Bab 30: Kelemahan yang Nyata

1K 26 0
                                    

"Fiona, bangun. Dah sampai." Hans usap pipi Fiona lembut, namun tegas suaranya membuatkan mata Fiona buntang serta - merta.

"Urghh, mujur tak tercabut jantung. Kita dekat mana ni?" Fiona menggeliat sedikit. Matanya kini tertumpu pada sebuah rumah semi-D sederhana besar. Ada dua kereta terparkir di garaj. Manakala Hans letak keretanya di luar pagar sahaja.

"Hans, kita dekat mana ni?" Fiona mula risau. Bagaimana jika ini rumah keluarga Hans, dan mereka missjudge kehadirannya ke sini sebagai perempuan murah yang di bawa Hans untuk bermalam sehari dua?

"Weh, memang taknak keluar ke apa? Kau takut apa? Mana ada orang dalam rumah ni." Hans keluarkan begnya yang berisi komputer riba dan beberapa gajet lain.

"Tu kereta?" Fiona tidak mampu membendung kerisauannya lagi. Terburai tawa Hans melihat Fiona yang benar - benar gelabah.

"Tu kereta bapak aku. Tapi dia mana ada. Dekat rumah mak tiri aku. Dah, cepat masuk. Rehat." Fiona lega. Sekurang - kurangnya tiada sesiapa akan menuduh dia perempuan murahan yang mahu bermalam dengan Hans.

Mereka masuk ke dalam rumah, dimulai dengan Hans yang membuka grill dan pintu serta lampu. Rumah dua tingkat ini cukup selesa dan bersih, bagai ada penghuninya.

"Kau naik atas, masuk bilik yang pintu pink tu. Tak ada baju kan? Kau pakai je semua pakaian yang ada dalam tu. Aku rasa saiz kau dah tu."

"Awak?" Fiona rasa janggal, dia kini berdua dengan Hans, dan betul - betul sedang kehilangan arah.

"Aku? Kau nak aku tidur dengan kau ke apa?" dahi Hans berkerut.

"Eh, tak! Maksud saya, awak nak buat apa lepas ni?" Fiona kalut, darah rasa panas menyerbu wajah. Hans ketawa garau.

"Aku nak check fridge kejap, tengok apa barang yang ada. Lepas tu aku nak cek rumah. Dah lama sangat aku tak balik. Kau naik dulu. Shower semua ada kat bilik tu."

Fiona menurut. Dia melangkah satu demi satu anak tangga hingga tiba di tingkat atas. Ruang atas agak sempit, namun lengkap dengan pemain PS3 dan satu set sofa. Pintu warna merah jambu jadi sasaran Fiona.

Saat pintu bilik itu dibuka, Fiona kagum. Dinding bilik itu dipenuhi gambar - gambar adiknya Farah. Segala perabot dan peralatan di bilik itu berwarna merah jambu. Fiona berjalan menghampiri sebuah meja solek, juga berwarna merah jambu.

Gambar Hans dan Farah yang sedang menyambut hari jadi ada tersimpan di dalam bingkai di meja itu, segera Fiona capai lalu gambar itu diusap perlahan.

"Tu gambar sambutan birthday Farah, yang terakhir." Suara Hans sedikit bergetar menjawab persoalan yang bermain di fikiran Fiona. "Last wish dia, dia berdoa supaya abang dia ni berjodoh dengan perempuan yang macam dia, so aku akan bosanlah dihantui bayang dia." Hans ketawa kecil. Kemudian masuk ke dalam bilik lalu melabuhkan punggungnya di kaki katil bertilam empuk.

"Aku pandang kau, aku nampak dia dalam diri kau." Hans tenung wajah Fiona hingga serba - salah gadis itu. "Maaf, tapi saya.."

"Jangan salah faham pulak. Aku takdelah anggap doa Farah tu jadi kenyataan ke apa. Tapi aku syukur, dapat tengok adik aku 'hidup' kembali dalam diri kau. Walaupun kau tak suka kan?" Wajah Hans terukir dengan sedikit senyuman hambar.

"Dahlah, kau mandi then rehat. Esok. Kita ke kubur arwah ibu dengan Farah." Hans bangun, menuju ke pintu. "Oh ye, angin kuat ni macam nak hujan, kalau kau sejuk nak mandi, hidupkan water heater tu, okay?" Pesan Hans lagi sebelum tubuhnya hilang di sebalik pintu bilik. Tidak lama kemudian, terdengar pintu bilik sebelah dibuka dan ditutup.

Fiona segarkan diri dengan air sejuk dari pancuran yang dingin mengalir ke seluruh tubuh, tak perlu water heater. Dia menyabun tubuhnya sebersih mungkin, mandi lagi dan lap tubuh dengan tuala kering.

Almari pakaian di bilik itu dibuka, lalu sehelai gaun tidur longgar warna putih dikeluarkan. Di luar, hujan sudah menghentam deras. Kadangkala diselangi dentuman petir. Fiona tersentak.
Segera dipanjat katil dan Fiona terus menarik selimut.

