SEJAK tadi, dia hanya terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Sunyi sepi. Lampu samar-samar. Semua dah tidur. Iyalah, datang jam tujuh pagi, siapa nak bukak pintu? Orang semua.
Lama dia tatap rumah di depan mata. Tak rasa nak masuk pun hari ni dengan keadaan bibir dan pipi yang lebam. Malah kesan jahitan pun masih baru. Saja cari penyakit dengan halmeoni. Mahu kena bebel tujuh hari tujuh malam.
“Esok datang lagi. Kena cuci luka tu nak cepat baik…”
Jimin mengeluh. Pesanan Doktor Taehyung menerjah dalam kepala tiba-tiba. Pesanan sebelum doktor itu berpaling dan berlalu setelah memberi ubat pada dia. Rawatan yang dia terima percuma dan buat pertama kalinya dia rasakan, dia hidup dalam dunia khayalan. Mana ada kebaikan yang percuma dalam dunia ni? Setiap apa yang dia terima pasti menuntut bayaran.
Itu yang dia hadap selama ini dua puluh lima tahun ni. Dalam dunia ini hanya ada dua jenis manusia. Yang baik dan yang buat-buat baik. Entah Taehyung itu yang mana satu. Dia tak tahu.
“park jimin?”
Hah? jimin terkebil-kebil bila ditegur. halmeoni? Laju dia tutup mulutnya dan mengukir senyum.
“Kenapa tak masuk kalau dah sampai?”
“Tak nak kacau halmeoni dan semua orang. Awal sangat jimin sampai hari ni…”
“Laa.. kan halmeoni biasa bangun awal. Dari jauh tadi nampak orang depan pagar. Ingatkan siapa tapi dah agak dah kamu. Mari masuk. halmeoni minta orang bukakan pagar…”
“Eh nek… jangan.” jimin menegah lembut.
“jimin kena pergi kerja. Saja singgah sini dulu sebab semalam tak sempat singgah…”
“Semalam habis kerja lambat ke?”
Kepala jimin jatuh sekali. Habis kerja macam biasa sebenarnya. Tauke minta dia kemas. Lepas tu, ada perkara tak diingini pulak terjadi. Mujur kerusi meja tak ada yang pecah. Andai tidak… kenalah cari kerja lain lagi nak isi perut.
Halmeoni berair mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada siapa yang tahu apa yang telah gadis ini lalu. Tapi, kerana kebaikan yang sengaja disembunyikan itulah dia jatuh kasih pada cucunya ini.
“Kalau gitu, pergilah. Kat sini hari ni, katanya ada doktor yang nak datang periksa secara percuma…” beritahu halmeoni.
Semakin lebar senyuman jimin. “, jimin datang tengah hari…”
“halmeoni tunggu…”
Jimin terus menoleh. Semalam dia kerja malam. Hari ni siang. Dan sebelum tu, dia kena pergi klinik tu dulu.
“Kita kena sayang diri sendiri dulu, Cik jimin... untuk buat orang lain sayangkan kita…”
Langkah yang mahu maju ke klinik bertukar arah. Kata-kata Doktor Taehyung, sedang memburu dia. Membuatkan dia mahu berlari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Heechul halmeoni ketawa dengan gurauan doktor yang sedang mengambil tekanan darahnya. Jururawat di sisi pun turut sama tersenyum lebar. Hai… dahlah muda, pandai pulak tu belajar sampai jadi doktor. Rupa pun ada. Dah kahwin ke belum ni. Hati tuanya tertanya juga.
Andai belum, rasa nak aje dia kenenkan cucu tersayang. Walaupun gadis itu tak sempurna langsung daripada luaran, tapi hatinya hati yang begitu penyayang. Jika tidak, tak akanlah gadis itu hambakan diri di rumah harapan ini sejak bertahun lalu saat pertama kali membantu dia bila dia tiada arah tujuan dulu.