LIUR ditelan berkali-kali menahan sakit. jimin ketuk perlahan cermin kereta Taehyung tapi lelaki itu masih gamam memandangnya. Terkejut gamaknya. Kali ini, tangan kiri yang berwarna merah mula naik menyentuh cermin kereta. Mata tajam Taehyung semakin bulat. Bila lelaki itu tolak pintu kereta, dia jatuh terduduk. Tak mengaduh tak mengeluh. Hanya menggigit bibir sendiri menahan sakit.
“jimin? Kenapa ni?” Tiada lagi panggilan Cik. Rasa tak sesuai nak bercik segala.
Taehyung mencangkung. Tangan kiri jimin dicapai. Darah tapi luka daripada mana? Dia belek tubuh gadis itu dan jaketnya koyak. Dada Taehyung berdebar demi melihat lapisan baju yang juga koyak sepanjang sejengkal.
“jimin?”
“Boleh tolong saya?” pintanya seperti tiada lagi pilihan.
Tak sangka, lelaki yang dia tumbuk malam itu kembali dan dengan kudrat yang tak seberapa, dia tak berdaya menghanyun penumbuk untuk membentengi diri bila diserang hendap oleh lima orang lelaki.
Bila tertoreh dengan pisau Rambo itu, dia kumpul kudrat melarikan diri dan bila dia rapati kereta Taehyung, sekumpulan lelaki itu berlalu dengan riak yang begitu marah. Hampir beberapa ketika dia memerhati, menimbang untuk mengetuk cermin kereta Taehyung atau tidak… akhirnya dia ketuk juga.
“Kenapa jimin? Pinggang awak ni…” Taehyung ketap rahang melihat darah yang masih segar mengalir. Dibelek tanpa meminta izin seperti selalu.
Lama dia perhati kawasan yang mengalir darah itu lepas dialih tangan jimin. Dahinya berkerut lebat. Dua lapisan kulit telah ditoreh. Kerana itu darah masih membuak. Jika lapisan pertama aje, darah tak akan sebanyak ni.
“Kita pergi hospital…” Nak masuk klinik pun, kunci ada pada jungkook. Haih. Kacau betul. Patut tadi dia terus paksa! Paksa jimin masuk dalam kereta. Biar dia hantar walau sejauh mana perjalanannya.
“Mari, saya dukung…” Taehyung mahu letak tangan pada belakang dan bawah lutut jimin tapi gadis itu melarang.
“Saya bangun sendiri…”
“Saya dukung!” Taehyung keras.
“Saya bangun sendiri!” jimin lebih tegas.
Apalah semua perempuan yang dia kenal ni keras kepala? Tak cukup dengan adik sendiri, ini adik orang pulak dah!
Sudahnya Taehyung hanya mampu memandang. Sesekali, tangannya hidup hendak memaut tubuh jimin yang nampak nak tumbang dan bila dia buka pintu kereta sebelah penumpang, jimin sekali lagi mati kutu di situ.
“Kenapa pulak?” Dia dah tak betah lihat darah yang mengalir daripada celah jari jimin yang menekap luka tersebut. Diseluk poket, sapu tangan pun tak ada sekarang ni! Cebisan kain pun tak ada!
“Nanti kereta doktor kotor…”
“Hah? Kereta kotor?” Tak tercapai dek akal dengan kata-kata jimin ni. Kalau risau kereta dia kotor, kenapa gatal tangan nak ketuk cermin kereta tadi?
“Awak pilih sekarang. Nak masuk dan biarkan kereta kotor lepas tu kita boleh cuci atau pun awak nak dok sini, saya tinggal awak sorang biar kering darah awak! Nak? Mana satu?!” sergah Taehyung bengis.
Dia terus tolak bahu jimin memaksa gadis itu masuk. jimin mengaduh. Lantaklah. Daripada buat drama dekat sini. Darah tu kian mengalir. Dah nampak depan mata, dia rasa bertanggungjawab. Pintu kerata ditutup rapat. Laju Taehyung melompat atas bonet dan terus masuk ke dalam perut kereta.