16

88 7 0
                                    

ENTAH kenapa, setelah sekian lama dia rasa nak mengintai di balik tingkap.  Disingkap langsir dan bila dia memandang ke taman permainan yang dah tak berupa taman itu, dahi jimin berkerut.  Orang yang sama.  Dia yakin.  Lelaki yang berjaket hitam, mengenakan topi hingga tak nampak wajah.  Jeans koyak.  Duduk di atas bangku dan mendongak sedikit. 

Siapalah dia?  Tunggu siapalah?  Setelah sekian lama tak ada, malam ni muncul pulak.  jimin padamkan lampu.  Dia kuak sedikit lebar langsir agar tak menganggu pandangannya.  Pandangan yang sedikit terhad.  Teringat pada yoongi.  Lelaki itu langsung tak muncul.  Dia ternanti beg pakaiannya tapi sampai sekarang, yoongi masih tak muncul.

Hanya jaejoong yang telefon dia petang tadi.  Bertanya khabar dan dia begitu berat hati untuk menyebut nama yoongi.  Bimbang jaejoong  salah faham.  Sudahlah orang itu berbudi, tidakkah dia perlu berbahasa? 

Dia tak nak jadi seperti anjing yang dilepaskan daripada tersepit.  Dah dilepaskan, tangan orang pula digigit.  Dia dan yoongi, seperti itulah diibaratkan.  jaejoong dah beri banyak.  Dia tak akan meminta lebih.  Lagipun, siapalah dia. 

Jimin pandang skrin telefon.  Ini pun pemberian jaejoong.  Begitu banyak dia terhutang budi. 

Jaejoong

Halmeoni. 

Dan Taehyung

Tapi, yoongi… dia senyum sinis pada diri sendiri.  Lelaki itu hanya pandai berbicara.  Lebih elok andai bicara itu melukakan hati kerana hati dia sudah begitu ampuh untuk terima segala caci maki daripada menghadap janji. 

Janji yang telah dimungkiri! 

Entah kenapa, rasa sebu hatinya.  Rasa nak meraung.  Bukan kerana sakit luka tapi kerana parut lama.  jimin pandang sekali lagi ke bawah.  Matanya mula tercari.  Susuk tubuh sasa itu sudah tiada.  Hilang dalam kepekatan malam.  Dia lebarkan bukaan tingkap.  Menjegilkan mata mencari sasaran.  Dan, akhirnya nampak lelaki itu menapak berlalu.  Susuk tubuh yang pernah muncul dalam kisah hidupnya sejak dulu.  Yang dirasakan selalu mengekori langkahnya biarpun itu hanya perasaan. 

Jika hendak menyakiti dia, kenapa tidak dulu?  Atau sebenarnya, target lelaki itu adalah bukan dia?  Entahlah.  Baru nak ditutup tingkap, SMS masuk ke telefonnya. 

            -Dah jumpa yoongi? 

Jaejoong ahjussi?  jimin kerut dahi.  Bila masa yoongi datang?  Tak cakap pun.  Ya, selain yoongi dan jaejoong, tiada siapa tahu tempat tinggal dia.  Dan sekarang, Taehyung juga dah tahu Cuma tak tahu rumah yang mana.  Rasanya yoongi juga tak tahu.  Hanya jaejoong ahjussi sorang yang tahu rumahnya yang mana. 

Sepi… bersendiri sejak dulu biarpun dia hanya duduk di dalam sebuah bilik.  Tak ditanya mana penghuni yang lain.  Elok juga jika kosong.  Dia lebih suka begini. 

            -Saya tak jumpa yoongi pun, ahjussi.

Jimin beralih semula ke tingkap dan saat ini SMS jaejoong ahjussi masuk lagi.

            -Dia kata nak tengok kamu buat kali terakhir.

Berlapis-lapis kerutan pada dahi jimin membaca SMS jaejoong.  Kali terakhir?  yoongi nak pergi mana?  Kenapa lepas yoongi cambahkan benih, yoongi nak biarkannya tanpa dijaga?  Tanpa disiram air atau dibaja?  Bagaimana benih itu mahu bercambah dan terus tumbuh mekas mewangi? 

Anehnya. 

           

            -yoongi dah habis cuti ya, ahjussi? 

BLACK SWANWhere stories live. Discover now