PEMANDANGAN yang hampir buat dia putus nafas. jimin menapak sendiri bila Taehyung menyuruhnya menikmati alam sementara lelaki itu menanti sotong panggang mereka siap. Kata Taehyung, rugi andai tak menikmati makanan laut bila ke sini. Sesekali dia menoleh ke belakang. Taehyung masih sedia menanti dan sesekali melambai padanya dan mengisyarat agar dia terus terus melangkah.“Saya ikut belakang nanti…”
Jimin cuba baca gerak bibir Taehyung dan dia hanya angguk. Memberanikan diri. Lagipun, ini pulau yang paling selamat. Katanya, kadar jenayah adalah sifar. Sesekali, dia betulkan jaketnya bila angin laut berhembus garang. Rumput mula menguning. Namun, bunga carnola masih giat tumbuh. Menjadikan padang rumput ini begitu indah.
Daripada jauh, mata jimin menangkap rumah api. Nampak dekat tapi hakikatnya agak tinggi dan dia masih perlu menapak dalam tiga km untuk mendekatinya. Di sebelah kiri, terdapat rumah coklat, nun jauh di depan sana, terdapat muzium Zippo malah ada juga replicanya yang besar. Di sebelah kanan, di situlah terdapat rumah api. Nampak seperti kurang pengunjung. Mungkin kerana cuaca dingin, orang tempatan hanya suka berkurung.
Jimin melangkah laju. Anak tangga pertama dipanjat. Anak tangga kedua dan seterusnya. Hingga akhirnya dia atas di atas rumah api tersebut, airmatanya jatuh tiba-tiba. Keindahan sebegini, dia mahu kongsi dengan semua orang. Dia taknak hanya mata dia yang menikmatinya.
Bila dia rasa ada yang memandang, cepat-cepat dia toleh ke arah laut. Mengesat airmata yang dirasakan begitu sejuk. Ditala ke laut yang luas terbentang dan tersenyum bila melihat sekumpulan dolphin yang berenang.
Hadiah ini, tak ternilai untuknya daripada Taehyung. Dia menoleh ke bawah. Taehyung sedang melambai. Tapi, senyuman lelaki itu nampak sedikit tawar. Barangkali kerana keletihan.
“Jujurnya, orang lebih suka datang sini musim bunga. Sebab pemandangan dia lagi cantik. Tapi, apa nak kata memang sebuah pulau yang sangat cantik. Lepas ni, hyung bawak korang ke korea . Situ pun sesuai untuk kita lawat bila musim luruh. Kita ada beberapa tempat lagi yang kita nak cover untuk hari ni…”
Jimin kerut dahi. Suara itu… pelancong daripada korea ke?
Waa… rasa begitu teruja bila dengar bahasa sendiri di negara orang. Dia bergerak mengelilingi rumah api. Semakin dekat, semakin teruja. Apatah lagi mendengarkan gelak tawa sekumpulan pelancong daripada tempat sendiri.
Dia jengulkan kepala. Ya, memang orang korea. Hingga dia senyum sendiri. Tapi, tak sempat lagi dia nak berundur, Taehyung ada di belakang. Tersenyum letih.
“Sini, tempat yang saya maksudkan tu, jimin…”
“Destinasi?” soal jimin ceria.
Taehyung angguk. Dia tolak bahu jimin untuk terus melangkah mendekati sekumpulan rombongan tersebut.
“Kita kena join grup ni ke?” tanya jimin aneh.
Taehyung kerdipkan matanya sekali.
“Awak kena join grup ni…”
“Tapi awak…”
“Saya okey aje…” ujar Taehyung. “…saya hanya menjaga jodoh orang…”
“Apa?” jimin makin tak faham. Rasa bahagia dia tadi pergi begitu saja. Kenapa dengan Taehyung ni?
Dekat korea buat masalah. Dekat tempat orang pun buat masalah.
“Tu…” Bibir Taehyung muncung ke depan.
Jimin menoleh. Matanya bulat. Hujung jari yang sudah sedia sejuk, menggigil tiba-tiba. Airmatanya mula bertakung dan terus menitis. Semua mata tertumpu padanya. Tapi, mata yang sepasang itu juga yang buat dia terpaku.