19

94 9 0
                                    

MALAM ini, yoongi masih tak muncul.  Selesai mengemas semua, jimin hampiri jaejoong ahjussi.  Entah ayat apa yang mahu dia mulakan.  Seperti dah bisu.  Melainkan memandang jaejoong ahjussi dan berharap orang tua ini mengerti apa yang bermain dalam kepalanya. 

“Kamu nak tanya tentang yoongi?” 

Jimin diam beberapa ketika.  Nyata, jaejoong faham. 

“yoongi dah nak pergi, ya?”  soalnya kemudian. 

“Eh, taklah.  Banyak benda tak selesai lagi dekat sini katanya.  Lama lagi tu.”  Dia sendiri pun tak pasti sebenarnya. 

Tapi, nampak harapan yang ada dalam pandangan jimin, tak sampai hati pulak nak cakap seminggu dua lagi.  Jujurnya, tak sampai dua minggu pun.  Tiket semua dah sedia.  Selesai aje sikit urusan lagi, yoongi akan terus terbang. 

“Kenapa tak tanya dia sendiri?”  jaejoong labuhkan duduk dan menepuk peha sendiri beberapa kali.  Letih baru terasa bila dah nak hampir siap berniaga.  Andai tidak, tak reti duduk diam.

“Saya…”  Suara jimin mati. 

Siapalah dia untuk tanya semua tu pada yoongi.  Lelaki itu hampir bagi hak tu pada dia tapi ditarik kembali dan dibiarkan dia sendiri.  Terlalu banyak benda yang mahu dia tanya tapi dia juga yakin, yoongi tak akan bagi jawapan. 

Yoongi tu, jenis yang suka berteka-teki.  Yang suka buat dia menelah sendiri.  Tak kiralah telahan dia tu meleset atau pun tidak. 

Teringat akan perbualan dia dengan heechul halmeoni semalam.  Haru-biru hatinya.  Meronta-ronta perasaannya. 

“Dia selalu datang sini kalau dia balik cuti.  Pernahlah, dia bawak kawan-kawan belajar dia buat kerja amal dekat sini.  Katanya dia kenal halmeoni sebab kenal kamu.  Tapi dia pesan, jangan bagitahu kamu sebab kamu tak suka dia…” 

Jimin mencebek mengingatkan kata-kata heechul halmeoni.  Siapa tak suka siapa?!  Nak aje dia maki Si yoongi ni. 

“Masa kamu tak datang banyak hari tu, dia datang bawak halmeoni pergi hospital.  Biasalah sakit orang tua.  Tapi, tak ada apa yang serius kata doktor.  Orang tua ni, macam inilah.  Dia kata kamu nak keluar hospital dah esoknya…”

Jadi, halmeoni tahu dia masuk hospital.  Tapi, dia juga yakin… yoongi pagi kelepet nenek sebab dia terlantar. 

“…dia tak cakap kenapa.  Dia Cuma cakap kamu tak sihat.  Bila halmeoni tanya siapa jaga kamu, dia cakap ada Doktor yang hari tu.  halmeoni lega sangat.  Dia kata lagi, mungkin kamu akan hidup dengan doktor tu nanti.  Mungkin itu hadiah atas kesabaran kamu hadapi ujian hidup selama ni.”  Mata halmeoni berair waktu itu.

Jimin hanya mampu memandang tanpa berkata apa. 

“Esoknya, dia datang lagi hari kamu keluar tu.  Jaket kulit hitam, topi… mati-mati halmeoni ingat penjahat tapi bila dia sengih… memang dia.  Dia bawa khabar yang kamu baik-baik aje dan lepas ni dia mungkin tak dapat datang jenguk halmeoni lagi sebab dia kena pergi jauh.  Hari tu jugak dia bagi scarf tu untuk kamu.  Katanya, dah lama dia beli tapi dia tak tahu nak bagi macam mana.  Lagipun, dia malu.  Tak pernah buat kerja gitu katanya…” cerita halmeoni lagi dengan senyuman penuh mulut. 

Sekali lagi, jimin tergamam.  Tersandar lemah pada dinding mendengarkan cerita halmeoni. 

Scarf?

Melawat halmeoni? 

Dan, lelaki berjaket hitam yang ada di taman? 

Kau kah orang tu, yoongi? 

Jika ya, kenapa bersembunyi dalam gelap,yoongi? 

BLACK SWANWhere stories live. Discover now