9

123 10 0
                                    

MATA tua Jaejoong memandang yoongi.  Nampak mendung lain macam aje.  Sejak dulu, kalau balik cuti, macam itulah perangai yoongi.  Bukan nak kata  yoongi kena paksa turun jaga gerai.  Tak… yoongi anak yang selalu dengar kata.  Tapi, entah berapa teballah rasa tak suka yoongi pada jimin. 

“Kamu ni muncung sangat dah kenapa,yoongi?  Kamu bergaduh dengan jimin lagi ke?”  soalnya terbatuk kecil. 

“Eh, tak adalah, ayah.  Nak gaduh kenapa?  Dia tu tak salah pun…”  yoongi menukar channel TV bila masa masih tak boleh nak lelap. 

.  Dia hanya duduk sendiri dan tak lama, ayah juga duduk bersama dia.  Hidup dia hanya ada ayah.  Tak pernah kenal ibu biarpun ayah kerap kali tunjuk gambar ibu dan bercerita tentang arwah ibu.  Ayah segalanya.  Apapun, ayah akan dia letak di tempat tertinggi. 

Jaejoong kerling yoongi.  Dah lama sangat yoongi simpan rasa marah pada jimin.  Hinggakan ditunjukkan rasa itu melalui layanan pada jimin.  Bukan yoongi tak tahu jimin tu sebatang kara.  Entah mana ibu ayah, jimin sendiri tak tahu. 

“Ayah tak tahu berapa lama lagi yoongi nak benci jimin.  Kalau hal dulu tu,yoongi masih simpan dendam… itu bukan salah jimin.  Bukan sekali ayah cakap pada yoongi…” 

“Bukan gitulah ayah…”  nafi yoongi. 

Fuh… ayah dah bukak cerita lama dah.  Dia pun tahu dia salah.  Cuma perkataan maaf itu tak pernah terbit daripada celah bibir untuk jimin.  Susah sangat.  Bukan apa, tiap kali memandang wajah ketat  jimin, dia memang rasa nak sakitkan hati Isra tu.  Geram sungguh.  Memang jenis tak berperasaan gamaknya. 

“Kalau bukan hal tu, pasal apa?  Apa yang buat yoongi layan jimin macam tu?  Dia pun ada hati perasaan, tau…” 

Yoongi sengih sinis pada diri sendiri.  Kata-kata ayah buat dia nak gelak… jimin tu ada perasaan ke?  Itu yang dia nak tanya sejak sekian lama.  Perasaan sakit?  Perasaan sayang?  Atau perasaan cinta? 

Tidak!  Jauh panggang daripada api.

Jimin bukan jenis itu.  Perasaan jimin tak pernah wujud.  Sebab tu, biarpun kena tumbuk dan pecah mulut, dikelar dan ditikam… jimin tetap buat tak tahu.  Tak mengaduh.  Tak berkerut biarpun segaris. 

“jimin tu jenis tak berperasaan, yah.  Tak payahlah kita nak sibukkan hal dia…”  Bukan apa, teringat tadi…

Sakit pulak hati dia! 

“SINI!”  Tangan yoongi menarik lengan jimin.  Kasar. 

Jimin dekat dengan dia.  berdiri hanya setakat paras dagu biarpun jimin ni dah kategori tinggi jugak.  Perwatakan yang tak ubah seperti seorang lelaki.  Gamaknya, jimin cuba lindungi diri sendiri.  Tak nak jadi perempuan yang nampak lemah.  Lagipun, kelebihan jimin ni pandai bertumbuk. 

Dia pun kalah! 

“Kenapa, yoongi?”  jimin telan liur.  Apa pulak masalah yang yoongi nak cari ni?  Bukan boleh kira.  Suka sangat cari salah dia. 

“Kau sakit, kan?”

Dahi jimin berlapis kerutan.  “Kan aku cakap aku okey…”

“Kau pernah ke cakap tak okey?”  tempelak yoongi. 

Ada hati cakap okey.  Tengok jalan pun pincang tempang segala.  yoongi bertenggek di birai meja.  Melangut sikit memandang jimin yang masih tegak di depannya.  Sesekali, dia kerling dua orang gadis yang memandang mereka.  Peminat jimin! 

“Sini, aku tengok…”  Hoodie jimin cuba ditarik tapi pantas tangan kasar jimin menepis.

“Kau dah gila, ya?”  Soalan ni dah lama dia nak tanya yoongi sejak yoongi tak sudah-sudah nak tak suka dia.  Ada masa, tanpa sebab. 

BLACK SWANWhere stories live. Discover now