawab. Menguatkan lagi andaian Taehyung.
“Tepat rasanya sangkaan saya ni. Jadinya…” Taehyung buka tali keledar. Dia turun laju.
Melihat Taehyung yang menapak ke arahnya, jimin cepat-cepat buka pintu dan cuba turun tapi tangan Taehyung lebih pantas menahan pintu dan membuka untuknya.
Pertama kali… dia rasa seperti seorang puteri biarpun jauh panggang daripada api.
“Jangan layan saya baik sangat, KIM TAEHYUNG…” jimin bangkit dalam kepayahan.
Taehyung hanya senyum. “Kenapa? Tak sudi?”
“Bukan masalah tak sudi tapi saya dah banyak terhutang budi…” Selebihnya, dia memang tak nak Taehyung tengok bilik dia menyewa. Dia hanya mampu sewa bilik. Lagipun, nanti apa kata jiran tengok dia balik dengan lelaki.
“Awak dah silap, jimin. Saya yang terhutang budi dengan awak. Pasal adik saya. Bukan sekali, tapi berkali-kali hingga awak cedera teruk…”
“Itu dah tanggungjawab saya tolong pada yang memerlukan…”
“Dan awak juga tanggungjawab saya kerana awak memerlukan saya…” Taehyung terlajak perkataan.
Jimin kerutkan dahi. Taehyung tayang wajah tenang biarpun gelora dalam dada mula menggila dengan keterlanjuran sendiri.
“Saya harap doktor tak maksudkan apa yang doktor cakap tu…”
“Kalau saya cakap saya maksudkan?” Rasanya dia dah malas nak berbolak-balik ; menggunakan ayat puitis seperti yoongi.
Dia tak reti!
“Maksud, doktor?”
“yoongi dah mengaku…”
“Apa?”
“Awak bukan tunang dia…”
“Saya pun tak pernah mengaku dia tunang saya,” balas jimin.
Taehyung senyum sinis. “Tapi, tak pernah pulak awak bantah…”
Jimin tunduk. Saat itu tak mampu dia nak bantah. Dan, jika dia bantah di depan Taehyung, apa niat dia sebenarnya? Buat apa dia nak bersungguh menafi? Lagipun, semuanya memang lakonan.
Dia dan yoongi hanya bertahan Cuma beberapa hari dalam hubungan sebagai ‘tunang’ itu. yoongi dah putuskan.
“Saya memang bukan tunang dia,” beritahu jimin sudahnya.
Taehyung ukir senyum. “Bukan jugak yeojachingu dia, kan?”
Kepala jimin jatuh. “Dia Cuma anak tauke saya…”
“Makna kata, saya ada ruanglah dalam diri awak?” soal Taehyung telus.
Kali ini, kepala jimin terangkat. Memandang Taehyung dengan pandangan yang dia sendiri tak tahu, apakah maknanya. Kata-kata Taehyung jelas. Tak seperti yoongi. Setiap bicara yoongi buatkan dia menggagau di dalam cahaya yang terang benderang. Hingga akhirnya, dia tersesat.