Jujur, dia sangat takutkan bunyi hujan lebat beserta petir kilat menyambar seperti itu. Dalam dia berkira - kira untuk mengejut Hans, matanya terpejam lena dek kepenatan.

Dummmmmm!

Mata Fiona buntang. Nafasnya tercungap - cungap menahan debaran di dada. Bunyi berdentum itu membuatkan wajahnya pucat lesi. Hujan yang sudah renyai, tiba - tiba melebat kembali.

"Ibu.." Fiona seka air mata yang sudah berjujuran.

Dummmmmm!

Fiona tidak mampu sembunyinya ketakutannya lagi. Segera dia berlari keluar bilik. Sasaran utama pastilah bilik Hans.

"Hans! Tolong bukak pintu. Tolongggg." Ketukan di pintu bilik lelaki itu yang bertalu - talu Fiona kuatkan lagi kerana tidak mendapat respons daripada Hans. "Hans, saya takut."

Hans buka pintu dengan wajah berkerut. Matanya merah dan rambutnya sedikit kusut menandakan dia sudah lena tidur saat pintu bilik diketuk Fiona.

"Kenapa, Fiona?" belum sempat Hans berbuat apa - apa, Fiona terlebih dahulu memeluknya erat. Petir berdentum lagi, Fiona merengek dan memperkemaskan pelukan di tubuh Hans.

Sungguh, tergamam Hans dengan apa yang dilakukan Fiona itu. Perlahan - lahan, pelukan Fiona dibalas. Segera Hans menarik Fiona ke katil.

"Sini." Hans baring lalu menepuk - nepuk bantal di sebelahnya. Fiona segera melompat ke atas katil dan memeluk Hans saat sekali lagi petir berdentum kuat. Disembam wajah ke dada bidang Hans. Lelaki itu segera menekup telinga Fiona dengan telapak tangannya. Sebelah tangan lagi memperkemaskan pelukan di tubuh Fiona.

Dalam ketakutan, Fiona rasa cukup selesa berada dalam dakapan Hans.

Hans pula, tak mampu melelapkan mata saat mendengar nafas lena Fiona.

Titt..titt..titt..titt... Jam di dinding berbunyi empat kali.

Fiona mengerutkan dahi, tubuhnya rasa hangat dan cukup selesa. Dia memerhati sekeliling. Hans masih merangkulnya kemas walaupun lelaki itu sedang lena tidur. Sebelah tangannya masih lagi memekap telinga Fiona.

Jam di dinding menunjukkan ke angka empat pagi. Hujan pula sudah berhenti membasahi bumi. Segera tangan Hans dirungkai seperlahan mungkin, tidak mahu lelaki itu sedar.

"Uhhh, awal lagi. Baru pukul empat." Ucap Hans dalam keadaan mata yang masih tertutup. Namun lelaki itu terus memeluk Fiona erat, dengan kaki disilang ke belakang peha Fiona bagai memeluk bantal golek. Dagu Hans pula, betul - betul mendarat di ubun - ubun Fiona.

"Kau takut guruh rupanya." Fiona cuma diam tak menjawab. "Sama macam arwah Farah. Kenapalah boleh sama agaknya?" Hans senyum sumbing dengan matanya yang masih tertutup. "saya nak ke bilik saya." Pinta Fiona. Segera dirungkai pelukan Hans namun sia - sia.

"Aku pulak, taknak kehilangan kau." Tutur Hans sambil mengucup dahi Fiona. Kemudian dengan selamba, lelaki itu lena tanpa rasa bersalah.

Buntang mata Fiona, memikirkan kewarasan Hans dikala itu.

"Awak. Saya nak tidur bilik sebelah!" Fiona kuatkan suara. Hans celik mata.

Mata Fiona direnung, sambil kedua tangannya menekan kedua belah tangan Fiona.

"Kenapa?" Fiona jadi gugup. Dadanya berdebar penuh persoalan. Hans bernafsu pada diakah? Atau Hans marah kerana menganggu tidurnya?

Hans senyum, nakal.

Tubuh Fiona yang terlentang ditindih dengan tubuhnya, lalu tangan kirinya mengusap wajah Fiona.

"Sungguh, aku tak sanggup kehilangan kau." Bisiknya dengan suara manja.

Wajah mereka semakin merapat, hingga bercantum hidung. Fiona pejam mata rapat. Nafas Hans hangat membakar wajahnya. Fiona rasa resah.

Dia tahu itu salah. Dia bukan murah dan takkan jatuh pada godaan Hans.

"Stop it Hans! Ummmhhh!"

Bibir mereka bertaut rapat. Lama... Hans bijak memain peranan. Bibir mungil Fiona dikucup lembut lalu kedua belah bibirnya digigit manja. Nafas mereka bersatu.

Dan Fiona mula kalah dalam arus permainan Hans.

A diary OF A FRATBOYWhere stories live. Discover now