DAH dua hari dia masuk kerja. Dah malam juga, batang hidung yoongi langsung tak nampak. Boleh jadi sebab jaejoong ahjussi dah sihat dan turun sendiri ke kedai. Jadinya, yoongi tak muncul langsung. Sibuk dengan persiapan gamaknya.
Itulah dia… orang dah cerdik pandai. Terbang ke mana saja. Mengejar cita-cita sendiri. jimin termenung di depan meja yang baru saja dia lap. Memandang kosong pada kain lap namun fikirannya jauh dicampak ke merata tempat. Tak fokus. Cuma tertanya sendiri, pernah ke dia ada cita-cita? Entahlah. Dia sendiri dah lupa apa itu cita-cita. Pernah ke dia pasang impian nak menjadi seseorang?
Melihat betapa bangganya jaejoong dengan yoongi, saat itu dia mahu pasang angan. Tapi, daripada berangan benda yang tak boleh capai eloklah andai dia hargai peluang yang sedang ada dalam genggaman.
Dan sekarang, dipertemukan dengan Taehyung… hati jimin mengeluh tipis. Bagaimana dia mahu bergandingan dengan putera berkuda putih itu sedangkan dia hanyalah angsa hitam. Hakikatnya, angsa ini sedang dipandang Cuma dia begitu takut untuk menggantung harapan. Bagaimana jika dunia sekali lagi menghakimi. Bagaimana jika putera berkuda putih itu akhirnya jatuh terpelanting sewaktu membawa dia menunggang bersama? Saat itu, mampukah dia teruskan tunggangannya sendiri?
Tidak!
Hati jimin kuat menafi.
“Boleh duduk sini?”
“Hah?” Disergah begitu, jimin terpinga-pinga.
“Ya, boleh…” Laju dia menoleh dan wajahnya sekali lagi berkerut. Rambut yang dah sedikit panjang diselit belakang telinga.
“Err… kalau tak silap…”
Yoona sengih sinis. Dikerling kawan baiknya di sisi kemudian duduk tanpa berkata apa. jimin cam dia.
“Kenapa? Terkejut tengok aku dekat sini?” Soalan yoona kedengaran kasar.
Tapi, langsung tak berbekas pada perasaan jimin. Dia terus lap meja dan mengeluarkan kertas dan pen daripada poket apron.
“Nak apa, ya?” soalnya sopan.
“Bagi ais. Nak siram dada aku yang menggelegak ni!” balas yoona jelas marah.
Kali ini, jimin senyum. Dia patut boleh agak. Pandangan adik Taehyung ni tak seperti selalu. Pandangan itu panadngan yang penuh kebencian. Yang penuh rasa jengkel. Jengkel dengan hakikat yang pecah malam tu.
“Makan?”
“Hati goreng? Ada?”
Rasa nak gelak pulak dia dengan sikap kebudak-budakan adik Taehyung ni. Padanlah kalau Taehyung terlalu risau pun. Tengok gaya pun dah tahu. Jenis dapat apa saja dan jenis suka buat apa saja tanpa fikirkan kesannya.
“Nama kau yoona, kan?” soal jimin.
Yoona diam. Langsung tak menoleh pada jimin. Peliknya. Dah tahu meluat dengan dia, datang gerai buat apa. Duduk ajelah rumah. Tak pun pergilah makan dekat restoran berputar Gangnam sana.
“Kau tunggu kejap. Aku bawak sesuatu yang special untuk kau…” Terus jimin berpaling.
Jaejoong senyum menanti. “Kenapa tu?” Sejak tadi nampak macam nak bergaduh aje. Dia risau sebenarnya. jimin baru baik.
“Diorang nak apa?”
“Masak ajelah apa-apa. Diorang tu kawan saya…” Eh… pandai pulak dia angkat orang tu jadi kawan sendiri. Entah orang tu tak sudi langsung.
“Eloklah kalau kamu dah pandai berkawan. Nanti, bila yoongi tak ada… adalah teman bergaduh lain…” jaejoong senyum dan terus membasuh kuali yang masih dalam sinki.