Bab 1: Minggu 3M

4.5K 56 7
                                    

September 2012

Fiona mendengar dengan teliti arahan mendaftar kursus yang disampaikan oleh pegawai tadbir universiti, Encik Fadhil. Hari ini hari Jumaat, hari terakhir Minggu Mesra Mahasiswa yang lebih mudah dipanggil 3M.

Untuk memulakan pembelajaran, setiap pelajar wajib mendaftar kursus yang perlu dipelajari pada semester itu di portal yang telah disediakan. Dalam satu kelas pula akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Semua perincian itu boleh dilakukan pada petang nanti setelah pegawai bertugas menyediakan portalnya di makmal komputer. Manual subjek untuk daftar kurus turut disediakan oleh Encik Fadhil awal - awal lagi bagi memudahkan para pelajar membuat semakan dan pilihan.

Duduk di sebelah kanannya adalah Julia, gadis dari utara yang menjadi teman sebiliknya di asrama. Di sebelah kiri pula sahabat yang baru dikenali sewaktu mula – mula mendaftar iaitu Ellawatie, sedang leka meniru tandatangan beberapa fasilitator untuk diserah selewat – lewatnya petang ini.

Fiona tergelak kecil melihat perbuatan Ella itu. Dia berdehem perlahan.

"Eh, eh. Apa Encik Fadhil cakap tu?" Ella segera menyimpan buku autograf fasilitator sambil memandang Fiona dengan wajah keliru. Buku manual pendaftaran subjek pelajar dikeluarkannya daripada beg pemberian urusetia 3M.

"Dia cakap, jangan tiru sign fasi. Kalau kena tangkap nanti boleh kena tindakan." Fiona mengusik Ella. Matanya tidak berganjak daripada menumpu pada Encik Fadhil yang sedang berdiri di hadapan mereka semua sambil memberi penerangan.

"Eh janganlah merepek Fiona. Amboi, macamlah dia tak buat benda ni kan. Mengaku jelah." Ella menyiku lengan Fiona. Mereka sama – sama ketawa kecil.

"At least, saya tahu jugak cover. Awak ni dasyat sangat." Fiona angkat sebelah kening sambil senyum sinis.

"Alah. Ni involuntary action saya je kalau tengah desperate. Apa dia Encik Fadhil cakap tadi? Saya dengar lepas lunch je. Apa dia lepas lunch?" Ella meraba ke dalam begnya, mahu mengeluarkan tentatif program yang sudah keronyok bagai pembalut belacan.

"Dia cakap lepas ni boleh pergi makmal komputer bangunan kuliah tingkat tiga. Beratur ikut course masing – masing." Fiona membetulkan rambutnya yang sedikit terusik ditiup angin kipas.

SELESAI makan tengah hari berlaukkan sayur campur dan sambal halia ayam, berpusu – pusulah semua pelajar junior mengikuti jurusan masing – masing untuk mendaftar kursus di lokasi yang telah ditetapkan. Yang mereka kejar adalah kursus untuk kokurikulum sebenarnya. Jika terlambat, tak memasal pula terpaksa masuk kelab tarian nanti.

"Cepat sikit Ella. Awak nak ke masuk kelab tarian? Taknak kan? Kalau taknak tolong jangan terkedek – kedek sangat ye. Saya gelakkan je awak nanti kalau terpaksa menari makyong sebab tak de kursus lain yang available." Fiona cekak pinggang sambil ketawa menanti Ella yang sudah mengah menaiki tangga ke tingkat tiga.

"Awal lagilah Fiona. Aduhai. Saya dahlah ada asma." Ella menyeka peluh di dahi.

"Alah, gurau je. Kita ni pun dah dikira awal dah ni. Tapi saya suka perasaan macam ni. Rasa teruja untuk berebut. Tapi awak asma pulak ye. Hm takpe, take your time okay. Saya tunggu sini." Tiba di tangga tingkat tiga, Fiona melabuhkan punggung di anak tangga paling atas sementara menanti Ella yang masih di tangga tingkat dua. Fiona termenung memandang langit cerah. Dia rasa dirinya agak keterlaluan pula mendesak Ella sebegitu. Dia baru saja mengenali Ella, mungkin agak keterlaluan mengusik Ella sedangkan mereka baru berkenalan.

Lif yang cuma ada dua di fakulti itu penuh dengan pelajar yang menunggu giliran untuk naik tanpa perlu memenatkan kaki melangkah anak tangga.

Lagipun, lif itu sebenarnya bukanlah untuk kegunaan pelajar. Ia disediakan sebagai satu kemudahan kepada para pensyarah yang kebanyakannya sudah agak berusia untuk turun naik mengajar.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now