21

90 8 0
                                    

SEBAIK saja dia bagitahu ayah, motor berkuasa besar itu terus menderum laju keluar daripada laman rumah.  Tujuannya hanya satu.  Ya, gadis itu.  Pertama kali, dia rasa degupan jantungnya bagai terhenti bila mendengar esak tangis jimin sebelum gadis itu matikan panggilan. 

Yoongi gamam. 

Tak tahu nak ke mana.  Tengok jam, dah hampir tengah malam.  Gila dia.  Memang dia gila.  Tapi, bagaimana kalau jimin lebih lagi gila?  Dia tahu gadis itu rasional.  Sejak dulu.  Tapi andai ujian datang sekarang dan jimin kalah?  Macam mana? 

Motor diparkir di taman.  yoongi berlari laju naik ke rumah jimin dan sebaik saja tiba di depan pintu, tangan yang mahu mengetuk terhenti sebelum menyentuh daun pintu.  Lama dia begitu hingga akhirnya, tangan dia jatuh ke sisi.  Tak jadi nak ketuk. 

Yoongi menoleh dan dah sedia nak menapak sebelum suara parau akibat sendu itu menyapa. 

“Sampai bila kau nak datang intai aku dekat taman tu, yoongi?  Sampai bila kau nak sorokkan yang kau bayar rumah ni?  Sampai bila kau nak sorokkan, kau yang bagi duit dekat aku selama ni untuk aku tampung hidup?  Sampai bila kau nak sorokkan yang kau selalu lawat halmeoni aku dekat rumah orang tua tu? Untuk siapa semua tu, yoongi?  Untuk aku, atau untuk kau?!” 

Seperti dalam telefon tadi juga,jimin masih menembak bertubi-tubi.  yoongi gagap.  Bibirnya bergetar tapi, dia tak berdaya nak menoleh.  Dia tahu, jimin sedang menitiskan airmata. 

“Untuk siapa, yoongi?”  tanya jimin sekali lagi. 

“Aku selalu ikut kau selama ni dan intai kau daripada taman bawah tu, untuk kepuasan hati aku.  Aku tak tenang bila aku ada, aku tak tengok kau sampai rumah dengan mata sendiri.  Untuk kepuasan hati aku untuk pastikan kau hidup selesa setelah aku tahu kisah lalu kau daripada ayah aku dulu.  Untuk kepuasan hati aku setelah aku marah kau kononnya kau sebabkan ayah aku cedera tanpa aku tahu hujung pangkalnya.  Untuk kepuasan hati aku yang tak selalu ada dengan kau.  Untuk kepuasan hati sendiri, jimin…”  yoongi menoleh.

Menatap tajam mata jimin dan dada dia begitu berdebar.

Bibirnya koyak dengan senyuman tipis.  Hujung matanya terasa berair.  Kakinya menapak ke depan selangkah.

“Tapi, jujurnya adalah untuk kau sendiri.  Moga kau temui keindahan dalam hati kau dengan memulakan perkara-perkara yang nampak begitu mudah, tapi payah sebenarnya.  Untuk kau, jimin.  Untuk kau bersedia menjadi seorang isteri yang setiap lelaki seperti aku dambakan.  Cuma, aku hanya menjaga kau untuk orang lain.  Semuanya untuk kau, Park jimin…”  tambah yoongi penuh emosi. 

Dia mahu menapak lagi tapi langkah dia terpaku di situ sudahnya.  Tak berdaya lagi nak ke depan.  Nak menarik dan membawa jimin pergi menjadi suri di hati kerana jimin kini milik orang lain.  Biarpun tiada majlis, jimin sebenarnya sudah menjadi tunangan Taehyung dan dia telah berjanji untuk menjaganya bagi pihak Taehyung. 

Bagaimana dia seperti lupa diri seketika dan mahu ratah janji itu dengan begitu kejam. 

“Kau milik Taehyung, jimin… kau akan bahagia dengan dia…” 

Tak terjangka, jimin ketawa halus.  Dia angguk kecil.  Ya, dia andai nak dikira sudah jadi tunang Taehyung.  Dia terima Taehyung kerana dia nampak kesungguhan dalam mata lelaki itu untuk memiliki dia biarpun keluarga jelas menentang.  Dia juga nampak kesungguhan yoongi untuk dia bahagia dengan Taehyung. 

“Aku akan tentukan bahagia aku sendiri, yoongi.  Terima kasih sebab kau datang biarpun aku tak harap kau datang malam-malam macam ni.  Buat pertama kali dan biarlah baut kali terakhir, yoongi.  Cukup-cukuplah kau jadi penunggu dekat taman bawah tu.  Cukup-cukuplah kau ikut aku balik daripada jauh demi pastikan keselamatan aku.  Cukup-cukuplah kau tanggung aku selama ni.  Aku ingat, aku dah berdiri atas kaki sendiri.  Rupanya, hanya sebelah kaki.  Sebelah lagi, kaki kau.  Kata-kata kau dah cukup buat aku yakin dengan keputusan aku, yoongi…”  jimin kesat hujung matanya sebelum airmatanya jatuh. 

BLACK SWANWhere stories live. Discover now